Connect with us

Luqman Hakim

Jersi nombor 9 bukan lagi milik Luqman

Published

on

KUALA LUMPUR: Jersi ‘nombor 9’ KV Kortrijk dikhabarkan tidak lagi menjadi milik penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin.

Ia selepas paparan senarai pemain kesebelasan utama KV Kortrijk ketika menentang Charleroi dalam saingan Liga Belgium baru-baru ini menunjukkan jersi berkenaan digunakan Teddy Chevalier.



Chevalier yang kembali menyertai kelab Belgium berkenaan tahun ini, menyarung jersi itu dalam perlawanan yang berlangsung pada Sabtu lalu selepas sebelum ini menyarung jersi nombor 34.





Difahamkan pertukaran nombor itu dibuat sebagai memberi penghormatan kepada Chevalier yang dianggap pemain legenda pasukan itu.

Menurut laporan, Chevalier pernah membuat 176 penampilan bersama Kortrijk dan menjaringkan 53 gol serta menyumbang 37 bantuan jaringan.

Ini adalah kali ketiga dia menyertai KV Kortrijk sepanjang kerjayanya selepas kali pertama pada 2013 hingga 2015 dan kali kedua pada 2017 hingga 2019.

Advertisement




Jadi tidak hairanlah pemain veteran berusia 33 itu diberikan penghormatan untuk menggunakan nombor keramat bagi seorang penyerang.

Selain itu, terdapat dakwaan bahawa Luqman akan menggunakan jersi baharu bernombor 99.



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Luqman Hakim

[VIDEO] Luqman Hakim pamer aksi cemerlang

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin mempamerkan aksi memberangsangkan bersama kelabnya, KV Kortrijk selepas diturunkan ketika perlawanan ujian berdepan KRC Harelbeke, awal pagi tadi.

Pada aksi yang berkesudahan KV Kortrijk meraih kemenangan besar 5-0 itu, Luqman dilihat berjaya mempamerkan aksi meyakinkan selepas hampir sebulan bersama Harimau Malaya menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berakhir 16 Jun lalu.


Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan berusia 19 tahun itu masuk sebagai pemain gantian dan mendapat beberapa peluang untuk meledak gol, namun gagal disudahkan dengan jaringan.

Malah, kepantasan larian dan keyakinan tinggi dipamerkan Luqman menjadi pencetus kepada jaringan kelima pasukannya apabila dia dijatuhkan pemain lawan pada minit ke-86 dan memaksa pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada KV Kortrijk.





Luqman yang sudah lama tidak beraksi bersama kelab Belgium itu turut mendapat pujian peminat menerusi komen di media sosial rasmi kelab berdasarkan persembahannya berdepan KRC Harelbeke.

Pelayar Facebook, Tofikz Toxx menulis: “Luqman ada kemajuan selepas berlatih dengan Harimau Malaya. Kalau dapat main 100 peratus setiap perlawanan, lagi padu bila balik kelab.”

Advertisement

Asrul Amar pula memberi komen: “Insya-Allah, satu hari nanti Luqman akan berjaya juga. Hanya sabar, belajar lagi kena kuatkan mental.”





Bukan saja peminat dari Malaysia, Luqman yang lebih dikenali sebagai Luqie dalam pasukannya turut mendapat sokongan daripada penyokong KV Kortrijk di Belgium, malah berdasarkan satu video di laman Instagram kvkortrijkfans, penyokong di stadium menyanyikan lagu khas buat Luqman.

“Kita dapat satu lagu Luqman! Allez Luqman Allez!,” tulis laman Instagram itu berserta video nyanyian penyokong kepada Luqman.



Advertisement
Continue Reading

Luqman Hakim

Jangan malukan Luqman, Safawi

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Penyokong alam maya atau ‘netizen’ diingatkan tidak memberikan komen yang melampau hingga boleh menyebabkan pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Safawi Rasid menjadi bahan sindiran di Eropah.

Ia selepas terdapat komen ‘mengarut’ daripada segelintir rakyat negara ini di media sosial rasmi kelab Luqman, KV Kortrijk dan pasukan baharu Safawi di Portugal, Portimonense SC.



Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa menjelaskan komen yang yang keterlaluan di media sosial rasmi kelab boleh mengundang sindiran atau ejekan kepada dua pemain itu dalam pasukan mereka.

Beliau berkata, secara psikologi perkara itu boleh menambah tekanan dari luar padang kepada Luqman dan Safawi ketika dua pemain itu sedang berusaha menyesuaikan diri di bumi Eropah dan pasukan baharu.

“Kita sebagai peminat perlu bersifat realistik dan adil kepada Luqman serta Safawi supaya mereka tidak dijadikan bahan sindiran dalam pasukan,” katanya kepada BH Sukan, semalam.





“Kita perlu berhati-hati dan menghormati mereka, jangan memberikan tekanan tambahan. Bila jadi bahan sindiran dan ejekan ini boleh menjejaskan mental dan fokus pemain.”

Antara komen yang banyak dibuat netizen termasuk mempertikai keputusan kelab Luqman dan Safawi kerana tidak menyenaraikan dua pemain itu dalam perlawanan rasmi di liga masing-masing.

Advertisement

Tidak kurang juga ada yang menuduh pengambilan Luqman dan Safawi sekadar hanya mahu panaskan bangku simpanan KV Kortrijk dan Portimonense.

Malah, Luqman turut mengakui bahawa ada rakan sepasukan di KV Kortrijk yang menanyakan mengenai komen yang dibuat oleh netizen dari Malaysia.





Mengulas lanjut, Sadek berkata peminat seharusnya bersabar dan memberi ruang kepada Luqman dan Safawi menyesuaikan diri dengan realiti yang ada di Eropah.

“Penyokong perlu realistik bahawa standard yang ada di liga Eropah jauh lebih tinggi dan dalam aspek ini, sebagai manusia mereka patut lalui proses penyesuaian bukan hanya dari aspek bola sepak, malah merangkumi sosial dan budaya serta nilai dalam latihan dan pertandingan,” katanya. – Berita Harian



Advertisement
Continue Reading

Luqman Hakim

Luqman selangkah lagi layak bermain di EPL

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Penyerang sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin dianggap semakin hampir memenuhi syarat mendapatkan ‘lesen’ untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bekas pengurus Selangor, Zakaria Rahim menjelaskan tindakan Luqman menyertai kelab Belgium, KV Kortrijk serta tampil buat kali pertama dalam liga utama negara itu kelmarin, bermakna dia menghampiri syarat utama untuk mendapatkan visa bekerja ‘Tier 2’ atau ‘Tier 5’ Imigresen United Kingdom (UK).



Zakaria yang pernah bekerja sebagai pegawai pembayaran antarabangsa di Barclays Bank UK dari 2002 hingga 2005 berkata, beliau menumpukan kepada EPL berbanding liga lain di Eropah kerana negara itu mempunyai syarat yang ketat dalam pengambilan pekerja asing.

“Untuk bermain di mana-mana liga profesional di UK bagi pemain Malaysia, dia perlu sekurang-kurangnya bermain di mana-mana liga utama di negara EU (Kesatuan Eropah).

Advertisement

“Mengikut peraturan Bosman yang dilaksanakan sejak 20 tahun lalu, mana-mana pemain di EU adalah bebas untuk ditawarkan pekerjaan (kontrak pemain profesional) di mana-mana negara EU.





“Tetapi bagi yang tidak bermain di mana-mana negara EU, perlulah mewakili negaranya di tahap tertinggi iaitu sekurang-kurangnya pasukan negaranya berada dalam ranking kelompok 50 teratas dunia serta mempunyai peratus mata mencukupi sebagai pemain negaranya.

“Malah, Luqman kini secara teknikalnya sudah melangkah sebelah kaki layak mendapatkan permit bekerja dan bermain bola sepak di bawah kategori Tier 2 ‘sportsperson visa’ atau Tier 5 ‘Temporary Worker’ – Creative or Sporting visa,” katanya.

Selain itu, Zakaria menjelaskan apa yang perlu dilakukan sekarang adalah bakat Luqman perlu dilihat oleh skuad pemantau bakat kelab dari UK.




Advertisement

Katanya, ia bermakna, Luqman perlu mendapat lebih minit permainan tidak kira sama ada sebagai pemain utama atau simpanan dan dia perlu meningkatkan lagi prestasinya.

“Walaupun Luqman mempunyai lima tahun kontrak bersama kelabnya di Belgium, seandainya ada tawaran dari mana-mana kelab di UK mahu pun liga lain di UEFA, sudah pasti kelabnya bersedia untuk menjual kontraknya kepada kelab yang berminat.

“Kortrijk ambil tindakan bijak kerana Luqman pun muda lagi. Jadi, Luqman wajib menggunakan sepenuhnya peluang yang terbentang luas sekarang untuk meletak sasaran menjadi anak Malaysia pertama bermain di EPL,” katanya.



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY