Connect with us

AFC

Peluang JDT, Kedah, TFC jadi tuan rumah

Published

on

KUALA LUMPUR: Malaysia berpeluang menjadi tuan rumah bagi Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC musim 2021 selepas Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengesahkan saingan peringkat kumpulan bagi dua pertandingan itu akan berlangsung di venue khusus.

Justeru, tiga wakil negara yang bertanding di pentas Asia itu iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan ACL sementara Kedah dan Terengganu FC (TFC) dalam Piala AFC boleh menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah bagi aksi kumpulan masing-masing.



Perkembangan itu turut dimaklumkan oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John ketika BH Sukan mendapatkan pengesahan sama ada tiga wakil negara boleh menjadi tuan rumah selepas ACL dan Piala AFC akan dianjurkan di venue khusus.

“Boleh (menjadi tuan rumah). Tetapi selepas undian dijalankan, baru kita buka untuk tuan rumah,” katanya.

Jemputan untuk membida dan maklumat lanjut mengenai tuan rumah akan diedarkan kepada semua ahli gabungan selepas undian peringkat kumpulan Piala AFC dan ACL yang berlangsung, hari ini.





Sebagai rekod, saingan terbesar ACL musim ini yang menampilkan penyertaan 40 pasukan buat kali pertama dalam sejarah akan berlangsung di Zon Barat dan Zon Timur sementara Piala AFC pula akan dilangsungkan di lima zon AFC.

Berdasarkan persetujuan semua ahli gabungan dan pasukan yang bertanding, AFC bersetuju untuk menganjurkan saingan peringkat kumpulan ACL Zon Barat antara 14 hingga 30 April manakala Zon Timur pula pada 21 April hingga 7 Mei.

Advertisement

Saingan peringkat kumpulan Piala AFC pula akan berlangsung di Zon Selatan, Tengah dan Timur pada 14 Mei sebelum Zon Barat bermula pada 23 Mei diikuti Zon ASEAN yang dijadual bermula pada 22 hingga 28 Jun dengan saingan berlangsung dengan format ’round robin’.





Dalam perkembangan sama, Windsor berkata, AFC berterima kasih di atas sokongan Jawatankuasa Pertandingan AFC, ahli gabungan dan juga pasukan bertanding yang bekerjasama untuk menghasilkan jadual bagi saingan ACL dan Piala AFC yang terbesar dan paling inklusif dalam sejarah.

“AFC akan sentiasa meletakkan keselamatan dan kebajikan semua pemegang taruh sebagai keutamaan.

“Namun dengan kejayaan ACL 2020, kita berjaya membuktikan yang bersatu padu, solidariti dan kepemimpinan yang kuat oleh AFC boleh menjayakan pertandingan pada waktu yang mencabar,” katanya.



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

AFC

Kelayakan Piala Dunia: Format secara berpusat jadi pilihan

Published

on

By

Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Windsor John, tidak menolak peringkat ketiga kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bakal berlangsung secara berpusat mirip gelembung sukan pada Jun depan.

Dengan peningkatan mendadak kes COVID-19, aksi kelayakan hampir pasti diadakan secara berpusat.



Windsor sendiri tidak menafikan keadaan itu dan perkara berkenaan sudah diperincikan kepada setiap negara yang terlibat.

Tegasnya, semua negara bersedia sepenuhnya dengan keperluan semasa dan dalam masa yang sama, mempersiapkan pasukan bagi mengharungi baki perlawanan.

“Keputusan sudah diambil oleh Jawatankuasa Pertandingan AFC dan dirujuk FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) yang sudah pun memberi kebenaran untuk mereka mengadakan perlawanan secara berpusat pada Jun depan sekiranya ia tidak dapat dilangsung pada Mac ini,” katanya.





Tegasnya lagi, badan induk Asia itu sudah tidak dapat berkompromi lagi.

Pusingan ketiga perlu mengambil tempat seiring dengan keperluan utama untuk saingan Piala Dunia dan Piala Asia bagi tempoh dua hingga tiga tahun dari sekarang.




Advertisement

“Ini ialah peluang terakhir kerana tarikh FIFA yang seterusnya harus digunakan untuk pusingan ketiga, kalau tidak kami tidak boleh habiskan perlawanan sebelum Piala Dunia 2022.

“Perlawanan kelayakan ini harus mengikut kalender FIFA.

“Tapi perlawanan kelayakan ini dibenarkan berlangsung di luar kalendar FIFA jika kedua-dua pasukan bersetuju.”

Harimau Malaya di kedudukan kedua Kumpulan G di belakang Vietnam selepas mencatat tiga kemenangan untuk baki tiga perlawanan lagi.



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY