Connect with us

Paris Saint-Germain

PSG pecat Tuchel, Pochettino pengganti

Published

on

PARIS: Paris Saint-Germain (PSG) memecat jurulatih Thomas Tuchel dengan bekas bos Tottenham, Mauricio Pochettino dikaitkan sebagai penggantinya, menurut beberapa laporan media, hari ini.



Juara Perancis itu enggan memberikan sebarang komen ketika dihubungi AFP bagi mengesahkan laporan yang dikeluarkan oleh akhbar L’Equipe dan RMC serta tabloid Jerman, Bild.

Pengendali dari Jerman berusia 47 tahun itu tiba di Parc des Princes dengan kontrak dua tahun pada 2018, dan membawa PSG ke final Liga Juara-Juara buat kali pertama musim lalu.





Ketika ini, jika laporan berkenaan disahkan, kurang dari tiga bulan sejak final menentang Bayern Munich di Lisbon, Tuchel menjadi jurulatih PSG pertama yang dipecat pada pertengahan musim sejak Antoine Kombouare digantikan oleh Carlo Ancelotti pada Disember 2011.

Pochettino meninggalkan Tottenham pada November 2019, enam bulan selepas memimpin skuad itu ke final Liga Juara-Juara pertama mereka.





Bagi musim ini, Tuchel membawa PSG ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara berdepan Barcelona, sementara dalam saingan domestik mereka ketinggalan satu mata di belakang pasukan teratas Ligue 1. – AFP



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Paris Saint-Germain

Pochettino hangatkan lagi perpindahan Messi ke PSG

Published

on

By

PARIS: Mauricio Pochettino menegaskan “mana-mana pemain besar sentiasa dialu-alukan untuk datang ke Paris Saint-Germain (PSG)” ketika jurulatih baharu kelab gergasi Perancis itu ditanya mengenai kemungkinan perpindahan sensasi membabitkan rakan senegara, Lionel Messi.



Pengendali dari Argentina itu ditanya beberapa kali mengenai Messi pada sidang akhbar pertamanya selepas bergelar jurulatih PSG, dengan bintang Barcelona itu kini bebas untuk berbincang dengan kelab lain apabila kontraknya tamat pada Jun.





“Secara jujur, kami tidak membincangkan mengenai perkara itu. Ia tempoh yang gila buat kami, cuba menyesuaikan diri bersama kelab baharu dengan mengadakan mesyuarat, latihan, bersedia menghadapi perlawanan esok yang menjadi sasaran utama,” kata bekas jurulatih Tottenham Hotspur itu dengan perlawanan pertamanya pada awal pagi esok waktu Malaysia menentang Saint-Etienne dalam Ligue 1.

“Kami akan ada masa untuk bercakap pada masa depan, tapi mana-mana pemain besar sentiasa dialu-alukan untuk datang ke Paris Saint-Germain.”





Neymar mencetuskan khabar angin meluas apabila menyatakan keinginan untuk bergandingan dengan Messi pada musim depan, rakan sepasukan lamanya di Barcelona.

Jika ia boleh berlaku, kini ia tampak boleh direalisasikan di sini berbanding Barcelona, dengan kelab Catalan itu bergelut dalam situasi kewangan sukar selain krisis kepimpinan kelab.



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY