Connect with us

Safawi Rasid

Peminat berang Safawi belum dapat beraksi

Published

on

KUALA LUMPUR: Penyokong bola sepak tempatan semakin ‘liar’ apabila berterusan ‘menyerang’ laman rasmi Portimonense SC selepas pasukan itu sekali lagi tidak menurunkan penyerang kebangsaan, Safawi Rasid.

Tindakan penyokong itu jelas memalukan sekalipun tidak dinafikan semua pihak sememangnya mahu melihat kelibat penyerang prolifik itu meraih penampilan sulung bersama pasukan utama di benua Eropah.

Ketika ramai yang menjangkakan pemain itu akan disenaraikan pada aksi menentang Santa Clara malam tadi, namun pemain berusia 23 tahun itu tampak perlu menunggu lagi sebelum dapat beraksi bersama pasukan utama.



Selepas Safawi terus dipinggirkan, penyokong tempatan dilihat ‘berkampung’ di laman sosial pasukan itu termasuk di Facebook dan Instagram dengan meninggalkan komen yang majoritinya tidak manis untuk dibaca.

Antaranya ada yang menyifatkan jurulatihnya, Paulo Sergio sebagai berlagak apabila tidak menurunkan Safawi sehingga pasukan itu berdepan kekalahan 2-1 di tangan Santa Clara.

Selain itu, ada juga yang mengharapkan pasukan itu terus ditimpa nasib malang dan berterusan kalah dalam aksi yang bakal dihadapi selepas ini.





Malah, ada juga yang mempersoalkan barisan kejurulatihan Portimonense SC selepas pasukan itu dilihat cuba ‘memeram’ Safawi dan tidak memberi peluang kepada pemain itu beraksi dalam pasukan utama.
Advertisement

Bagaimanapun, masih ada juga penyokong yang waras apabila memahami perancangan pasukan terbabit dan percaya pemain itu pasti akan akan mendapat tempat selepas ini.

Mereka juga turut tidak bersetuju dengan segelintir penyokong yang meninggalkan komen berbaur negatif dan mengharapkan mereka tidak memalukan Safawi serta bola sepak Malaysia.

Terdahulu, penyokong alam maya atau ‘netizen’ diingatkan tidak memberikan komen yang melampau hingga boleh menyebabkan pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Safawi Rasid menjadi bahan sindiran di Eropah.





Ia selepas terdapat komen ‘mengarut’ daripada segelintir rakyat negara ini di media sosial rasmi kelab Luqman, KV Kortrijk dan pasukan baharu Safawi di Portugal, Portimonense SC.

Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa menjelaskan komen yang yang keterlaluan di media sosial rasmi kelab boleh mengundang sindiran atau ejekan kepada dua pemain itu dalam pasukan mereka.

Beliau berkata, secara psikologi perkara itu boleh menambah tekanan dari luar padang kepada Luqman dan Safawi ketika dua pemain itu sedang berusaha menyesuaikan diri di bumi Eropah dan pasukan baharu.

Advertisement



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Safawi Rasid

[VIDEO] Penalti Panelka gagal, Mora pertahan tindakan Safawi

Published

on

By

Johor Darul Takzim mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia 2021 setelah membelasah Sabah FC 3-0 di gelanggang sendiri namun ada perkara lain yang mencuri tumpuan penyokong bolasepak tanah air.

Ketika perlawanan menuju ke minit-minit akhir, Safawi Rasid beroleh peluang terbaik untuk menoktahkan kemarau jaringan apabila JDT yang sedang mendahului 2-0 dihadiahkan sepakan penalti.



Cubaan pemain itu mengambil penalti secara bersahaja dengan melakukan panenka penalty bagaimanapun gagal teruk apabila sepakan lemah gemalainya terus ke dakapan penjaga gol Sabah, Rozaimie Rohim.

Kegagalan Safawi itu ditebus Bergson Da Silva yang meledak gol ketiga pasukan beberapa minit kemudian untuk mengesahkan kemenangan keempat berturut-turut buat skuad Harimau Selatan.

Ketika meraikan jaringan Bergson itu, Safawi dilihat menendang sekuat hati botol air di luar padang ke arah penyokong sebagai tanda melepaskan geram sehingga ada pengguna twitter meninggalkan komen dia sepak botol lagi paduu dari penaltiii.

Safawi yang merupakan Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia 2018 dan 2019 tidak mengharungi musim yang baik sejak kembali ke Malaysia pada hujung tahun lalu susulan tempoh pinjamannya ke kelab Portugal, Portimonense SC dipendekkan.

Advertisement





Dia kemudian mengalami kecederaan lutut ketika awal saingan Liga Super dan bergelut untuk kembali ke prestasi terbaik sehinggakan tempatnya di JDT juga dirampas bintang muda, Arif Aiman.

Sementara itu, pengendali JDT, Benjamin Mora pula mempunyai pandangan berbeza dan tampil mempertahankan tindakan Safawi Rasid meskipun ia seolah mencerminkan dia tidak serius dengan peluang diperolehnya.

Safawi sudahpun membuktikan kepada semua tentang kualiti dia, tentang kelebihan, tentang kepakaran dan juga kemahiran menjaringkan gol. Kali ini, dia teringin nak buat begitu (panenka) dan saya menyokong dia tidak kira apa.





“Kerana kalau dia tidak buat macam tu ketika kita sedang mendahului 2-0 dan tinggal hanya beberapa minit perlawanan nak habis, bila lagi dia nak buat? Ini bolasepak, kita nak enjoy dan memberi sesuatu yang menghiburkan kepada penyokong.

“Memang sudah tentu dia perlu bertanggungjawab atas segala tindakan dia tapi (dalam hal ini) saya tak salahkan dia. Bagi saya dia dah mencuba, saya suka pemain yang suka mengambil risiko dan mencuba sesuatu yang berbeza, saya akan sentiasa sokong dia,” kata Mora.

Advertisement



Continue Reading

Safawi Rasid

Safawi alami sindrom OTS

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Pemain sayap Harimau Malaya dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid didakwa mengalami ‘over training syndrome (OTS)’ atau sindrom terlebih latihan hingga menyebabkan prestasinya semakin merosot.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa menjelaskan OTS adalah sindrom yang memberi kesan kepada tubuh badan atlet dan gangguan hormon menyebabkan mereka gagal memberikan fokus yang diperlukan dalam pertandingan sebenar.



Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan sindrom itu sedang dialami Safawi dan langkah terbaik untuk memulihkan semula prestasinya adalah memberikan rehat yang cukup.

“Selepas liga (Malaysia) musim lalu dia terus pergi Portugal, berlatih. Selepas tiga bulan dia balik Malaysia, berlatih dan selepas itu bermula liga, dia berlatih lagi.

“Kemudian masuk kelayakan Piala Dunia dia pun berlatih juga, jadi dia tiada kadar rehat yang cukup untuk sistem tubuh dia terutama sistem saraf dan Safawi mungkin melalui proses OTS.

“Ia menyebabkan gangguan neurohormon hingga fokusnya terganggu dan dengan latihan berterusan menyebabkan dia kelesuan walaupun dia mengambil vitamin.

Advertisement





“Badan dia juga tidak boleh bertindak balas dengan baik terhadap latihan yang diberikan walaupun luaran nampak dia bekerja. Kelesuan ini bukan sistem tubuh saja, tapi otak pun lesu kerana sistem saraf dikawal oleh otak.

“Safawi perlukan rehat dan tenangkan fikiran. Sebab itu pemain di Eropah pergi bercuti di pantai ketika tempoh rehat liga. Namun, mereka masih berjoging atau buat latihan ringan untuk kekalkan kecergasan,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Safawi yang sebelum ini menjadi tonggak harapan Harimau Malaya dan Harimau Selatan dilihat mengalami kemerosotan prestasi terutama ketika kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, awal bulan ini.





Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa latihan intensiti rendah bersama skuad kebangsaan menjadi antara punca prestasi pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu merosot.

Namun, BH Sukan semalam melaporkan bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail menegaskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan skuad kebangsaan tidak boleh disalahkan kerana yang perlu menyediakan pemain berada pada tahap terbaik adalah tanggungjawab kelab.

Selain itu, Mohd Sadek berpendapat kecederaan yang dialami Safawi sebelum ini juga menyebabkan dia mengalami tekanan tinggi dalam usaha untuk mengembalikan semula prestasi terbaik kerana kesan kecederaan itu.

Advertisement

“Kelab perlu buat kajian, mereka ada psikologi, perubatan dan pakar sains sukan. Maklumat perlu dikumpulkan dan diputuskan barisan kejurulatihan. Kalau dia terus ditekan, itu akan mengganggu mood dia.

“Mungkin dengan memberikan rehat dalam dua atau tiga minggu dapat memulihkan semula keyakinan dan fokus Safawi, serta memulihkan semula sistem neurohormon dia,” katanya.



Continue Reading

Safawi Rasid

TMJ dedah punca Safawi merosot

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan latihan berintensiti rendah yang dilakukan skuad kebangsaan menjadi punca pemainnya, Safawi Rasid gagal menunjukkan prestasi terbaiknya.

Justeru, Tunku Ismail mempertahankan Safawi yang dikritik selepas bergelut untuk memberikan persembahan yang terbaik sambil menegaskan betapa skuad Harimau Selatan mengambil tanggungjawab untuk ‘memperbaiki’ Safawi supaya dapat kembali ke prestasi asalnya.




“Lepas pulang daripada Portugal, dia score goals (jaringkan gol). First game (aksi pertama) sumbangsih dah score (jaring gol). Selepas tu dia injured (cedera). Return from injury score (selepas pulih dari kecederaan, jaring gol) lagi.

“Belum 100 peratus recover, coach (pulih, jurulatih) ambik for Harimau Malaya. Low intensity training (latihan intensiti rendah). Sampai sekarang down (sedih).

“Now (sekarang) kami kena repair (perbaiki) dia macam kami kena repair setiap pemain national call up yang training (pemain kebangsaan yang dipanggil latihan pusat) macam pegi holiday (makan angin),” kata Tunku Ismail.





Tunku Ismail berkata demikian menerusi komen di Instagram ekorharimaumalaya yang menyifatkan persembahan Safawi kurang memberangsangkan pada aksi Liga Juara-Juara bertemu Ratchaburi, semalam.
Advertisement

Malah, laman terbabit turut melabel bahawa ‘nasib kurang baik’ Safawi dari Portugal masih belum hilang dan mencadangkan pemain itu dihantar beraksi bersama JDT II untuk mendapatkan semula keyakinan.





Sebagai rekod, penyerang berusia 24 tahun itu meledak satu gol dalam tiga perlawanan baki kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dia menjaringkan gol menerusi sepakan penalti untuk membantu skuad negara menang 1-0 ke atas Thailand dan menamatkan saingan di tangga ketiga Kumpulan G. – berita harian



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY