Connect with us

Liga Super

Liga Malaysia Perlu Diteruskan – PFAM

Published

on

Sebarang penangguhan yang terlalu lama atau pembatalan Liga Malaysia dijangka boleh memberikan banyak impak negatif yang bukan sahaja membabitkan soal kebajikan pemain dan pegawai yang terbabit malah semua pihak yang terlibat dengan industri bola sepak negara secara keseluruhan.


Perkara itu diutarakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail berkata Liga Malaysia merupakan sektor profesional di mana semua pemegang taruh berkait antara satu sama lain.

Bukan sahaja pemain dan pasukan malah peminat juga turut terkesan dengan penangguhan atau pembatalan Liga Malaysia selain kesukaran pihak penaja untuk mendekati Liga Malaysia jika situasi ini berterusan.

“Para pemain bergantung kepada pasukan, pasukan bergantung kepada penajaan, penajaan bergantung kepada penyiaran, selain aspek sokongan penonton, pelabur dan lain-lain, inilah kitaran yang melengkapkan industri.




“Sekiranya saingan dibatal atau ditangguh, kitaran ini akan terganggu dan seterusnya memberi impak besar kepada industri bola sepak malah dalam masa sama mengganggu momentum persiapan pasukan kebangsaan menjelang kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia.

Advertisement

“Di peringkat komuniti pula terutamanya para penyokong, mereka turut mengalami kerugian kerana ada dalam kalangan mereka yang sudah pun membeli pas bermusim, membantu pasukan dengan pembelian ‘merchandise’ rasmi pasukan dan lain-lain.

“Inilah hakikatnya apabila Liga Induk (Liga Malaysia) ditangguh atau dibatal, kerana ia memberi manifestasi besar bahawa aktivti sukan yang seumpamanya tidak boleh dijalankan sama sekali, ” katanya.

Justeru, beliau mengharapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dapat membenarkan saingan Liga Malaysia diteruskan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat selain menjadikan liga-liga Eropah sebagai contoh biarpun kes penularan pandemik COVID-19 di sana mencatatkan angka yang tinggi.





“PFAM merasakan tiada masalah untuk MKN membenarkan saingan Liga Malaysia berlangsung kerana jika diteliti, setiap pasukan sudah pun menyiapkan diri bagi menghadapi saingan ini dan sangat mengikuti SOP secara ketat setiap kali turun berlatih.

“Berlatih dan bermain dalam stadium lebih memudahkan untuk kawalan keselamatan dibuat dengan adanya perimeter kawalan yang jelas dan daripada aspek komersial, sekalipun saingan dilangsungkan dalam keadaan stadium kosong, tetapi penyiaran masih boleh dilakukan bagi membolehkan pasukan penaja tidak menarik diri atas faktor komersial.

“Perkara ini juga dilakukan di liga-liga Eropah, dan kami melihat tiada masalah jika kita melakukan perkara yang serupa dan sehubungan itu, adalah wajar untuk saingan Liga diteruskan, selagi mana ia mengikuti SOP yang ketat dan mampu dikawal, ” katanya.

Advertisement

Pandangan sama turut diluahkan Presiden PFAM, Safee Sali, yang berkata, emosi dan mental pemain pasti terjejas jika Liga Malaysia tidak dapat diteruskan kerana bola sepak adalah sumber pendapatan tunggal kepada pemain profesional.

Tambahnya, beliau boleh menerima sebarang penangguhan tetapi bukan kepada pembatalan kerana situasi itu pasti memberikan kesan besar kepada kemampuan pasukan dalam membayar gaji pemain.

“Buat masa ini, saya mewakili pemain-pemain lain boleh menerima keputusan MFL untuk menangguhkan Liga Malaysia kepada 5 Mac berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Cuma saya harap tidaklah sampai dibatalkan, impaknya pasti sukar kepada pemain dan pegawai yang terlibat dengan Liga Malaysia, jadi saya mengharapkan MKN boleh memberi kelonggaran dalam soal ini.





“Inilah satu-satunya pendapatan kami dan saya harap MKN dapat melihat akan kepentingan daripada sudut ekonomi kerana industri bola sepak sebenarnya cukup besar di negara ini.

“Sebagai balasan, segala SOP yang akan dibentangkan nanti, kami sebagai pemain akan ikuti tanpa sebarang masalah biarpun mungkin lebih ketat berbanding sebelum ini, ” katanya.

Advertisement

Pada minggu lalu, Malaysian Football League (MFL) telah membuat keputusan untuk menunda tarikh sepak mula Liga Malaysia bagi musim 2021 pada 5 Mac 2021 susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di semua negeri kecuali Sarawak (PKP Bersyarat) sehingga awal bulan depan.

Mengikut perancangan awal, Liga Malaysia 2021 akan membuka tirai dengan perlawanan sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang menemukan juara dan naib juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 26 Februari sebelum ditunda kepada 5 Mac.



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FAM

FAM sedang perhalusi penggunaan VAR

Published

on

By

Kuala Lumpur: Penggunaan video bantuan pengadil (VAR) sememangnya sedang diperhalusi untuk digunakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram, badan induk bola sepak tempatan itu sentiasa bersedia untuk meningkatkan kualiti dan mutu liga tempatan khususnya dengan penggunaan VAR.



Katanya, FAM sedang mengkaji secara terperinci berkenaan VAR yang menelan belanja cukup tinggi sekitar RM18 juta ke RM20 juta.

Malah ujarnya, masalah pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini turut memberi kesan selain capaian internet yang laju di setiap venue perlu disediakan.

“VAR ini, memang kita buat kajian dan difahamkan kita perlukan RM18 juta ke RM20 juta untuk menggunakan teknologi ini.





“Oleh itu, kita nak tengok dari segi kemampuan kewangan kita pula sekarang masalah Covid-19 di negara kita.

“Selain itu, kita juga nak tengok keadaan internet di stadium-stadium yang akan menggunakan teknologi VAR. Semua itu masih dalam kajian kita,” katanya.





Kelmarin, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui sudah tiba masanya untuk saingan Liga M menggunakan VAR selepas prestasi buruk yang dipamerkan pengadil tempatan sepanjang musim ini.
Advertisement

Malah, dua negara jiran tetangga iaitu Thailand dan Indonesia dilaporkan sudah menggunakan sistem VAR dalam saingan liga masing-masing bagi mengelak sebarang keputusan kontroversi daripada pengadil perlawanan.



Continue Reading

Liga Super

Lim Teong Kim Calon Ketua Jurulatih Sri Pahang

Published

on

By

Bekas pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim berada dalam senarai calon ketua jurulatih Sri Pahang bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawa The Star, T.Avineshwaran dimana selain Teong Kim, dua lagi jurulatih dilaporkan turut berada dalam senarai iaitu Christophe Gamel dan jurulatih ketika ini, Dollah Salleh.





Lim Teong Kim sebelum ini pernah mengendalikan skuad B-16 tahun negara yang rata-rata dibarisi oleh graduan dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dalam temasya AFC B-16 Tahun yang dijalankan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 2018 lalu.

Namun pasukan negara gagal menampilkan prestasi terbaik dimana anak-anak buah Teong Kim menamatkan saingan kumpulan A di tangga tercorot dengan perolehan 3 mata, hasil kemenangan ke atas Tajikistan serta tewas kepada Thailand dan Jepun.





Bagi Christophe Gamel pula, pada awal musim ini beliau merupakan penolong ketua jurulatih kepada Thomas Dooley namun keduanya direhatkan setelah Sri Pahang menampilkan prestasi yang kurang memberangsangkan pada dua aksi pertama Liga Super.

Gamel dan Dooley kemudiannya diberikan tanggungjawab baharu sebagai penasihat pasukan dan ketua jurulatih skuad bawah 21 tahun sementara Dollah Salleh mengambil alih tugas menguruskan pasukan utama.





Musim ini, di bawah bimbingan Dollah, Sri Pahang menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-10, dibezakan dua mata dengan Perak yang menamatkan saingan di tangga ke-11 sekaligus tersingkir ke Liga Premier musim hadapan.
Advertisement

Dalam saingan Piala Malaysia pula, Sri Pahang berada di tangga ketiga dalam kumpulan A sekaligus terlepas peluang untuk mara ke pusingan kalah mati.



Continue Reading

Liga Super

Pampasan Akhyar: JDT sudah bayar, Kedah pulangkan

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyifatkan kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa kelab itu tidak membayar pampasan terhadap perpindahan Akhyar Rashid sebagai tuduhan tidak berasas.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menjelaskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah memutuskan bahawa yuran pembangunan pemain sebanyak RM75,000 perlu dibayar oleh mana-mana kelab yang menandatangani Akhyar selepas pemain itu menamatkan kontrak bersama Kedah.



Malah, beliau berkata, JDT bersetuju untuk membayar lebih dan mengeluarkan sekeping cek kepada Kedah sebanyak RM100,000 pada 31 Disember 2018.

“Cek ini bagaimanapun dipulangkan oleh Kedah kerana mereka mahu membuat rayuan berkenaan perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Mahkamah Timbang Tara kemudiannya membuat keputusan bahawa yuran pembangunan itu tidak diperlukan dan membatalkan keputusan yang dibuat oleh FAM.

“Tidak ada keputusan selanjutnya atau tuntutan yang dilakukan Kedah terhadap JDT. Niat kami adalah jelas dan kami ingin menasihati Presiden Kedah FA yang juga Menteri Besar supaya tidak membuat tuduhan tidak berasas.”





Semalam, Sanusi mendakwa JDT tidak menjelaskan pampasan yang sepatutnya dibayar KFA berhubung perpindahan kontroversi pemain itu ke kelab berkenaan sebelum ini.
Advertisement

“Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memutuskan bahawa mereka (JDT) perlu membayar kepada Kedah, tetapi mereka masih belum menjelaskan bayaran itu, bagi saya ini aneh memandangkan mereka mendakwa sebagai kelab kaya.





“Dia ajak saya turun ke sana untuk selesaikan isu ini tetapi saya enggan, saya tidak buat apa-apa silap jadi kenapa perlu ke sana. Kami mungkin miskin, tetapi kami tetap berbangga dan jangan sesekali memandang rendah pasukan miskin,” kata Sanusi.

Muhammad Sanusi berkata, beliau membuat pemerhatian berdasarkan prestasi buruk pemain terbabit ketika perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman.

“Saya melihatnya bermain dalam perlawanan baru-baru ini, dia tidak dapat menjaringkan gol walaupun sudah berada di dalam kotak penalti.

“Saya kasihan dengan budak itu, dia seorang pemain yang berkaliber ketika bermain untuk Kedah, tetapi selepas menyertai pasukan lain yang menawarkan tawaran lumayan kepadanya, dia tidak dapat bermain secara kompetitif, jadi akhirnya dia menghidap ‘kepengkaran’,”



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY