Connect with us

Luqman Hakim

Amanat Vincent buat nilai Luqman naik dua kali ganda

Published

on

KUALA LUMPUR: “Ingat, seluruh rakyat Malaysia akan menyaksikan kamu. Jangan takut dan harumkan nama negara!”

Itulah pendedahan ekslusif daripada penyerang negara, Luqman Hakim Shamsudin yang menceritakan kembali amanat istimewa daripada Tan Sri Vincent Tan ketika melakukan penampilan sulung bersama KV Kortrijk (KVK) awal pagi semalam.

Biarpun tewas 1-3 kepada RSC Anderlecht pada aksi Jupiler Pro League, Luqman, 18, mengakui pesanan pemilik KVK, Vincent Tan berjaya menaikkan motivasinya sebaik membuat penampilan pertama dengan KVK apabila menggantikan Petar Golubovic pada minit ke-74.



Ternyata percaturan jurulatih KVK, Yves Vanderhaeghe membawa masuk pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu membuahkan hasil apabila berjaya mendapatkan sepakan penalti yang disempurnakan oleh Ilombe Mboyo pada minit ke-87.

Mengulas lanjut, Luqman tanpa berselindung mengakui dia semakin positif untuk terus berada dalam kesebelasan utama KVK pada perlawanan akan datang.

“Satu keputusan yang bukan diinginkan oleh kami tetapi secara peribadi, saya berpendapat keyakinan saya bertambah lebih baik biarpun diturunkan berbaki 16 minit perlawanan terakhir.

Advertisement

“Impian saya telah tercapai dan perlawanan ini adalah langkah pertama saya tetapi amanat Tan Sri (Vincent Tan) antara salah satu faktor telah menaikkan motivasi saya kerana Tan Sri mengingatkan saya supaya sentiasa serius apabila membawa nama Malaysia di pentas antarabangsa.





“Saya akui perlawanan bertambah sukar selepas kami ketinggalan 0-3 tetapi paling penting bagi saya adalah saya dapat merasai pengalaman buat pertama kali bermain di Jupiler Pro League ini,” katanya ketika dihubungi di Kortrijk semalam.

Dalam perkembangan sama, Luqman mengakui kekalahan itu juga mematangkannya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

Jelas Luqman, dia akan tampil lebih berani dan agresif sekiranya namanya sekali lagi dalam skuad utama pada perlawanan akan datang.

Lebih mustahak, Luqman mendedahkan dia sudah bersedia untuk memburu jaringan sulung di pentas Jupiler Pro League jika dapat bermain dalam kesebelasan utama KVK.

“Keyakinan saya semakin naik, mungkin 100 peratus lagi (bertambah naik) sebaik saya diturunkan.

Advertisement

“Saya akan lebih bersedia jika dapat diturunkan dalam kesebelasan utama dan mungkin saya mahu mencari gol pertama buat KVK selepas ini,” ujarnya.





Vincent mengakui gembira selepas Luqman akhirnya diberi peluang beraksi bersama skuad utama.

“Walaupun Luqman tidak menjaringkan gol, ia satu permulaan kariernya dalam liga bola sepak Belgium.

“Saya yakin Luqman akan menjaringkan gol apabila diberi lebih banyak peluang beraksi bersama skuad utama,” katanya.

Sementara itu Prestasi memberangsangkan Luqman Hakim Shamsudin bersama KV Kortrijk menyaksikan nilai pasarannya naik dua kali ganda.

Advertisement

Ia selepas laman Transfermarkt meletakkan nilai €150,000 (RM740,000) sebagai tanda harga baharu buat Luqman berbanding sebelum ini €50,000 (RM246,500).



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Luqman Hakim

[VIDEO] Luqman Hakim pamer aksi cemerlang

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin mempamerkan aksi memberangsangkan bersama kelabnya, KV Kortrijk selepas diturunkan ketika perlawanan ujian berdepan KRC Harelbeke, awal pagi tadi.

Pada aksi yang berkesudahan KV Kortrijk meraih kemenangan besar 5-0 itu, Luqman dilihat berjaya mempamerkan aksi meyakinkan selepas hampir sebulan bersama Harimau Malaya menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berakhir 16 Jun lalu.


Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan berusia 19 tahun itu masuk sebagai pemain gantian dan mendapat beberapa peluang untuk meledak gol, namun gagal disudahkan dengan jaringan.

Malah, kepantasan larian dan keyakinan tinggi dipamerkan Luqman menjadi pencetus kepada jaringan kelima pasukannya apabila dia dijatuhkan pemain lawan pada minit ke-86 dan memaksa pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada KV Kortrijk.





Luqman yang sudah lama tidak beraksi bersama kelab Belgium itu turut mendapat pujian peminat menerusi komen di media sosial rasmi kelab berdasarkan persembahannya berdepan KRC Harelbeke.

Pelayar Facebook, Tofikz Toxx menulis: “Luqman ada kemajuan selepas berlatih dengan Harimau Malaya. Kalau dapat main 100 peratus setiap perlawanan, lagi padu bila balik kelab.”

Advertisement

Asrul Amar pula memberi komen: “Insya-Allah, satu hari nanti Luqman akan berjaya juga. Hanya sabar, belajar lagi kena kuatkan mental.”





Bukan saja peminat dari Malaysia, Luqman yang lebih dikenali sebagai Luqie dalam pasukannya turut mendapat sokongan daripada penyokong KV Kortrijk di Belgium, malah berdasarkan satu video di laman Instagram kvkortrijkfans, penyokong di stadium menyanyikan lagu khas buat Luqman.

“Kita dapat satu lagu Luqman! Allez Luqman Allez!,” tulis laman Instagram itu berserta video nyanyian penyokong kepada Luqman.



Advertisement
Continue Reading

Luqman Hakim

Jersi nombor 9 bukan lagi milik Luqman

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Jersi ‘nombor 9’ KV Kortrijk dikhabarkan tidak lagi menjadi milik penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin.

Ia selepas paparan senarai pemain kesebelasan utama KV Kortrijk ketika menentang Charleroi dalam saingan Liga Belgium baru-baru ini menunjukkan jersi berkenaan digunakan Teddy Chevalier.



Chevalier yang kembali menyertai kelab Belgium berkenaan tahun ini, menyarung jersi itu dalam perlawanan yang berlangsung pada Sabtu lalu selepas sebelum ini menyarung jersi nombor 34.





Difahamkan pertukaran nombor itu dibuat sebagai memberi penghormatan kepada Chevalier yang dianggap pemain legenda pasukan itu.

Menurut laporan, Chevalier pernah membuat 176 penampilan bersama Kortrijk dan menjaringkan 53 gol serta menyumbang 37 bantuan jaringan.

Ini adalah kali ketiga dia menyertai KV Kortrijk sepanjang kerjayanya selepas kali pertama pada 2013 hingga 2015 dan kali kedua pada 2017 hingga 2019.

Advertisement




Jadi tidak hairanlah pemain veteran berusia 33 itu diberikan penghormatan untuk menggunakan nombor keramat bagi seorang penyerang.

Selain itu, terdapat dakwaan bahawa Luqman akan menggunakan jersi baharu bernombor 99.



Advertisement
Continue Reading

Luqman Hakim

Jangan malukan Luqman, Safawi

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Penyokong alam maya atau ‘netizen’ diingatkan tidak memberikan komen yang melampau hingga boleh menyebabkan pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Safawi Rasid menjadi bahan sindiran di Eropah.

Ia selepas terdapat komen ‘mengarut’ daripada segelintir rakyat negara ini di media sosial rasmi kelab Luqman, KV Kortrijk dan pasukan baharu Safawi di Portugal, Portimonense SC.



Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa menjelaskan komen yang yang keterlaluan di media sosial rasmi kelab boleh mengundang sindiran atau ejekan kepada dua pemain itu dalam pasukan mereka.

Beliau berkata, secara psikologi perkara itu boleh menambah tekanan dari luar padang kepada Luqman dan Safawi ketika dua pemain itu sedang berusaha menyesuaikan diri di bumi Eropah dan pasukan baharu.

“Kita sebagai peminat perlu bersifat realistik dan adil kepada Luqman serta Safawi supaya mereka tidak dijadikan bahan sindiran dalam pasukan,” katanya kepada BH Sukan, semalam.





“Kita perlu berhati-hati dan menghormati mereka, jangan memberikan tekanan tambahan. Bila jadi bahan sindiran dan ejekan ini boleh menjejaskan mental dan fokus pemain.”

Antara komen yang banyak dibuat netizen termasuk mempertikai keputusan kelab Luqman dan Safawi kerana tidak menyenaraikan dua pemain itu dalam perlawanan rasmi di liga masing-masing.

Advertisement

Tidak kurang juga ada yang menuduh pengambilan Luqman dan Safawi sekadar hanya mahu panaskan bangku simpanan KV Kortrijk dan Portimonense.

Malah, Luqman turut mengakui bahawa ada rakan sepasukan di KV Kortrijk yang menanyakan mengenai komen yang dibuat oleh netizen dari Malaysia.





Mengulas lanjut, Sadek berkata peminat seharusnya bersabar dan memberi ruang kepada Luqman dan Safawi menyesuaikan diri dengan realiti yang ada di Eropah.

“Penyokong perlu realistik bahawa standard yang ada di liga Eropah jauh lebih tinggi dan dalam aspek ini, sebagai manusia mereka patut lalui proses penyesuaian bukan hanya dari aspek bola sepak, malah merangkumi sosial dan budaya serta nilai dalam latihan dan pertandingan,” katanya. – Berita Harian



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY