Ozil sertai Fenerbahce

LONDON: Mesut Ozil menandatangani perjanjian tiga tahun setengah untuk menyertai Fenerbahce dari Arsenal, menurut laporan sensasi di Turki.

Pemenang Piala Dunia Jerman yang menerima bayaran £350,000 (RM1.9 juta) seminggu itu tidak bermain buat musim kedua bersama The Gunners.


Mikel Arteta menyisihkan pemain berusia 32 tahun itu dari skuad Liga Perdana dan saingan peringkat Eropah dengan dia kelihatan cuba dan memaksanya keluar dari Emirates.

Ozil kini memasuki tempoh enam bulan terakhir perjanjiannya dan bebas berbincang dengan kelab luar dan kelab di MLS serta Turki dikaitkan dengan bekas pemain Real Madrid itu.




Laporan dari DHA di Turki mendakwa penderitaannya di Arsenal berakhir selepas dia bersetuju untuk menyertai kelab gergasi negara itu, Fenerbahce.




Ozil dipercayai menolak tawaran dari kelab MLS, DC United di Amerika.

Sebelum ini, Arsenal bergelut untuk mendapatkan prestasi mereka dan sesetengah pihak percaya Ozil akan kembali ke gelanggang ketika Arteta menamakan 25 pemainnya untuk pertandingan domestik dan Liga Europa pada akhir bulan ini. – AGENSI