Connect with us

Champions League

[VIDEO] Gol lewat Rashford benam PSG

Published

on

PARIS: Marcus Rashford menampilkan satu lagi serangan lewat permainan bagi membantu Manchester United mengejutkan Paris Saint-Germain (PSG) 2-1 dalam saingan pembukaan Liga Juara-Juara, di Parc des Princes, sebentar tadi.

Penyerang England itu meledak pada minit terakhir bagi memberikan kemenangan buat United mengatasi PSG yang juga naib juara musim lalu.


Rashford menjaringkan gol pada minit ke-87 ketika skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer berhak memungut tiga mata dalam Kumpulan H.

“Masing-masing ada peluang untuk memenangi perlawanan. Sebagai penyerang apabila permainan semakin berakhir, anda mungkin hanya ada satu peluang dan anda perlu melakukan yang terbaik bagi merealisasikan,” kata Rashford kepada BT Sport.

Terdahulu, United mendahului di Paris hasil penalti yang diambil kali kedua oleh Bruno Fernandes pada minit ke-23.

Advertisement

PSG tampak akan memperoleh keputusan seri selepas Anthony Martial menanduk masuk sepakan sudut Neymar yang menerjah ke gawang sendiri selepas 10 minit babak kedua permainan.





Pemain Manchester United, Paul Pogba (kiri) dicabar pemain PSG, Neymar (kanan) pada aksi perlawanan awal pagi tadi. - Foto EPAKemenangan United ini nyata memberi kelegaan apabila menjadi tuan rumah kepada RB Leipzig, minggu depan. Leipzig menduduki tempat teratas Kumpulan H selepas menewaskan Istanbul Basaksehir 2-0.

Ole Gunnar Solskjaer menghamburkan pujian terhadap skuad Manchester United yang ‘cemerlang’ selepas gol lewat Marcus Rashford menyaksikan mereka menang di Paris Saint-Germain dalam saingan Liga Juara-Juara buat kali kedua dalam tiga musim.

“Persembahan mereka bagus dan kami berhak menang. Ia lebih baik daripada sebelum ini dan ia menunjukkan betapa kami sudah meningkat,” kata Solskjaer selepas kemenangan 2-1 dalam saingan pembukaan Kumpulan H di Parc des Princes itu.





Kumpulan E

Advertisement

Chelsea (ENG) 0 Sevilla (ESP) 0

Rennes (FRA) 1 Krasnodar (RUS) 1

Kumpulan F

Lazio (ITA) 3 Borussia Dortmund (GER) 1

Zenit Saint-Petersburg (RUS) 1 Club Brugge (BEL) 2

Advertisement

Kumpulan G

Barcelona (ESP) 5 Ferencvaros (HUN) 1

Dynamo Kiev (UKR) 0 Juventus (ITA) 2

Kumpulan H

Paris Saint-Germain (FRA) 1 Manchester United (ENG) 2

Advertisement

RB Leipzig (GER) 2 Istanbul Basaksehir (TUR) 0



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Champions League

Carrick tahu kemampuan Ronaldo

Published

on

By

VILAREAL, Sepanyol: Pengendali sementara Manchester United, Michael Carrick berkata dia tidak terkejut Cristiano Ronaldo sekali lagi meledak gol ketika menang 2-0 mengatasi Villarreal pada saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Carrick juga berkata dia bercakap dengan Ole Gunnar Solskjaer sebelum menerima tugasan sementara itu selepas Solskjaer dipecat Ahad lalu.


Gol Ronaldo memberikan kelebihan buat pasukannya pada minit ke-78 di Ceramica sebelum Jadon Sancho menambah gol kedua bagi mengesahkan tempat buat United ke kelompok 16 terakhir.

“Itulah yang sentiasa dilakukannya,” kata Carrick mengenao Ronaldo. “Dalam perlawanan besar, bagi saat yang penting, apabila anda perlukan gol atau sesuatu, dia pasti ada di sana untuk memberikannya.





“Dia ada semuanya, mentaliti yang sudah dihitung bagi kekal tenang. Dia tidak membuang peluang. Saya gembira memilikinya dan tidak terkejut langsung dia menjaringkan gol buat kami.”

Carrick dijangka akan terus menggalas tanggungjawab itu bagi saingan Ahad ini dalam Liga Perdana menentang pendahulu, Chelsea.




Advertisement

“Ia beberapa hari yang penuh emosi. Orang pertama saya bercakap selepas Ed (Woodward) menawarkan saya tugas ini ialah Ole, untuk meminta pandangannya. Itu perkara sebenar perlu dibuat.

“Saya bertanggungjawab untuk berada di sini menguruskan pasukan dan saya berbangga melakukannya.” – AFP



Advertisement
Continue Reading

Champions League

[VIDEO] Netizen dakwa jaringan Ronaldo tidak sah

Published

on

By

LONDON: Jaringan kemenangan kontroversi Cristiano Ronaldo pada minit ke-95 untuk Manchester United ketika menentang Villarreal mencetus perdebatan di media sosial, dalam aksi peringkat kumpulan F Liga Juara-Juara, di Old Trafford, awal pagi tadi.

Rata-rata peminat mendakwa ia sepatutnya dibatalkan kerana pemain gantian United, Jesse Lingard berada dalam kedudukan ofsaid.


Bagaimanapun, sebahagian lagi mengatakan ia tidak ofsaid kerana penjaga gol Villarreal Geronimo Rulli tidak dihalang pemain United itu.

Ronaldo meledak gol kemenangan dalam masa kecederaan selepas Alex Telles menyamakan kedudukan apabila Villarreal mendahului tuan rumah menerusi jaringan pembukaan Paco Alcacer.

Video Bantuan Pengadil (VAR) mengiktiraf jaringan Ronaldo untuk kemenangan 2-1 United pada perlawanan yang dikuasai Villarreal.





Sebahagian peminat mendakwa, gol itu pasti akan dibatalkan jika ia tidak datang daripada United.
Advertisement

Sebahagian lagi pula mengatakan Lingard yang terbaring di depan Rulli tidak menghalang pemandangan atau pergerakan penjaga gol itu.

Pakar statistik pula lebih memberi perhatian kepada jumlah jaringan Ronaldo dalam masa kecederaan itu.




“Ini adalah kali ke-12 Ronaldo menjaringkan gol pada minit ke-90 atau dalam masa kecederaan saingan Liga Juara-Juara,” kata salah seorang peminat.

Seteru tradisinya, Lionel Messi yang kini bersama Paris Saint-Germain, baru enam kali menjaringkan gol dalam tempoh akhir permainan di kejohanan tertinggi Eropah itu. – AGENSI

Advertisement



Continue Reading

Champions League

Gol Ronaldo gagal bantu Man United

Published

on

By

Manchester United, namun jaringannya gagal menghalang Red Devils daripada tumbang 1-2 kepada kelab Switzerland, Young Boys dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Beraksi dengan 10 pemain selepas Aaron Wan-Bissaka dibuang padang pada hujung babak pertama kerana melakukan terjahan bahaya terhadap Christopher Martins merubah momentum United.



Red Devils bermula baik selepas Ronaldo membuka jaringan seawal minit ke-13, iaitu gol ketiganya buat United dalam penampilan semula bersama pasukan.

Bagaimanapun kehilangan seorang pemain menyebabkan United gagal meneruskan rentak baik, terutama pada separuh masa kedua yang menyaksikan tuan rumah mula menggandakan asakan.

Young Boys berjaya menyamakan kedudukan menerusi Nicolas Moumi Ngamaleu pada minit ke-66.





Ketika permainan seakan bakal berakhir dengan seri, pemain gantian, Jordan Siebatcheu menghadiahkan kemenangan berharga buat pasukannya apabila meledak gol kedua tuan rumah, lima minit memasuki waktu kecederaan.

“Buat kelab yang hanya menjadi tajuk utama selama satu atau dua hari di Eropah, berjaya menewaskan Manchester United, antara pasukan gergasi, ia sangat istimewa,” kata jurulatih Young Boys, David Wagner.





Kalah kepada Young Boys, pasukan yang dianggap paling mudah dalam Kumpulan F, permulaan buruk buat pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer kerana dua lagi pencabar yang bakal ditentang selepas ini jauh lebih sukar, Atalanta dan Villarreal.
Advertisement

“Kami bermain bola sepak di peringkat tertinggi. Kurang tumpuan dan satu kesilapan akan menyebabkan anda dihukum,” kata Solskjaer.

Ronaldo, 36, sekurang-kurangnya berjaya memperbaiki rekod dalam Liga Juara-Juara dengan meledak 135 gol dalam kejohanan elit Eropah itu, 15 gol mengatasi musuh ketatnya, Lionel messi.



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY