Connect with us

Liga Malaysia

Bukan penswastaan sebenar – TMJ

Published

on

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa masih terdapat pasukan Liga Malaysia (Liga M) yang masih bergantung kepada dana daripada kerajaan.

Justeru, beliau yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menganggap tindakan pasukan terbabit bermaksud mereka hanya berpura-pura dalam melaksanakan penswastaan.



“Apa yang sedang berlaku dalam industri bola sepak Malaysia bukanlah penswastaan yang sebenar. Ia cuma gambaran di mana perkara yang berubah hanyalah di atas kertas tetapi amalan lama masih diteruskan dan tetap mengharapkan dana kerajaan.

“Saya berasa bangga mengemudikan sebuah kelab bola sepak yang tidak bergantung kepada dana kerajaan. Malah, JDT menolak penggunaan dana kerajaan negeri sejak tahun 2013.

“Ia kerana itu adalah wang rakyat dan seharusnya digunakan untuk keperluan lain yang lebih memanfaatkan rakyat, terutama ketika waktu getir seperti pandemik COVID-19 yang menjejaskan semua lapisan masyarakat,” kata Tunku Ismail di Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, semalam.

Semua pasukan diwajibkan menswastakan pasukan dengan pasukan yang gagal berbuat demikian tidak boleh beraksi dalam Liga M bermula musim depan.




Advertisement

Setakat ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meluluskan penswastaan semua pasukan kecuali FELDA United FC dan UKM FC yang gagal dan tidak dibenarkan beraksi dalam Liga M.

Dalam kenyataan sama, TMJ yang juga bekas Presiden FAM membidas segelintir pihak yang sebelum ini mempersendakan tindakan beliau mewujudkan JDT dan menswastakan pasukan itu pada tahun 2013.




“Sekarang JDT sudah pun mencatat pelbagai kejayaan di dalam dan luar padang sementara pasukan lain hanya pada hari ini, tahun 2020 memikirkan mengenai logo baru mereka.

“Saya berbangga kerana JDT mempunyai strategi perniagaan tersendiri termasuk dari sudut komersil untuk menjana dana dan melabur dalam projek jangka panjang dan bukannya hanya menunggu kerajaan negeri untuk membina infrastruktur malah mengeluarkan dana setiap tahun,” katanya. – Berita Harian



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FAM

FAM sedang perhalusi penggunaan VAR

Published

on

By

Kuala Lumpur: Penggunaan video bantuan pengadil (VAR) sememangnya sedang diperhalusi untuk digunakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram, badan induk bola sepak tempatan itu sentiasa bersedia untuk meningkatkan kualiti dan mutu liga tempatan khususnya dengan penggunaan VAR.



Katanya, FAM sedang mengkaji secara terperinci berkenaan VAR yang menelan belanja cukup tinggi sekitar RM18 juta ke RM20 juta.

Malah ujarnya, masalah pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini turut memberi kesan selain capaian internet yang laju di setiap venue perlu disediakan.

“VAR ini, memang kita buat kajian dan difahamkan kita perlukan RM18 juta ke RM20 juta untuk menggunakan teknologi ini.





“Oleh itu, kita nak tengok dari segi kemampuan kewangan kita pula sekarang masalah Covid-19 di negara kita.

“Selain itu, kita juga nak tengok keadaan internet di stadium-stadium yang akan menggunakan teknologi VAR. Semua itu masih dalam kajian kita,” katanya.





Kelmarin, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui sudah tiba masanya untuk saingan Liga M menggunakan VAR selepas prestasi buruk yang dipamerkan pengadil tempatan sepanjang musim ini.
Advertisement

Malah, dua negara jiran tetangga iaitu Thailand dan Indonesia dilaporkan sudah menggunakan sistem VAR dalam saingan liga masing-masing bagi mengelak sebarang keputusan kontroversi daripada pengadil perlawanan.



Continue Reading

Liga Malaysia

Penswastaan bola sepak Malaysia berpotensi gagal – Zamsaham

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman mendakwa sistem penswastaan bola sepak di Malaysia berpotensi gagal.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata demikian menerusi satu ciapan ringkas yang dibuat di laman Facebooknya, hari ini.



“Saya rasa penswastaan bola sepak di Malaysia ini tidak teratur kerana banyak sebab. Saya dah laluinya, saya nampak akan potensi kegagalan penswastaan sistem bola sepak Malaysia. #Perjanjian.

“Apakah dan adakah tugas FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dalam fasilitate penswastaan? Saya bukan nak duit FAM, saya lalui sendiri proses penswastaan dan saya tahu level mana mereka membantu,” tulisnya.





Menerusi satu lagi ciapan di Facebook sama, Norizam menjelaskan pihaknya sudah menyelesaikan sepenuhnya hutang pemain yang ada dalam perjanjian penswastaan.




“Alhamdulillah, semua hutang pemain yang ada dalam perjanjian penswastaan kelab oleh KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan) saya sudah bayar, 100 peratus selesai.

“Jika ada yang lain itu maksudnya KAFA yang gagal. KAFA kata minta dengan mereka. Bukan dengan saya,” jelasnya.



Advertisement
Continue Reading

Liga Malaysia

Perak tamatkan kontrak empat pemain import

Published

on

By

IPOH: Perak FC menamatkan kontrak empat pemain import, termasuk tiga pemain yang sempat beraksi untuk kelab itu hanya selama empat bulan.

Pengurus Besar Perak FC, Azman Noh berkata, pemain dari Lubnan iaitu Samir Ayass sudah meninggalkan kelab pada akhir bulan lalu manakala tiga lagi pemain iaitu Zoubairou Garba (Indonesia-Cameroon), Ghislain Guessan (Ivory Coast), dan Nana Poku (Ghana) bakal meninggalkan pasukan pada minggu ini.




Katanya, penamatan kontrak keempat-empat pemain ini dimuktamadkan selepas pihak pengurusan berbincang dengan barisan kejurulatihan dan mengambil kira pelbagai aspek sebelum keputusan itu diambil.

“Kontrak ditamatkan hasil persetujuan bersama dengan kedua belah pihak iaitu antara pemain berkenaan dan (pengurusan) kelab.





“Perak FC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemain terbabit yang sudah bersama pasukan biarpun kelab terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik sebelum ini.
Advertisement

“Selamat maju jaya kepada mereka bersama kelab baharu (kelak),” katanya menerusi kenyataan media yang dikongsikan di Facebook kelab, malam ini.




Beliau berkata, susulan itu Perak bakal meneruskan saingan Piala Malaysia dengan baki pemain import sedia ada.

Ia termasuk Jad Noureddine (Lubnan), Charlie Machell (England), dan Sergio Aguero (Argentina) serta dibantu pemain muda dari skuad Perak FC II.



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY