Connect with us

Piala Malaysia

Kecewa Piala Malaysia dibatalkan, hiburan dibenarkan

Published

on

Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Christopher Raj, kecewa dengan pembatalan Piala Malaysia musim ini, terutama selepas sektor hiburan masih dibenarkan beroperasi.

Berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di seluruh negara, kerajaan mengaplikasikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali di Kelantan, Pahang dan Perlis.



Susulan itu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengemukakan rayuan kepada Majlis Keselamantan Negara (MKN) untuk saingan itu dapat diteruskan tetapi rayuan berkenaan ditolak sehingga ia terpaksa dibatalkan.

Christopher, yang menjadi tetamu jemputan dalam temu bual khas Nadi Arena hari ini, berasa kecewa dengan pembatalan itu sambil tidak berselindung berasa sakit hati kerana sektor hiburan masih dibenarkan beroperasi.

Advertisement

“Sudah tentu saya sangat kecewa, saya kecewa dan mungkin marah kerana hiburan di depan mata saya masih diadakan,” katanya seperti yang dipetik daripada temu bual itu.

“Saya rasa ia satu perkara yang tidak adil kerana pemain-pemain (bola sepak) juga bergaji dan memerlukan pendapatan masing-masing.

“Sudah tentu ia akan menjadi satu tamparan yang hebat buat setiap kelab kerana mereka terpaksa membayar gaji sehingga Disember ini.

“Sudah berapa bulan mereka tidak bermain? potongan gaji sudah dilakukan.

“Ada kelab yang melakukan pemotongan gaji sehingga 10 peratus, 20 peratus, 30 peratus.





“Kami tidak mahu sehingga ada situasi di mana pemain terpaksa menjual pingat atau trofi mereka. Kami memang sedih apabila perkara seperti ini berlaku.
Advertisement

“Kerana ia (pembatalan ini) boleh mendatangkan masalah kewangan buat semua pihak, bukan sahaja buat MFL dan FAM tetapi juga buat pemain, kelab dan sebagainya,” katanya.

Christopher berpendapat bola sepak atau sukan lain juga perlu menjana ekonomi sendiri, sama seperti industri hiburan.

“Kita perlu adil daripada seluruh perspektif, kita faham hiburan mempunyai sektor ekonomi sendiri tetapi sukan juga mempunyai sektor ekonomi sendiri.

“Tetapi jika SOP (prosedur operasi standard) bola sepak yang ketat digunakan, contohnya seperti dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), J-League dan Thai League, semalam kes positif di London sahaja hampir 24,000 tetapi liga tetap berjalan seperti biasa dan kejohanan peringkat Eropah juga masih diteruskan.

“Apa yang saya mahu katakan di sini adalah MKN sepatutnya membuat satu SOP yang boleh digunakan semua pihak.

Advertisement

“Kalau tidak boleh digunakan semua pihak, mungkin ada satu persamaan yang ketara untuk setiap industri.

“Seumpamanya, hiburan ada SOP mereka dan boleh digunakan kerana (menjana) ekonomi sendiri, maka kelonggaran juga perlu diberikan kepada sukan.

“Saya bukan berkata untuk bola sepak sahaja, ia mungkin melibatkan boling, skuasy, badminton, ragbi dan sebagainya.

“Kita memerlukan industri sukan kembali aktif dan tidak boleh berada dalam keadaan seperti ini kerana ia satu ancaman mental bukan sahaja buat pemain tetapi juga buat pegawai dan atlet yang berlatih cukup panjang tanpa sebarang kejohanan yang ada.





“Bayangkan Piala Malaysia kini dibatalkan, ia memberi kesan kepada pemain (ketua jurulatih skuad kebangsaan) Tan cheng Hoe untuk memulakan latihan kerana negara lain sudah bermula,” katanya.

Jurulatih dan pemain Liga Malaysia (Liga M) juga meluahkan rasa terkejut serta sedih dengan pembatalan baki saingan Piala Malaysia musim ini.

Advertisement

Namun, mereka tetap akur dengan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) itu selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menolak rayuan bagi meneruskan kejohanan itu.

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, mengakui sedikit terkejut dengan keputusan itu tetapi memahami kepentingan kesihatan awam perlu diutamakan dalam memastikan penularan COVID-19 dapat dibendung.

Pemain import Terengganu FC (TFC), Lee Tuck turut berkongsi perasaan sedih sambil mengakui sudah meletakkan matlamat mahu mendapatkan satu trofi buat pasukannya pada musim ini.

“Sebagai pemain, sudah tentu terkilan kerana kami melakukan persiapan yang cukup rapi, tambahan saya rasa musim ini TFC mempunyai peluang untuk memenangi Piala Malaysia.

Sementara itu, ketua jurulatih Kuala Lumpur, Nidzam Adzha Yusof seakan tidak percaya dengan pembatalan Piala Malaysia selepas pasukannya sudah memberikan fokus terhadap pertemuan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di suku akhir.

Advertisement

“Sejak saya menjadi jurulatih sejak 2005, saya rasa ini adalah pengalaman paling pahit apabila Piala Malaysia dibatalkan dan rasanya semua orang pasti kecewa terhadap apa yang terjadi.



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Piala Malaysia

Julang Piala Malaysia kejayaan yang cukup manis – Shukor

Published

on

By

KUALA LUMPUR : Persaraan pemain berpengalaman Kuala Lumpur City (KL City) Shukor Adan sebagai pemain professional negara, berakhir dengan kemanisan apabila pasukan menjulang Piala Malaysia.

Kejayaan itu hadir, selepas skuad The City Boys menjinakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam semalam.





“Saya dengan ini mengumumkan persaraan sebagai pemain di Liga Malaysia. Terima kasih kepada semua yang menyokong saya sepanjang 24 tahun bergelar pemain.

“Kejayaan ini cukup manis buat saya sebelum menutup buku sebagai pemain,” katanya selepas tamat perlawanan, sebentar tadi.

Lebih manis, kejayaan dikecapi KL City selepas 32 tahun menanti trofi tersebut selepas klai terakhir Kuala Lumpur menjulang trofi berprestij berkenaan pada tahun 1989.




Dalam pada itu Zhafri Yahya dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan pada malam itu.

Advertisement

Skuad bimbingan Bojan Hodak menamatkan penantian 32 tahun KL City untuk menjulang trofi Piala Malaysia, yang menjangkau usia 100 tahun selepas menewaskan JDT 2-0.



Continue Reading

Piala Malaysia

KL tiada 10 Pemain Import Macam JDT, Kami tiada Tekanan – Bojan Hodak

Published

on

By

Esok peminat bola sepak tempatan akan menyaksikan perlawanan akhir TM Piala Malaysia 2021 diantara Kuala Lumpur (KL City) menentang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ia adalah penutup tirai saingan Liga Malaysia musim ini sebelum kita memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya untuk Piala Suzuki AFF bulan depan.



Perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini dijangka sengit namun Ketua Jurulatih KL City, Bojan Hodak menyifatkan mereka tidak berada dalam tekanan dan akan bermain seperti biasa menentang skuad kendalian Benjamin Mora.

Bojan turut melabelkan JDT sebagai pasukan pilihan kerana mempunyai ramai pemain berkualiti dan ada kelebihan dari segi fizikal.

“Saya tahu akan ada banyak masalah, kedua-dua pasukan agak terikat, terutamanya kami kerana kami tidak mempunyai dua skuad, kami tidak mempunyai 10 pemain import seperti mereka.

“Ini akan memberikan masalah fizikal untuk kami pada perlawanan ini, tiada sesiapa yang boleh jadi penat, setiap orang akan bermain mati-matian dan berikan yang terbaik.





“Saya berharap ia akan menjadi permainan yang bagus dan berharap akan keputusan yang positif. Tiada tekanan untuk kami kerana mereka pasukan paling kaya, bajet mereka 20 kali ganda, pemain dan fasiliti terbaik, jadi tiada tekanan untuk kami,” katanya seperti dipetik dalam Bernama.
Advertisement

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan di Liga Super, JDT menang tipis 2-1 ke atas KL City di Stadium Sultan Ibrahim selain seri 1-1 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.





Pada masa sama, Hodak juga merasakan sentimen peminat bola sepak tempatan, mahu melihat KL City FC menjadi juara selepas kali terakhir memenanginya 32 tahun lepas pada edisi 1989.

“Semua anggap mereka akan menang, tetapi mungkin yang lain-lain di Malaysia menyokong kami, kerana kami bukan pilihan dan ia agak mudah untuk bermain,” katanya.



Continue Reading

Piala Malaysia

Hanya nasib malang halang JDT jadi juara – Shebby

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Adakah aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Selasa ini akan menjadi satu perlawanan berat sebelah?

Ia selepas ramai yang menganggap Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan laluan mudah untuk menjinakkan Kuala Lumpur City (KL City) dan mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka pada 2019.



Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh juga menyifatkan Harimau Selatan memiliki 90 peratus peluang untuk muncul juara Piala Malaysia buat kali ketiga.

Malah, beliau yang lebih dikenali sebagai Shebby berkata hanya 10 peratus kemungkinan JDT boleh gagal di final dan itu pun atas faktor nasib malang, bukannya kerana kekuatan dari KL City.

“JDT pasukan pilihan dari segi corak permainan dan kebolehan individu. Antara dua pasukan ini, memang sukar kalau kita nak cari sebab JDT tak boleh menang.





“Bagi saya 90 peratus (peluang JDT juara), yang 10 peratus lagi nasib malang. Nasib malang sahaja yang boleh menghalang JDT daripada menjadi juara,” katanya kepada BH Sukan, semalam.
Advertisement

Walaupun tidak dianggap sebagai pasukan gergasi dalam Liga Malaysia (Liga M), tetapi persembahan KL City dalam Piala Malaysia musim ini agak luar biasa dan rekod pertemuan mereka dengan JDT dalam Liga Super juga tidaklah terlalu buruk apabila terikat 1-1 di gelanggang sendiri dan tewas tipis 1-2 di Stadium Sultan Ibrahim.

Namun, Shebby yang juga pengulas dan pengkritik sukan bola sepak menegaskan rekod pertemuan dalam liga tidak boleh diambil kira untuk perlawanan di peringkat kalah mati terutama final Piala Malaysia.





“Pasukan Terengganu dalam Liga Super pun kalahkan JDT di Stadium Sultan Ibrahim. Jadi persembahan dalam liga memang tak boleh diambil kira, ia berbeza. Tekanan di final lain, kita tak boleh samakan dengan liga.

“Apa yang harus KL City elak adalah jangan bolos gol minit awal. Sebab JDT memang sudah jadi tabiat mereka akan cari gol awal dan selepas itu mengawal tempo perlawanan.

“Kekuatan JDT pada musim ini lebih kepada berpasukan dan bukannya individu. Semalam (lawan Terengganu FC) tiada Leandro, walaupun beraksi tanpa perancang tapi tetap boleh dapat tiga gol,” katanya.



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY