Connect with us

Ballon d’Or

Peminat bola pertikai Messi ke senarai akhir

Published

on

LONDON: Peminat bola sepak dunia mempertikaikan tindakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang menamakan Lionel Messi dalam senarai tiga calon akhir Anugerah Pemain Terbaik FIFA.



FIFA sebelum ini me­nyenaraikan 11 pemain bagi merebut anugerah itu dengan Liverpool mendahului senarai menerusi empat
pencalonan.

Mengetuai pencalonan pe­nyerang Jerman dan Bayern Munich, Robert Lewandowski.

Turut tercalon Cristiano ­Ronaldo, Messi, Thiago Alcantara, Kevin De Bruyne, Robert Lewandowski, Sadio Mane, ­Kylian Mbappe, Messi, Neymar, Sergio Ramos, Mohamed Salah dan Virgil van Dijk.





Bagaimanapun, hanya tiga pemain melepasi senarai akhir – Lewandowski, Messi dan Ro­naldo.
Advertisement

Kehadiran Messi menimbulkan kemarahan peminat kerana Barcelona dan Argentina tidak memiliki pencapaian.

Sebaik sahaja FIFA me­ngumumkan Neymar, De Bruyne, Muller dan Neuer tersisih, laman web badan bola sepak dunia itu diserang.

“Messi tidak layak berada dalam senarai. Anugerah Ballon d’Or 2010 dan 2019 juga dirompak secara terbuka,” kata seorang peminat.





“Di mana Neymar? Messi dan CR7 (Ro­naldo) memang genius tapi musim ini, tiga pemain utama ialah Lewandowski, Neymar dan De Bruyne,” kata seorang lagi peminat.

“Kenapa ada Messi? Apa sumbangannya pada 2020?,” tanya seorang peminat.

“Messi tidak menang trofi, CR7 tidak melakukan apa-apa di UCL (Liga Juara-Juara),” kata seorang lagi peminat. – AGENSI

Advertisement



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ballon d’Or

Messi menang Ballon d’Or kali ketujuh

Published

on

By

PARIS: Bintang Argentina, Lionel Messi memahat rekod memenangi anugerah Ballon d’Or buat kali ketujuh selepas menewaskan pesaing rapat, Robert Lewandowski dan Jorginho awal pagi tadi.

Messi menambah koleksi kejuaraan yang sebelum ini dimenangi pada 2009, 2010, 2011, 2012, 2015 dan 2019.



Kemenangan kali ini dibantu oleh kejayaannya membantu Argentina memenangi kejuaraan Copa America buat kali pertama, Julai lalu.

“Ia sangat menakjubkan dapat berada di sini sekali lagi.

“Dua tahun lalu, saya fikir ia adalah yang terakhir. Menjuarai Copa America adalah kuncinya.





“Ia tahun yang istimewa buat saya kerana memenangi gelaran Copa America. Ia memberi makna besar menang di Stadium Maracana” kata Messi.

Messi yang berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) dari Barcelona musim ini mengumpul 613 mata, manakala bintang Bayern Munich serta Poland, Lewandowski meraih 580 mata.





Jorginho yang membantu Chelsea merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara, selain muncul juara Eropah bersama Itali di tempat ketiga.
Advertisement

Alexia Putellas memenangi anugerah Ballon d’Or wanita, manakala Pedri meraih trofi Kopa untuk pemain bawah 21 tahun.
Sementara itu, anugerah pemain terbaik wanita menjadi milik bintang tengah Sepanyol, Alexia Putellas yang membawa Barcelona muncul Liga Juara-Juara.

Bintang remaja Barcelona, Pedri, 19, memenangi trofi Kopa untuk pemain bawah 21 tahun. – AGENSI



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY