Connect with us

EPL

VIDEO Dibenam Southampton, Klopp akui Liverpool dalam ‘tempoh berkarat’

Published

on

SOUTHAMPTON, United Kingdom: Jurgen Klopp mengakui Liverpool mengalami “tempoh berkarat” selepas tewas 1-0 di tangan Southampton yang meneruskan perlawanan tanpa menang juara bertahan itu dalam Liga Perdana kepada tiga perlawanan.

Gol Danny Ings pada minit kedua memberikan tiga mata penuh yang membawa Southampton ke kedudukan keenam dan pengurus Saints, Ralph Hasenhuttl menangis kegembiraan selepas wisel penamat.


Liverpool kekal di persada liga menerusi perbezaan gol mengatasi Manchester United, namun kini bermain lebih satu perlawanan berbanding Red Devils, yang akan berdepan mereka pada saingan liga seterusnya di Anfield pada 17 Januari.

“Ia tempoh berkarat yang kami perlu akui,” kata Klopp, dengan skuadnya kali terakhir gagal menang tiga saingan berturut-turut dalam Liga Perdana pada Mei 2018.

“Hanya jika anda tahu masalahnya, anda boleh selesaikannya, kami bukan buta. Kami perlu bertarung dan melaluinya.”




Advertisement

Kekalahan pertama dalam liga sepanjang tiga bulan mungkin mempercepatkan usaha Liverpool mencari pertahanan tengah pada pasaran perpindahan Januari.

Tanpa Virgil van Dijk yang cedera, Joe Gomez serta Joel Matip, Klopp menggunakan dua daripada pemain tengah pilihan, Fabinho dan Jordan Henderson bersama di bahagian pertahanan.

“Ia bukan hanya permulaan perlahan, tapi permulaan perlahanan itu menjadikan hidup kami sangat sukar malam ini,” kata Klopp.




Southampton juga kehilangan beberapa pemain utama dengan penjaga gol, Alex McCarthy tidak bermain kerana positif COVID-19 manakala Oriol Romeu, Jannik Vestergaard dan Che Adams semuanya cedera. – AFP

Advertisement



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EPL

Ralf Rangnick pengendali sementara Man United

Published

on

By

LONDON: Ralf Rangnick disahkan sebagai pengendali sementara Manchester United menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu mengesahkan Rangnick, 63, yang kini mengetuai bahagian sukan dan pembangunan kelab Russia Lokomotiv Moscow, sebagai pengganti jangka pendek Solskjaer.

Michael Carrik mengambil alih pasukan ketika kemenangan Liga Juara-Juara Eropah di Villarreal, yang membawa United ke peringkat kalah mati, tetapi kelab mahu membawa pengendali lebih berpengalaman untuk menghabiskan baki saingan musim ini.





United dijangka melantik pengendali tetap pada penghujung kempen dengan bos Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino dikaitkan dengan jawatan itu.

Rangnick, yang pernah membimbing RB Leipzig, mencapai persetujuan dengan United untuk mengambil alih tugas itu berkata, perjanjian itu tertakluk kepada persetujuan Lokomotiv untuk melepaskannya daripada kontrak.

Bagaimanapun dia mungkin tidak sempat untuk mengendalikan perlawanan menentang Chelsea hujung minggu ini kerana isu permit.




Advertisement

“Semua tenaga dan fikiran tertumpu pada Ahad ini. Saya kawal apa yang dalam kawalan saya. Semua perkara tidak perlu saya risaukan kerana saya perlu menang perlawanan bola dan itu yang saya mahu lakukan,” kata Carrick.

Solskjaer dipecat Ahad lalu susulan kekalahan 4-1 di tangan Watford.

Mereka kini di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris selepas tewas empat daripada lima perlawanan terakhir, 12 mata di belakang pendahulu Chelsea dan enam di belakang West Ham yang menduduki tangga keempat. – AFP



Advertisement
Continue Reading

EPL

Conte larang pemain Spurs makan sos, piza

Published

on

By

London: Antonio Conte menegaskan beliau akan mengetahui pemain Tottenham yang melanggar arahannya berkaitan penjagaan badan mereka.

Pengendali dari Itali itu pantas melarang barisan pemainnya mengambil sos dan piza dekat pusat latihan kelab di Hotspur Way selepas dilantik selaku pengurus bulan ini.


Conte juga mengambil berat gaya tidur barisan pemain Spurs selain meminta mereka meninggalkan tabiat kehidupan liar.

Pengendali berusia 52 tahun itu sedar dia hanya boleh mengawal barisan pemainnya ketika mereka berada di atas padang.




Advertisement

Bagaimanapun beliau memberi amaran kepada anak buahnya bahawa pakar pemakanan kelab akan membantunya melihat mana-mana pemain yang melanggar arahannya itu.

“Saya boleh melihat keputusannya daripada pakar pemakanan sama ada ia OK atau sebaliknya.

“Saya mahu meningkatkan prestasi pemain dalam setiap aspek dan mahu mereka memahami kehendak saya.





“Anda perlu melakukan persediaan yang rapi terhadap fizikal dan minda anda. Jadi anda perlu bersemangat untuk melakukannya.

“Saya melaksanakan arahan ini bukan sahaja di Chelsea dan Juventus serta Inter Milan, tetapi juga ketika saya berada di Serie B bersama Siena,” katanya.



Advertisement
Continue Reading

EPL

Manchester United mesti pecat Solskjaer

Published

on

By

Sikap sayup-sayup macam orang tak bersalah pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjær yang masih memberikan reaksi senyum selepas tamat perlawanan menentang Manchester City di Old Trafford amat menjelekkan.

Rata-rata penyokong Manchester United berang dengan sikap pilih kasih pengurus yang paling banyak menerima backup dari pelbagai sudut dan masih mampu bertahan di organisasi kelab terbesar dunia, Manchester United.




Tewas kepada Liverpool dengan jumlah jaringan besar memberikan desakan kepada barisan pengarah United yang mula memberikan KPI kepada pengurus berasal dari Norway tersebut.

Sementara itu Danny Murphy merasakan Manchester United perlu memecat Ole Gunnar Solskjaer jika mereka mahu memperbaiki prestasi.

Bekas pemain tengah Liverpool itu berkata, ketika seteru utama kelab itu mahu Solskjaer kekal, pengendali dari Norway itu dinasihatkan untuk berundur.





Solskjaer menyaksikan anak buahnya mengalami kekalahan kali keenam dalam 12 perlawanan selepas tewas 0-2 kepada seteru setempat, Manchester City, kelmarin.
Advertisement

Red Devils hanya menang empat kali ketika ini dengan desakan untuk Solskjaer dipecat semakin kuat.

“Penyokong lawan melihat Solskjaer sebagai senjata rahsia mereka. Mereka mahu beliau kekal lebih daripada penyokong United sendiri.




“Perlawanan itu dilihat oleh sesetengah pihak sebagai peluang terakhir Solskjaer untuk menyelamatkan kariernya selepas tekanan terhadapnya semakin meningkat.

“Tapi City berada dalam kelas berbeza berbanding United. Mereka mungkin hanya menang 2-0 tetapi jelas berada dalam kelas tersendiri.

Advertisement

“United tidak akan memenangi trofi musim ini. Itu sudah jelas, tetapi tidakkah pengurusan kelab itu mempunyai keazaman untuk melakukan perubahan,” kata Murphy.



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY