Connect with us

FAM

Gaji pemain Harimau Muda RM5,000 sebulan sudah memadai – Zolkples

Published

on

KUALA LUMPUR: Jika penubuhan Harimau Muda 2.0 dapat dijayakan, adakah pemain mereka akan tetap menerima gaji seperti pemain profesional yang lain dan tidak hanya bagai buat ‘kerja amal’?



Itu antara perkara yang perlu menjadi pertimbangan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pihak berkaitan sekiranya mahu meneruskan perancangan untuk membentuk pasukan pelapis negara yang dijangka beraksi dalam Liga Perdana musim depan.

Mantan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong menjangkakan faktor kewangan mungkin menjadi kekangan yang perlu dihadapi oleh FAM dalam memastikan program terbabit dapat bertahan dalam jangka masa panjang.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bersetuju dengan pendekatan terbabit bagi meneruskan kesinambungan lepasan daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) untuk terus beraksi dan mendapat pendedahan.

“Mestilah pemain yang main Harimau Muda ini perlu dibayar gaji juga sama seperti pemain profesional yang lain. Dalam hal ini, FAM perlu bijaklah mencari dana yang diperlukan untuk menjayakan program ini.

“Tetapi saya rasa duit bukan satu masalah yang besar sebab FAM boleh tetapkan berapa gaji yang wajar dibayar pada mereka. Mengambil kira usia lepasan AMD, saya anggap RM4,000 ke RM5,000 sudah cukup untuk mereka.





“Tidak perlu mewahkan mereka dengan gaji puluhan ribu pada usia sebegini. Biar mereka bermain dan berkembang dan selepas itu, mereka boleh mencari gaji puluhan ribu dengan pasukan lain yang berminat,” katanya.
Advertisement

Dalam masa sama, Zolkples mengharapkan pihak yang terbabit dapat membuat analisis berdasarkan pengalaman sebelum ini bagi mengenalpasti kelemahan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk program yang bakal ‘dihidupkan’ semula itu nanti.

“Kita sudah ada program ini dahulu. Jadi tengok semula dan lihat kalau kita boleh tambahbaikkan supaya ia dapat berjalan untuk jangka masa panjang bagi mencapai matlamat yang dimahukan.

“Ini sememamgnya satu program yang baik supaya pasukan pelapis dihimpunkan dalam satu pasukan yang tetap dan membantu perkembangan mereka. Bola sepak adalah sukan berpasukan yang memerlukan latihan dan penyertaan bersama dalam tempoh yang panjang bagi membentuk keserasian, kerjasama serta semangat sepasukan,” katanya.





Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa turut senada dengan Zolkples apabila mengakui ia satu langkah yang bijak untuk dilaksanakan dalam situasi ketika ini.

Jelasnya, pandemik COVID-19 yang pasti mengehadkan perbelanjaan menyaksikan tidak semua lepasan AMD berpeluang menyertai pasukan Liga Malaysia (Liga M) namun penubuhan Harimau Muda 2.0 dapat menampung kekurangan ini.

“Lebih baik kalau kita boleh tubuhkan dua pasukan Harimau Muda di mana satu bermain di Liga Perdana dan satu lagi di Liga M3. Ini kerana pemain memerlukan pendedahan dan dengan pembabitan mereka dapat liga tempatan, mereka boleh mengutip pengalaman,” katanya. BH

Advertisement



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FAM

FAM sedang perhalusi penggunaan VAR

Published

on

By

Kuala Lumpur: Penggunaan video bantuan pengadil (VAR) sememangnya sedang diperhalusi untuk digunakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram, badan induk bola sepak tempatan itu sentiasa bersedia untuk meningkatkan kualiti dan mutu liga tempatan khususnya dengan penggunaan VAR.



Katanya, FAM sedang mengkaji secara terperinci berkenaan VAR yang menelan belanja cukup tinggi sekitar RM18 juta ke RM20 juta.

Malah ujarnya, masalah pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini turut memberi kesan selain capaian internet yang laju di setiap venue perlu disediakan.

“VAR ini, memang kita buat kajian dan difahamkan kita perlukan RM18 juta ke RM20 juta untuk menggunakan teknologi ini.





“Oleh itu, kita nak tengok dari segi kemampuan kewangan kita pula sekarang masalah Covid-19 di negara kita.

“Selain itu, kita juga nak tengok keadaan internet di stadium-stadium yang akan menggunakan teknologi VAR. Semua itu masih dalam kajian kita,” katanya.





Kelmarin, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui sudah tiba masanya untuk saingan Liga M menggunakan VAR selepas prestasi buruk yang dipamerkan pengadil tempatan sepanjang musim ini.
Advertisement

Malah, dua negara jiran tetangga iaitu Thailand dan Indonesia dilaporkan sudah menggunakan sistem VAR dalam saingan liga masing-masing bagi mengelak sebarang keputusan kontroversi daripada pengadil perlawanan.



Continue Reading

FAM

FAM ambil jalan mudah?

Published

on

By

PETALING JAYA : Tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan dan Liga Bola Sepak Amatur (AFL) mengambil jalan mudah membatalkan tiga kejohanan atas alasan Covid-19 membuatkan berlakunya lambakan pemain yang tidak dapat beraksi.

Piala Belia, Piala Presiden dan Liga M3 merupakan platform buat pemain-pemain muda dan juga mereka yang berada di penghujung karier untuk beraksi mencari sumber pendapatan.



Pembatalan kejohanan itu buat tahun kedua berturut-turut sudah pasti memberi impak besar kepada karier kedua-dua generasi berkenaan.

Bagi bekas pemain Liga Super, Perdana dan Liga M3 yang enggan nama dikenali mengakui kesan itu dialaminya sendiri pada musim lepas dan juga rakan-rakan sepasukannya.





“Kalau tidak mahu jalankan Liga M3 sekalipun, langsungkan Piala Belia dan Presiden. Sebab apa pemain-pemain ini masih dibawah Persatuan Bolasepak Negeri , nak tak nak negeri perlu keluarkan peruntukan untuk melakukan swab test dan segalanya.

“Ini tidak membatalkan semua, kesian kepada perkembangan mereka untuk membina karier. Kos tinggi, betul tetapi itu tanggungjawab Persatuan Bolasepak Negeri sendiri kena bayar.

Advertisement

“Pembangunan budak-budak muda yang baru nak menempa nama akan terencat di peringkat umur mereka. Dengan lambakan pemain, pemain Liga M3 yang sumber pendapatan hanya bergantung dengan bermain bola, banyak kesan.

“Kita akur dengan keputusan tersebut atas faktor keselamatan, selain kekangan yang dihadapi disebabkan Covid-19 tetapi sampai bila virus ini terus dijadikan alasan tanpa mencari jalan penyelesaian. Jika 10 tahun virus masih sama, maka apa akan jadi kepada bola sepak kita?,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.



Continue Reading

FAM

Tiada tindakan lanjut diambil terhadap Cabrera – FAM

Published

on

By

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan kes tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Gonzalo Cabrera yang menyentuh pengadil perlawanan tidak akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu.




Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap Cabrera selepas pengadil melayangkan kad kuning kepada pemain import skuad Harimau Selatan itu dalam perlawanan tersebut.

“Dalam kes Cabrera ini, pengadil telah mengambil tindakan dengan memberikan kad kuning kepadanya. Apabila pengadil dah beri kad kuning, maka ia berakhir di situ sahaja.

“Namun, berbeza sekiranya seseorang pemain dilayangkan kad merah dan hukuman boleh ditambah mengikut kekasaran yang dilakukan dan boleh dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib,” katanya selepas Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pengadil FAM bagi Penggal 2021-2025 di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Khamis.





Isu menyentuh pengadil perlawanan menjadi ‘buah mulut’ dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan ekoran insiden Cabrera menyentuh pengadil dalam aksi Liga Super menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada Jumaat lalu, namun hanya dilayangkan kad kuning.

Berbeza dengan insiden membabitkan pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC, Fadzrul Danel Mohd Nizam yang dibuang padang kerana menyentuh pengadil ketika aksi Liga super menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 9 April lalu.

Advertisement

Sebelum itu, tonggak JDT, Natxo Insa dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda RM10,000 susulan tindakannya menyentuh pengadil, Noor Azriel Baharudin ketika aksi Liga Super menentang Perak FC di Stadium Perak pada 21 Mac lalu.




“Pemain boleh menyentuh pengadil dalam perlawanan tetapi tujuannya sudah tentu bukan untuk mengasari atau membuat bantahan dengan melulu. Sebaliknya, mungkin seseorang pemain itu menyentuh pengadil untuk berkomunikasi dan meminta penjelasan atau sebagainya.

“Tidak semua situasi pemain menyentuh pengadil adalah satu kesalahan atau untuk tujuan provokasi. Terdapat situasi pemain sebenarnya menyentuh pengadil cuma mahukan penjelasan lanjut berkaitan keputusan yang dibuat.

“Kita jangan lihat apabila ada sentuhan walaupun nampak kasar, sebenarnya bagi pengadil tiada apa yang berlaku. Terpulang kepada pengadil untuk melayangkan kad atau tidak. Biar pengadil lakukan tugas dan buat keputusan.

“Jika terdapat insiden, kami akan bertanya kepada pengadil berkenaan adakah ada unsur provokasi namun dia menjawab tiada. Jadi pengadil juga tahu sama ada dia terancam atau tidak ketika didatangi atau disentuh pemain,” jelasnya.

Advertisement



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY