Connect with us

EPL

[VIDEO] Ketenangan bawa Manchester United ke puncak – Pogba

Published

on

Paul Pogba berasakan Harry Maguire dinafikan gol cantik sambil memuji Manchester United kerana tetap tenang untuk terus berada di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ketua pasukan United, Maguire, berpendapat bahawa dia telah memecah kebuntuan dalam separuh masa pertama ketika menentang Burnley itu, awal pagi tadi, sebelum pengadil, Kevin Friend, secara kontroversi memutuskan bahawa dia terlebih dahulu mengasari Erik Pieters.


Video bantuan pengadil (VAR) menyokong keputusan itu, lantas buat sementara waktu The Red Devils seolah-olah diselubungi kekecewaan dalam usaha mereka untuk menang.

Begitupun, hantaran silang Marcus Rashford berjaya menemui Pogba — ketika permainan berbaki 19 minit — yang kemudian menewaskan penjaga gol tuan rumah, Nick Pope, menerusi rembatan voli.

Ia memberikan kemenangan tipis 1-0 buat pelawat untuk tiga mata di puncak EPL, sekali gus memintas Liverpool menjelang pertemuan kedua-dua pasukan di Anfield, tengah malam Isnin depan.

Advertisement

“Jelas sekali gol itu sepatutnya diiktiraf, saya tidak pasti apa yang terjadi,” katanya mengenai jaringan tandukan Maguire yang dibatalkan.

“Ia adalah satu gol yang menarik tetapi pengadil memutuskan bahawa ia tidak. Ini adalah keputusan yang pelik tetapi kami meraih keputusan yang dihajati dan ia membuatkan kami gembira.





“Jelas ia detik sukar tetapi kami harus bersikap profesional dan kami sedar ia bukan mudah, lebih-lebih lagi terhadap keputusan pengadil.

“Tetapi saya bukan bos di atas padang, jadi kami hanya perlu bertenang dan terus fokus, tentu saja kami menjaringkan gol dan memenangi perlawanan ini.”

United menghuni tangga teratas buat pertama kalinya sejak musim terakhir Sir Alex Ferguson bertugas, iaitu ketika mereka mengecapi gelaran liga ke-20.

Advertisement

Tetapi selepas 17 perlawanan, Pogba mengingatkan rakan sepasukannya bahawa masih banyak yang perlu dilakukan.

“Anda dapat melihat bahawa perlawanan ini adalah berat sebelah, sangat sukar untuk beraksi di sini,” tambah pemain terbaik perlawanan itu yang melakukan sentuhan tertinggi dalam perlawanan (104), hantaran tepat (70) dan umpanan gol (lima).

“Mereka mempunyai gaya permainan yang sangat mantap dan kami sedar ia akan menjadi sukar.





“Kami harus kekal tenang dan fokus kepada diri sendiri sahaja sambil berharap jaringan akan menyusul dan ia akhirnya tercapai. Ia adalah satu persembahan hebat dari semua orang, fokus yang baik.

“Kami selalu berasa gembira ketika menang — kami menang malah saya gembira kami beraksi dengan baik. Perjalanan masih panjang dan kami mempunyai perlawanan getir yang harus dilalui jadi kami perlu fokus terhadap persiapannya.

“Kami memungut tiga mata dan kami gembira untuk itu tetapi perjalanan masih panjang dan kini kami perlu kembali fokus hingga ke hujung musim.”

Advertisement



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EPL

Ralf Rangnick pengendali sementara Man United

Published

on

By

LONDON: Ralf Rangnick disahkan sebagai pengendali sementara Manchester United menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu mengesahkan Rangnick, 63, yang kini mengetuai bahagian sukan dan pembangunan kelab Russia Lokomotiv Moscow, sebagai pengganti jangka pendek Solskjaer.

Michael Carrik mengambil alih pasukan ketika kemenangan Liga Juara-Juara Eropah di Villarreal, yang membawa United ke peringkat kalah mati, tetapi kelab mahu membawa pengendali lebih berpengalaman untuk menghabiskan baki saingan musim ini.





United dijangka melantik pengendali tetap pada penghujung kempen dengan bos Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino dikaitkan dengan jawatan itu.

Rangnick, yang pernah membimbing RB Leipzig, mencapai persetujuan dengan United untuk mengambil alih tugas itu berkata, perjanjian itu tertakluk kepada persetujuan Lokomotiv untuk melepaskannya daripada kontrak.

Bagaimanapun dia mungkin tidak sempat untuk mengendalikan perlawanan menentang Chelsea hujung minggu ini kerana isu permit.




Advertisement

“Semua tenaga dan fikiran tertumpu pada Ahad ini. Saya kawal apa yang dalam kawalan saya. Semua perkara tidak perlu saya risaukan kerana saya perlu menang perlawanan bola dan itu yang saya mahu lakukan,” kata Carrick.

Solskjaer dipecat Ahad lalu susulan kekalahan 4-1 di tangan Watford.

Mereka kini di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris selepas tewas empat daripada lima perlawanan terakhir, 12 mata di belakang pendahulu Chelsea dan enam di belakang West Ham yang menduduki tangga keempat. – AFP



Advertisement
Continue Reading

EPL

Conte larang pemain Spurs makan sos, piza

Published

on

By

London: Antonio Conte menegaskan beliau akan mengetahui pemain Tottenham yang melanggar arahannya berkaitan penjagaan badan mereka.

Pengendali dari Itali itu pantas melarang barisan pemainnya mengambil sos dan piza dekat pusat latihan kelab di Hotspur Way selepas dilantik selaku pengurus bulan ini.


Conte juga mengambil berat gaya tidur barisan pemain Spurs selain meminta mereka meninggalkan tabiat kehidupan liar.

Pengendali berusia 52 tahun itu sedar dia hanya boleh mengawal barisan pemainnya ketika mereka berada di atas padang.




Advertisement

Bagaimanapun beliau memberi amaran kepada anak buahnya bahawa pakar pemakanan kelab akan membantunya melihat mana-mana pemain yang melanggar arahannya itu.

“Saya boleh melihat keputusannya daripada pakar pemakanan sama ada ia OK atau sebaliknya.

“Saya mahu meningkatkan prestasi pemain dalam setiap aspek dan mahu mereka memahami kehendak saya.





“Anda perlu melakukan persediaan yang rapi terhadap fizikal dan minda anda. Jadi anda perlu bersemangat untuk melakukannya.

“Saya melaksanakan arahan ini bukan sahaja di Chelsea dan Juventus serta Inter Milan, tetapi juga ketika saya berada di Serie B bersama Siena,” katanya.



Advertisement
Continue Reading

EPL

Manchester United mesti pecat Solskjaer

Published

on

By

Sikap sayup-sayup macam orang tak bersalah pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjær yang masih memberikan reaksi senyum selepas tamat perlawanan menentang Manchester City di Old Trafford amat menjelekkan.

Rata-rata penyokong Manchester United berang dengan sikap pilih kasih pengurus yang paling banyak menerima backup dari pelbagai sudut dan masih mampu bertahan di organisasi kelab terbesar dunia, Manchester United.




Tewas kepada Liverpool dengan jumlah jaringan besar memberikan desakan kepada barisan pengarah United yang mula memberikan KPI kepada pengurus berasal dari Norway tersebut.

Sementara itu Danny Murphy merasakan Manchester United perlu memecat Ole Gunnar Solskjaer jika mereka mahu memperbaiki prestasi.

Bekas pemain tengah Liverpool itu berkata, ketika seteru utama kelab itu mahu Solskjaer kekal, pengendali dari Norway itu dinasihatkan untuk berundur.





Solskjaer menyaksikan anak buahnya mengalami kekalahan kali keenam dalam 12 perlawanan selepas tewas 0-2 kepada seteru setempat, Manchester City, kelmarin.
Advertisement

Red Devils hanya menang empat kali ketika ini dengan desakan untuk Solskjaer dipecat semakin kuat.

“Penyokong lawan melihat Solskjaer sebagai senjata rahsia mereka. Mereka mahu beliau kekal lebih daripada penyokong United sendiri.




“Perlawanan itu dilihat oleh sesetengah pihak sebagai peluang terakhir Solskjaer untuk menyelamatkan kariernya selepas tekanan terhadapnya semakin meningkat.

“Tapi City berada dalam kelas berbeza berbanding United. Mereka mungkin hanya menang 2-0 tetapi jelas berada dalam kelas tersendiri.

Advertisement

“United tidak akan memenangi trofi musim ini. Itu sudah jelas, tetapi tidakkah pengurusan kelab itu mempunyai keazaman untuk melakukan perubahan,” kata Murphy.



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY