Legenda Itali, Paolo Rossi meninggal dunia

ROM: Legenda Itali, Paolo Rossi, yang menjadi sebahagian daripada skuad memenangi Piala Dunia 1982 dan pemenang Ballon d’Or pada tahun yang sama, meninggal dunia pada usia 64 tahun.



Bekas pemain Juventus, AC Milan dan Vicenza itu dianggap sebagai seorang daripada pemain terbaik pernah dilahirkan Itali.

Terkenal dengan nama panggilan ‘Pablito’ dalam kalangan rakyat Itali, pemergian Rossi adalah selang beberapa hari kematian Diego Armando Maradona yang diratapi peminat bola sepak dunia.





Rossi pernah tersisih dari skuad itali pada kejohanan euro 1980 akibat skandal rasuah liga seria A.

Rossi bagaimanapun membuat kejutan kerana terpilih mewakili itali untuk skuad Piala Dunia 1982 dan menjaringkan gol pembukaan pada final ketika Itali menewaskan Jerman Barat 3-1.




Rossi menjadi wira itali pada kejohanan itu dengan merangkul Piala Dunia dan merangkul kasut emas untuk jaringan terbanyak dengan 6 gol.