[VIDEO] Rekod lebur, Macam kena tumbuk di muka – Klopp

Liverpool: Jurgen Klopp mengakui beliau seperti ‘kena tumbuk tepat di bahagian muka’ selepas rekod 68 perlawanan tanpa kalah Liverpool di Anfield berakhir apabila kalah mengejut kepada Burnley 0-1 kepada Burnley dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kali terakhir pasukan bimbingan Klopp tumpas di laman sendiri ialah ketika berdepan Crystal Palace pada April 2017.



Ashley Barnes membantu Burnley mencatat kemenangan pertama di Liverpool sejak 1974 apabila dia menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-83 selepas dikasari penjaga gol, Alisson Becker.

“Ia sangat padu, seperti satu tumbukan tepat ke muka. Kami banyak memegang bola, mencipta peluang dan tidak menyempurnakannya.

“Ia membuatkan aksi sangat terbuka dan mereka mendapat penalti. Alisson memberitahu saya dia tidak melakukan sentuhan tapi saya tidak nampak situasi itu,” kata Klopp.




Kekalahan itu menyebabkan Liverpool tergelincir ke tangga keempat selepas mencatat kekalahan kedua dalam tiga aksi terakhir liga dan ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Manchester United.

Mereka sekarang ini gagal mencatat kemenangan dalam lima perlawanan liga dan kali terakhir mereka menjaringkan gol pada 27 Disember lalu ketika mencatat keputusan seri 1-1 berdepan West Bromwich Albion.




Ini kali pertama The Reds gagal menjaringkan sebarang gol selepas empat perlawanan sejak Mei 2000.