Connect with us

Johor Darul Ta'zim

Luciano Figueroa ucap selamat tinggal kepada JDT

Published

on

KUALA LUMPUR: Luciano Figueroa mengesahkan akan meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas mencipta pelbagai kejayaan bersama kelab itu sejak 2014.

Dia yang dilantik sebagai pengurus pasukan itu pada 2018 menjelaskan keputusan itu terpaksa dibuat kerana perlu pulang ke Argentina demi komitmen terhadap keluarga.


Menerusi satu kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, hari ini, Figueroa mengakui berat hati untuk meninggalkan Harimau Selatan yang dianggap satu keluarga.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim), Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim serta penyokong atas sokongan tidak berbelah bahagi yang saya perolehi sebagai pemain dan pengurus.





“Saya pergi dengan penuh kenangan manis dan saya amat terharu dengan penamaan sebuah ‘stand’ di Stadium Sultan Ibrahim bersempena nama saya.

“Ia sebuah perjalanan yang indah, memenangi banyak piala dan menjalin banyak hubungan rakan-rakan baharu yang kini saya panggil keluarga,” katanya.

Advertisement

Sebagai rekod, sepanjang bersama skuad Harimau Selatan sejak 2014, beliau menjaringkan 42 gol dan ia adalah pencapaian terbaik selaku pemain import selain melakukan 14 bantuan jaringan selepas mengharungi 71 perlawanan.




Bekas pemain kebangsaan Argentina itu memenangi dua kejuaraan Liga Super pada musim 2014 dan 2015 selain Piala Sumbangsih pada 2015 sebelum disusuli kejayaan terbesar pada musim 2015 apabila JDT membawa pulang Piala AFC.

Pada musim 2018, Figueroa kembali menyarung jersi skuad Harimau Selatan dan kemudian membantu pasukan itu memenangi Piala Sumbangsih.

Pada bulan Ogos tahun yang sama beliau dilantik sebagai pengurus pasukan.



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Johor Darul Ta'zim

Tak pening jadi pemain JDT

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Bergelar pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) mungkin tidak sesukar yang dijangkakan kerana mereka tidak akan ‘pening’ memandangkan hanya perlu memikirkan dua perkara – berlatih dan menunjukkan persembahan yang terbaik di atas padang.

Situasi itu diakui ‘jeneral’ skuad Harimau Selatan, Safiq Rahim yang mendedahkan pemain di pasukan itu tidak perlu memikirkan mengenai perkara lain sekali gus tiada alasan untuk tidak memberikan yang terbaik sama ada ketika dalam latihan mahupun aksi sebenar.



“Hanya berlatih dan berikan persembahan yang terbaik ketika perlawanan. Benda lain semuanya sudah disediakan oleh pasukan dan Tunku Ismail (Sultan Ibrahim) untuk prestasi pemain.

“Pengurusan lain mungkin kurang ataupun tiada perkara seperti ini kerana sebagai pemain, kita memikirkan banyak benda. Tetapi di sini, kita cuma beri yang terbaik semasa latihan dan perlawanan,” katanya menerusi satu program di Bola@Mamak, baru-baru ini.





Dalam masa sama, bekas kapten Harimau Malaya itu sempat menitipkan beberapa pesanan kepada mana-mana pemain yang memiliki impian untuk beraksi bersama juara Liga Super sebanyak lapan kali berturut-turut itu.

“Lakukan tugas anda dan berikan yang terbaik. Anda perlu ada hati yang besar untuk berada di sini kerana permintaan (tinggi) daripada pasukan.

“Pemain perlu tekankan untuk sentiasa menepati masa dan disiplin kerana anda bukan sahaja bermain bola sepak semata-mata,” katanya.





Sebagai rekod, pemain berusia 34 tahun itu mula menyertai JDT sejak musim 2013 dan selepas enam musim menempa pelbagai kejayaan bersama pasukan itu, dia berubah ‘angin’ apabila berhijrah ke Melaka United (MU).
Advertisement

Namun, dia kembali ke pangkuan JDT pada musim ini dan membantu pasukannya itu merangkul kejuaraan Liga Super buat kali kelapan.



Continue Reading

Johor Darul Ta'zim

JDT denda RM40,000 jika pemain salah guna media sosial

Published

on

By

Tahap disiplin di Johor Darul Ta’zim (JDT) sememangnya begitu tinggi, jadi tidak hairanlah faktor itu menjadi teras skuad Harimau Selatan terus mencipta kejayaan demi kejayaan.

Mana tidaknya, pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan mereka memiliki polisi dan undang-undang tersendiri bagi memastikan disiplin dan etika kerja pemain mereka sentiasa terjaga.


Dalam memastikan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus konsisten mencipta kejayaan sehingga mampu menjuarai Liga Super lapan musim berturut-turut, aspek disiplin paling diutamakan pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail menegaskan JDT mempunyai undang-undang dan polisi tersendiri bagi memastikan tahap disiplin dan etika pemain mereka sentiasa berada pada tahap tinggi.





Antaranya, pemain dan jurulatih akan didenda yang bukan sedikit jika didapati melanggar polisi kelab termasuklah lewat menghadiri sesi latihan ataupun menyalahgunakan media sosial.

“Kalau pemain salah guna media sosial, denda RM40,000 dan itu ada dalam kontrak pemain. Sebab kita ada etika kerja. Kalau lewat ke sesi latihan, denda RM15,000, tiada main-main dalam JDT. Akhyar Rashid pernah lewat sekali pun kena denda juga.

Advertisement

“Isteri salahguna dan tidak kawal media sosial yang boleh mencemarkan nama kelab, pemain akan kena denda. Kalau jurulatih lewat pun, pengurus akan denda kerana jurulatih kena ada dua jam sebelum latihan.




“Kalau gaji tak cukup, (pemain) berhutang,” Kalau jurulatih lewat pun, pengurus akan denda kerana jurulatih kena ada dua jam sebelum latihan” kata Tunku Ismail.

Sebagai rekod, pembayaran denda kepada pemain bukanlah perkara yang asing memandangkan kelab terkemuka dunia turut mengambil pendekatan yang sama.

Sebagai contoh, Chelsea di bawah kendalian Frank Lampard sebelum ini pernah mengenakan denda sebanyak RM116,000 kepada pemain mereka yang lewat untuk menghadiri sesi latihan.



Advertisement
Continue Reading

Johor Darul Ta'zim

JDT, Aston Martin Racing Asia jalin kerjasama

Published

on

By

JOHOR BAHRU: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan jenama terkemuka dunia, Aston Martin Racing Asia mengumumkan jalinan kerjasama yang akan mengukuhkan lagi jenama skuad Harimau Selatan sebagai peneraju bola sepak di Asia Tenggara.

Kerjasama itu juga akan menyaksikan Aston Martin diberi hak untuk mengeluarkan rekaan edisi terhad bertema JDT untuk rangkaian kereta jenis Aston Martin yang akan dijual oleh kelab terbabit.


“JDT amat berbangga dan gembira dapat mencapai persetujuan dengan ibu pejabat jenama tersebut yang berpusat di United Kingdom dan pejabat Asia,” kata kenyataan kelab selepas majlis pemeteraian kerjasama itu di ibu pejabat JDT di Iskandar Puteri, petang tadi.

“Kerjasama dengan syarikat permotoran British ini bukan sahaja memberikan nilai kewangan kepada JDT, tetapi juga membuka peluang kepada JDT, Johor dan Aston Martin Racing bekerjasama dalam pelbagai bidang untuk tahun-tahun yang akan datang.”





“JDT adalah juara di padang dengan kejayaan yang konsisten dan mendominasi tajuk-tajuk berita di luar padang dengan infrastruktur berkelas dunia, kekuatan jenama serta hubungan dengan kelab terkemuka antarabangsa, individu, organisasi dan entiti perniagaan,”.
Advertisement

Dengan termeterai kerjasama itu, JDT membuktikan kredibiliti sebagai sebuah pasukan bertaraf kelab di Asia Tenggara yang berjaya memikat jenama antarabangsa seperti Aston Martin Racing, Unicef, Nike, Hublot, Subway dan SWAG EV.





Kerjasama dengan jenama bertaraf antarabangsa itu menunjukkan peningkatan jenama kelab yang hebat dan kukuh sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa sejak JDT ditubuhkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menerusi transformasi pada 2013.



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY