Connect with us

Perak

Kami mahu rebut slot ke Piala AFC – Durakovic

Published

on

IPOH: Pengendali pasukan Perak, Mehmed Durakovic mengakui menjuarai Piala Malaysia bukan tugas mudah namun ia bukan halangan untuk pemain menampilkan persembahan terbaik dalam merealisasikan sasaran tersebut.

Beliau berkata, jika muncul juara, ia adalah satu bonus kerana skuad The Bos Gaurus akan meraih slot automatik ke kejohanan Piala AFC yang akan berlangsung pada musim depan.




“Ia sudah pasti bukan satu tugas mudah kerana semua pasukan yang bertanding dalam Piala Malaysia akan cuba bermatian-matian untuk menjuarai kejohanan berprestij ini.

“Saya yakin pemain akan berjuang habis-habisan untuk memastikan kita berjaya menjadi juara dan merebut slot automatik ke Piala AFC. Jika berjaya ia satu kejayaan besar buat kita,” katanya pada sidang media di Fitness Life Style, di sini, hari ini.





Terdahulu, Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu optimis skuad The Bos Gaurus mampu menjulang kejuaraan Piala Malaysia sekali gus mengulangi pencapaian sama pada 2018.

Sementara itu, ketua pasukan Perak, Shahrul Saad berkata, kejayaan menjuarai Piala Malaysia akan dapat menebus kegagalan dirinya dan rakan sepasukan untuk meraih sasaran muncul naib juara Liga Super selepas tewas di tangan Kedah 3-2 pada 11 Oktober lalu.





“Bagaimanapun saya tetap positif dan fokus untuk beri komitmen 100 peratus untuk Piala Malaysia. Saya juga harap semua pemain akan beri tumpuan yang sama, lupakan kekecewaan di Liga Super dan bangkit untuk pamerkan aksi terbaik,” katanya.
Advertisement

Mengulas format kalah mati dipertandingkan pada kejohanan kali ini, katanya, ia merupakan cabaran besar dan memberi peluang sama rata kepada semua pasukan untuk menjulang piala berkenaan.

“Nak atau tidak setiap pasukan kena harunginya dan saya harap Perak akan rebut peluang ini untuk muncul juara pada kali ini,” katanya. – BERNAMA



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perak

Chong Yee Fatt Calon Ganti Mehmet Durakovic Kendalikan Perak

Published

on

By

Bekas pengendali Kuala Lumpur, Chong Yee Fatt menjadi salah satu calon bagi menggantikan Mehmet Durakovic sekiranya jurulatih dari Australia itu berpisah dengan Perak FC.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana situasi antara Perak dan Mehmet kini sedang berada dalam keadaan tegang dan jurulatih itu dijangka bakal meninggalkan pasukan dalam jangka masa terdekat.



Masih belum jelas mengenai faktor utama Mehmet mahu meninggalkan Perak berbaki dua minggu sahaja lagi saingan Liga Super musim 2021 membuka tirai.

Menurut perkongsian wartawan The Star, T.Avineshwaran, para pemain nyata terkejut dengan berita tersebut dimana rata-rata pemain dikhabarkan memilih untuk kekal bersama juara Piala Malaysia 2018 itu kerana Mehmet masih menjadi ketua jurulatih.




Terdahulu Kelab Bolasepak Perak (Perak FC) terus terpalit kontroversi apabila dikhabarkan bakal berpisah dengan ketua jurulatihnya, Mehmet Durakovic.

Spekulasi mengejutkan itu kini tersebar luas dan dikhabarkan keputusan itu dibuat atas persetujuan antara pengurusan Perak FC dan Durakovic.





Jika benar spekulasi itu, ia pasti menjadi satu lagi tamparan hebat buat skuad Bos Gaurus selepas kehilangan beberapa tonggak utama termasuk penyerangnya, Shahrel Fikri Fauzi yang berhijrah ke Selangor FC musim ini.
Advertisement

Malah, pertukaran jurulatih juga bakal memberi cabaran besar buat Perak terutama dalam mempersiapkan pasukan ketika saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini bakal membuka tirai kira-kira dua minggu lagi.



Continue Reading

Perak

Sultan Nazrin titah adakan pertandingan cipta logo Perak FC

Published

on

By

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan agar satu pertandingan mencipta logo baharu pasukan Perak FC diadakan, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed.


Menurutnya, baginda bertitah nasihat agar maklum balas daripada penyokong didengar, dihormati dan diberikan perhatian susulan reaksi mereka yang kurang berminat dengan logo baharu dipersetujui Perak FC sebelum ini.

Katanya, pertandingan mencipta logo Perak FC yang baharu itu akan dilancarkan malam ini menerusi media sosial Perak TBG.





“Kita akan mengadakan pertandingan logo selama kira-kira seminggu iaitu empat hari dibuka untuk pertandingan mencipta logo manakala selebihnya untuk panel mengenalpasti pemenang.

“Saya mewakili kerajaan negeri bangga dengan maklum balas daripada penyokong yang cukup mengambil berat tentang perkembangan terkini bola sepak Perak terutama berkaitan logo ini,” katanya.





Pada 30 Januari lalu, Perak FC memperkenalkan logo baharu itu menerusi Instagram ‘peraktbgmy’ dengan mengetengahkan konsep ‘a new chapter begins, but the history remains’.

Logo itu menunjukkan imej seekor seladang putih di atas lapisan hitam dengan bingkai berwarna kuning dan ramai mempertikaikan rekaan itu yang dianggap tidak kreatif.

Advertisement



Continue Reading

Perak

Perak FC kekalkan logo baharu

Published

on

By

IPOH: Biarpun berdepan kecaman peminat, namun Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) tidak akan menukar logo baharu Perak FC.

Naib Presidennya Datuk Muhammad Yadzan Mohammad berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan persetujuan yang dicapai oleh pengurusan tertinggi Perak FC.




“Penyokong ada hak mengeluarkan pandangan, kritikan dan cadangan tentang logo itu. Kita terima dengan hati yang terbuka.

“Cuma apa yang saya boleh maklumkan keputusan untuk menggunakan logo itu kekal setakat ini.





“Ia bukan kehendak saya tapi dipersetujui pengurusan tertinggi yang menerajui persatuan sebelum ini,” katanya dipetik kepada Bernama semalam.

Pada 30 Januari lalu, Perak FC memperkenalkan logo baharu itu menerusi Instagram Peraktbgmy dengan konsep ‘a new chapter begins, but the history remains’.





Logo itu menunjukkan imej seekor seladang putih di atas lapisan hitam dengan bingkai berwarna kuning, dan ramai mempertikaikan rekaan itu yang dianggap tidak kreatif.
Advertisement

Mengulas perubahan atau penambahbaikan terhadap logo itu, Muhammad Yadzan berkata, perkara tersebut akan dibincang dengan pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri.

“Kita akan pertimbangkan perkara ini cuma saya minta penyokong bersabar,” katanya.



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY