Connect with us

Johor Darul Ta'zim

ACL: JDT tidak dibenarkan keluar negara, berisiko dihukum AFC

Published

on

Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak diberikan kebenaran untuk berlepas ke Doha menjelang perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) menentang Guangzhou Evergrande, 19 November depan, demikian diumumkan dalam laman Facebook, Johor Southern Tigers, sebentar tadi.



Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih menutup pintu sempadan negara bagi membendung penularan wabak COVID-19 dan ia secara tidak langsung menyaksikan kunjungan JDT ke Doha dalam perlawanan Kumpulan G itu tidak dapat direalisasikan.

Menurut Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards, pasukan itu kecewa dengan perkembangan berkenaan tetapi tetap menghormati keputusan kerajaan sambil mengutamakan keselamatan seluruh warga kelab itu.





“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim telah dimaklumkan oleh Majlis Keselamatan Negara bahawa kami tidak diberikan kebenaran untuk terbang ke Doha, Qatar untuk saingan Liga Juara-Juara AFC 2020,” katanya dalam kenyataan itu.

“Walaupun kami sangat kecewa tidak dapat mengambil bahagian dalam kejohanan tertinggi kelab peringkat Asia itu dan juga Piala Malaysia, kami menghormati keputusan Kerajaan Malaysia dan memahami tindakan atas faktor keselamatan ini terpaksa diambil disebabkan oleh peningkatan kes pandemik COVID-19.





“Keselamatan setiap orang — termasuk skuad JDT yang bakal ke Doha — adalah satu keutamaan. Kami berdoa dan berharap agar dunia dapat mengatasi pandemik ini sebelum bermulanya musim 2021,” katanya.

Berdasarkan perkara 6.2 peraturan kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), mana-mana pasukan yang menarik diri selepas peringkat kumpulan kejohanan itu bermula boleh didenda sehingga AS$50,000 (RM206,400) dan penggantungan sebanyak dua edisi.



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Johor Darul Ta'zim

Tak pening jadi pemain JDT

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Bergelar pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) mungkin tidak sesukar yang dijangkakan kerana mereka tidak akan ‘pening’ memandangkan hanya perlu memikirkan dua perkara – berlatih dan menunjukkan persembahan yang terbaik di atas padang.

Situasi itu diakui ‘jeneral’ skuad Harimau Selatan, Safiq Rahim yang mendedahkan pemain di pasukan itu tidak perlu memikirkan mengenai perkara lain sekali gus tiada alasan untuk tidak memberikan yang terbaik sama ada ketika dalam latihan mahupun aksi sebenar.



“Hanya berlatih dan berikan persembahan yang terbaik ketika perlawanan. Benda lain semuanya sudah disediakan oleh pasukan dan Tunku Ismail (Sultan Ibrahim) untuk prestasi pemain.

“Pengurusan lain mungkin kurang ataupun tiada perkara seperti ini kerana sebagai pemain, kita memikirkan banyak benda. Tetapi di sini, kita cuma beri yang terbaik semasa latihan dan perlawanan,” katanya menerusi satu program di Bola@Mamak, baru-baru ini.





Dalam masa sama, bekas kapten Harimau Malaya itu sempat menitipkan beberapa pesanan kepada mana-mana pemain yang memiliki impian untuk beraksi bersama juara Liga Super sebanyak lapan kali berturut-turut itu.

“Lakukan tugas anda dan berikan yang terbaik. Anda perlu ada hati yang besar untuk berada di sini kerana permintaan (tinggi) daripada pasukan.

“Pemain perlu tekankan untuk sentiasa menepati masa dan disiplin kerana anda bukan sahaja bermain bola sepak semata-mata,” katanya.





Sebagai rekod, pemain berusia 34 tahun itu mula menyertai JDT sejak musim 2013 dan selepas enam musim menempa pelbagai kejayaan bersama pasukan itu, dia berubah ‘angin’ apabila berhijrah ke Melaka United (MU).
Advertisement

Namun, dia kembali ke pangkuan JDT pada musim ini dan membantu pasukannya itu merangkul kejuaraan Liga Super buat kali kelapan.



