Connect with us

Harimau Malaya

Harimau Malaya perlu segera anjur kem latihan

Published

on

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya nampaknya tidak boleh memperjudikan nasib dengan mengharapkan belas ihsan pasukan lain untuk menunda aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menegaskan tidak akan campur tangan.

Sebaliknya, AFC memberi sepenuh tanggungjawab kepada semua pasukan termasuk daripada Kumpulan G membabitkan lima pasukan iaitu Thailand, Indonesia, Vietnam, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia mencapai persetujuan secara bersama.



Difahamkan ketika ini, empat negara setuju mengubah aksi ke Jun ini dengan memilih UAE sebagai tuan rumah yang akan dijalankan secara karnival.

Bagaimanapun, Vietnam masih ‘membisu’ dan difahamkan negara terbabit berhasrat menjadi tuan rumah, sekali gus menyebabkan kemungkinan baki aksi kelayakan tetap dilangsungkan pertengahan Mac ini berikutan kegagalan mencapai kata sepakat.

Justeru, skuad kendalian Tan Cheng Hoe tidak boleh terus mengharap penundaan, sebaliknya harus segera mengadakan kem latihan skuad negara bulan ini selepas kali terakhir Harimau Malaya menjalani latihan pada November 2019 lalu.





Tindakan itu dilihat perlu sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan aksi Mac ini hanya berbaki sebulan lebih.

Menurut Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John, pihaknya memberi tempoh sehingga 15 Februari ini untuk semua pasukan mencapai keputusan.

Advertisement

“Kita takkan campur tangan. Semua pasukan kena bincang sesama mereka dalam kumpulan untuk putuskan bermain mengikut jadual bulan depan (Mac) atau tunda ke Jun,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Malah katanya, persetujuan perlu diambil secara bersama dan bukan mengikut majoriti.

“Tak boleh buat macam itu (buat keputusan secara majoriti) kerana setiap negara ada hak menjadi tuan rumah. Kena faham, mungkin ada negara dalam baki perlawanan jadi tuan rumah, jadi mereka ada hak.

“Sebab itu kena bincang bersama dan putuskan nak tunda atau tidak, dan kalau tunda siapa dipilih untuk jadi tuan rumah. Kalau satu pasukan tak setuju, kita kena ikut jadual asal main Mac ini,” katanya.




Advertisement

Mengikut perancangan asal, Malaysia dijadual menentang UAE di Dubai pada 25 Mac sebelum melayan kunjungan Vietnam pada 30 Mac diikuti Thailand di Bangkok Jun ini.

Namun, UAE yang mempunyai baki tiga aksi di halaman sendiri mendapat sokongan tiga pasukan kecuali Vietnam yang hanya ada satu sahaja baki aksi di tempat sendiri.

Selepas lima perlawanan, Malaysia menduduki tempat kedua Kumpulan G dengan kutipan sembilan mata sementara pendahulu Vietnam mengumpul 11 mata diikuti Thailand ketiga dengan lapan mata.

UAE di kedudukan keempat mengumpul enam mata dengan kurang satu perlawanan.



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Harimau Malaya

Harimau Malaya hanya ada dua hari untuk serasi

Published

on

By

Kuala Lumpur: Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengharapkan pemain yang berpangkalan di luar negara dapat melakukan ‘kerja rumah’ sendiri dalam usaha memastikan prestasi masing-masing berada pada tahap optimum.



Ini kerana pemain seperti Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk), Dion Cools (Midtjylland FC) Junior Eldstal (Chonburi FC) dan pertahanan Police Tero, Dominic Tan hanya akan bersama pasukan dua hari sebelum sepak mula kejohanan Piala AFF di Singapura, 5 Disember ini.

Cheng Hoe berkata, pemain berkenaan tiada lagi masa untuk ‘bermesra’ atau mencari keserasian sebaik bersama skuad Harimau Malaya di Singapura berikutan ketika itu barisan kejurulatihan lebih menumpukan kepada perancangan taktikal dalam menghadapi lawan.





Katanya, pemain terbabit sentiasa dipantau oleh barisan kejurulatihan dengan memastikan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan atau penurunan prestasi. “Kita mengetahui jadual mereka dan barisan kejurulatihan sentiasa memantau latihan dan perlawanan mereka supaya sentiasa berada tahap terbaik. Saya mengharapkan mereka boleh fokus pada pasukan apabila berkumpul di Singapura kelak kerana ada tempoh dua hari saja untuk persediaan sekali gus mungkin beri tumpuan pada taktikal saja.

“Setakat ini, kita yakin dengan kemampuan pasukan dan mengharapkan keputusan terbaik dapat dicipta pada kejohanan itu,” katanya pada sesi pertama kem latihan pusat Fasa 2 skuad Harimau Malaya di Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini, semalam.





Seramai 15 daripada 28 pemain disenaraikan sudah melapor diri, namun penyerang Petaling Jaya City FC, Darren Lok terpaksa digugurkan daripada skuad ke Singapura susulan kecederaan otot perut yang dialami semasa sesi latihan Fasa 1 bermula Isnin lalu.

Skuad kendalian Cheng Hoe menanti tujuh pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan dua pemain Kuala Lumpur City FC yang terbabit dengan aksi final Piala Malaysia, sebelum 24 pemain dipilih membawa cabaran di Singapura.

Advertisement

Kejuaraan Piala AFF 2020 dijadual berlangsung dari 5 Disember hingga 1 Januari depan dengan Malaysia selaku naib juara edisi 2018, diundi dalam Kumpulan B bersama-sama penyandang juara Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Malaysia yang menyasarkan mara ke pentas final buat kali kedua berturut-turut, akan memulakan kempen kejuaraan berdepan Kemboja, diikuti Laos (9 Disember), Vietnam (12 Disember) dan Indonesia pada 19 Disember dalam usaha muncul dua pasukan terbaik untuk layak ke separuh akhir.



Continue Reading

Harimau Malaya

Cheng Hoe percaya penyerang dipilihnya mampu galas tugas

Published

on

By

PETALING JAYA: Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe percaya barisan penyerang yang disenaraikannya mampu menggalas tanggungjawab merobek gawang lawan pada saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 awal bulan depan.

Jurulatih berusia 53 tahun itu yang kehilangan khidmat Darren Lok berikutan kecederaan otot perut baru-baru ini, yakin penggempur seperti Guilherme de Paula, Syafiq Ahmad, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dan Luqman Hakim Shamsudin, mampu meledak jaringan buat pasukan Malaysia.



“Ketiadaan Darren sedikit sebanyak mengganggu bahagian serangan, tetapi kita ada beberapa pemain lain yang berada di posisi tersebut. Kita perlu merancang yang terbaik untuk atasi pasukan lain,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Kompleks Sukan PKNS di sini, semalam.

Ditanya sama ada beliau berhasrat untuk memanggil pemain lain yang tidak berada dalam senarai 28 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan kebangsaan kali ini, berdasarkan aksi separuh akhir Piala Malaysia, Cheng Hoe berkata senarai itu kekal.

“Kita lihat pemain-pemain yang beraksi di suku akhir, separuh akhir atau akhir (esok) pun, mampu memberi sesuatu kepada pasukan. Cuma saya mengharapkan dan menekankan bahawa para pemain bebas dari segi kecederaan dan keletihan,” katanya.




Cheng Hoe turut mengesahkan pertahanan kiri, Muhammad Arif Fadzilah Abu Bakar yang tidak dapat melapor diri kelmarin berikutan masalah kesihatan, sudah melaporkan diri semalam manakala baki tujuh pemain Johor Darul Ta’zim dan dua tonggak Kuala Lumpur (KL) City FC, akan hadir selepas final Piala Malaysia, yang dijadual malam ini.

Advertisement

Katanya, barisan kejurulatihan juga pada setiap masa, terus memantau latihan dan prestasi perlawanan pemain yang sedang beraksi di luar negara seperti Luqman Hakim (Belgium) dan Dominic Tan (Thailand).





“Harap mereka dah boleh fokus apabila kita berkumpul di Singapura nanti. Mungkin ada satu atau dua hari sahaja persiapan apabila sampai di situ nanti, kita akan pendekkan tempoh latihan dan beri tumpuan kepada taktikal sahaja,” katanya.

Malaysia yang juga juara edisi 2010, akan memulakan kempen Kumpulan B menentang Kemboja pada 6 Disember, diikuti Laos (9 Disember), Vietnam (12 Disember) dan Indonesia (19 Disember) dalam misi mencapai sasaran mara ke akhir buat kali kedua berturut-turut.- BERNAMA



Continue Reading

Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya

Published

on

By

PETALING JAYA: Pemain tengah berpengalaman, Baddrol Bakhtiar menganggap skuad kebangsaan yang akan bersaing pada Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 dibarisi pemain terbaik dalam kancah Liga Malaysia (Liga M).

Tonggak pemain Kedah Darul Aman FC itu berkata setiap pemain yang mendapat panggilan untuk menyarung jersi pasukan negara adalah pemain yang berjaya mempamerkan prestasi cemerlang.



“Saya melihat panggilan kali ini, senarai pemain yang dipanggil memang persaingannya begitu sengit. Bagi saya untuk berada dalam senarai akhir atau skuad utama pun akan berlaku saingan sengit.

“Bagi saya skuad kali ini adalah skuad terbaik dan sesiapa yang dipanggil ke skuad kebangsaan merupakan pemain terbaik di Liga M ketika ini,” katanya pada sesi latihan pertama Kem Fasa 2 skuad Harimau Malaya di Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, semalam.

Pada masa sama, Baddrol berazam membantu skuad bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe mencipta kejayaan di Singapura jika terpilih dengan beliau teruja untuk menambah koleksi gol bersama skuad Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.





“Sasaran saya adalah menjaringkan gol dan bagi sebaik mungkin kepada pasukan. Tetapi yang penting sekali kami perlu menang satu-satu perlawanan dan layak ke separuh akhir. Insya-Allah kalau rezeki ada pada Malaysia tak mustahil kita ke final,” kata pemain berusia 33 tahun itu.
Advertisement

Pandangan sama dilontarkan penyerang Selangor FC Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi yang optimis dengan keupayaan rakan sepasukan meskipun sesetengah pihak berpendapat Cheng Hoe tidak menyenaraikan pemain terbaik negara dalam pasukannya kali ini.




“Setakat beberapa hari yang lepas, saya yakin dan percaya pemain yang jurulatih panggil kali ini semuanya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk hadapi cabaran Piala AFF,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Eky dalam kalangan rakan sepasukan.

Kejuaraan Piala AFF 2020 dijadual berlangsung dari 5 Disember hingga 1 Januari tahun depan di Singapura dengan Malaysia selaku naib juara edisi 2018, diundi dalam Kumpulan B bersama-sama penyandang juara Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Malaysia yang menyasarkan mara ke pentas final buat kali kedua berturut-turut, akan memulakan kempen kejuaraan berdepan Kemboja pada 6 Disember diikuti Laos (9 Disember), Vietnam (12 Disember) dan Indonesia pada 19 Disember dalam usaha muncul dua pasukan terbaik untuk layak ke separuh akhir.- BERNAMA



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY