Liridon bakal bantu Newcastle Jets keluar zon bahaya

Dua pemain itu menyertai Jets secara pinjaman daripada kelab Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) II, dan akan didaftarkan sebaik jendela perpindahan Liga-A dibuka pada 16 Februari depan,




“Karakternya memenuhi kriteria kami,” kata pengurus Jets, Joel Griffiths.

“Dia mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik, memiliki fizikal dan ingin belajar tentang budaya di sini.

“Dia begitu komited untuk meluaskan permainan (kariernya).”




Pemain dari Kosovo berusia 29 tahun itu pernah berkelana ke Republik Czech bersama FK Mlada Boleslav pada 2010 sebelum ke kelab Turki, Fethiyespor, apabila tampil dalam 37 perlawanan.

Liridon mula mewarnai Liga Malaysia sejak 2015 dan selain mewakili JDT II, dia pernah memperkuatkan Kedah dan Melaka United.

Lantas, dia melayakkannya bergelar pemain naturalisasi kedua kebangsaan pada Jun tahun lalu selepas Mohamadou Sumareh.





Sementara itu, Syahrian Abimanyu yang merupakan prospek masa depan Indonesia pula dipancing Harimau Selatan pada Disember lalu.

Bekas pemain akademi Levante berumur 21 tahun itu dianggap sebagai projek jangka panjang buat JDT.

Kehadiran mereka sudah pasti amat ditagih bagi menyelamatkan mereka untuk keluar dari tangga tercorot saingan 12 pasukan itu — selepas enam perlawanan setakat ini — di samping pemain tengah import, Ali Abbas (Iraq) dan penyerang kelahiran Republik Ireland, Roy O’Donovan.