Continue Reading

Johor Darul Ta'zim

JDT denda RM40,000 jika pemain salah guna media sosial

Published

on

By

Tahap disiplin di Johor Darul Ta’zim (JDT) sememangnya begitu tinggi, jadi tidak hairanlah faktor itu menjadi teras skuad Harimau Selatan terus mencipta kejayaan demi kejayaan.

Mana tidaknya, pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan mereka memiliki polisi dan undang-undang tersendiri bagi memastikan disiplin dan etika kerja pemain mereka sentiasa terjaga.


Dalam memastikan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus konsisten mencipta kejayaan sehingga mampu menjuarai Liga Super lapan musim berturut-turut, aspek disiplin paling diutamakan pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail menegaskan JDT mempunyai undang-undang dan polisi tersendiri bagi memastikan tahap disiplin dan etika pemain mereka sentiasa berada pada tahap tinggi.





Antaranya, pemain dan jurulatih akan didenda yang bukan sedikit jika didapati melanggar polisi kelab termasuklah lewat menghadiri sesi latihan ataupun menyalahgunakan media sosial.

“Kalau pemain salah guna media sosial, denda RM40,000 dan itu ada dalam kontrak pemain. Sebab kita ada etika kerja. Kalau lewat ke sesi latihan, denda RM15,000, tiada main-main dalam JDT. Akhyar Rashid pernah lewat sekali pun kena denda juga.

Advertisement

“Isteri salahguna dan tidak kawal media sosial yang boleh mencemarkan nama kelab, pemain akan kena denda. Kalau jurulatih lewat pun, pengurus akan denda kerana jurulatih kena ada dua jam sebelum latihan.




“Kalau gaji tak cukup, (pemain) berhutang,” Kalau jurulatih lewat pun, pengurus akan denda kerana jurulatih kena ada dua jam sebelum latihan” kata Tunku Ismail.

Sebagai rekod, pembayaran denda kepada pemain bukanlah perkara yang asing memandangkan kelab terkemuka dunia turut mengambil pendekatan yang sama.

Sebagai contoh, Chelsea di bawah kendalian Frank Lampard sebelum ini pernah mengenakan denda sebanyak RM116,000 kepada pemain mereka yang lewat untuk menghadiri sesi latihan.



Advertisement
Continue Reading

Johor Darul Ta'zim

JDT, Aston Martin Racing Asia jalin kerjasama

Published

on

By

JOHOR BAHRU: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan jenama terkemuka dunia, Aston Martin Racing Asia mengumumkan jalinan kerjasama yang akan mengukuhkan lagi jenama skuad Harimau Selatan sebagai peneraju bola sepak di Asia Tenggara.

Kerjasama itu juga akan menyaksikan Aston Martin diberi hak untuk mengeluarkan rekaan edisi terhad bertema JDT untuk rangkaian kereta jenis Aston Martin yang akan dijual oleh kelab terbabit.


“JDT amat berbangga dan gembira dapat mencapai persetujuan dengan ibu pejabat jenama tersebut yang berpusat di United Kingdom dan pejabat Asia,” kata kenyataan kelab selepas majlis pemeteraian kerjasama itu di ibu pejabat JDT di Iskandar Puteri, petang tadi.

“Kerjasama dengan syarikat permotoran British ini bukan sahaja memberikan nilai kewangan kepada JDT, tetapi juga membuka peluang kepada JDT, Johor dan Aston Martin Racing bekerjasama dalam pelbagai bidang untuk tahun-tahun yang akan datang.”





“JDT adalah juara di padang dengan kejayaan yang konsisten dan mendominasi tajuk-tajuk berita di luar padang dengan infrastruktur berkelas dunia, kekuatan jenama serta hubungan dengan kelab terkemuka antarabangsa, individu, organisasi dan entiti perniagaan,”.
Advertisement

Dengan termeterai kerjasama itu, JDT membuktikan kredibiliti sebagai sebuah pasukan bertaraf kelab di Asia Tenggara yang berjaya memikat jenama antarabangsa seperti Aston Martin Racing, Unicef, Nike, Hublot, Subway dan SWAG EV.





Kerjasama dengan jenama bertaraf antarabangsa itu menunjukkan peningkatan jenama kelab yang hebat dan kukuh sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa sejak JDT ditubuhkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menerusi transformasi pada 2013.



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY