Connect with us

Sumareh

Sumareh dicabar bersihkan nama Selangor FC

Published

on

KUALA LUMPUR: Bintang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohamadou Sumareh digesa tampil membersihkan nama Selangor FC di sebalik pembocoran tawaran kontrak diberikan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kepada beliau musim lalu.



Tonggak skuad kebangsaan itu turut disaran membuat permohonan maaf atas tangkap layar perbincangan antara beliau dan pegawai FAS yang tular sehingga mengaitkan nama Selangor FC dalam kontroversi isu penamatan kontrak bersama Pahang.

Legenda bola sepak negara, Khalid Ali berkata pembocoran maklumat sulit itu tidak mencerminkan sikap profesional dan tanggapan buruk yang wujud terhadap Selangor FC disebabkan keadaan itu amat mendukacitakan seluruh peminat skuad Gergasi Merah.

Katanya, Sumareh perlu berterus-terang selepas Selangor FC diburukkan dengan anggapan pasukan berkenaan yang menjadi dalang Sumareh mengambil keputusan menamatkan baki kontrak sehingga 2022 bersama skuad Tok Gajah sekali gus menyertai kelab Liga Thailand, Police Tero FC.

“Selangor diburukkan sehingga ramai marah termasuk Pahang. Jadi sekarang kita tahulah keadaan sebenar perancangan dia (Sumareh) ingin ke JDT. Tak dinafikan dengan fasiliti dan masa depan yang baik, ramai pemain di Malaysia ingin bermain di sana,” katanya kepada Bernama, hari ini.





“Tetapi ketika ini sebagai bekas pemain Selangor saya kecil hati dan dukacita sebab sebenarnya bukan Selangor menjadi punca tetapi Selangor yang dikecam. Sumareh kena tampil ke hadapan dan ceritakan keadaan sebenar di sebalik perkara itu,”.

Mengulas mengenai isu Sumareh dan Pahang, Bernama melaporkan Khalid pernah berkata keputusan Sumareh menyertai Police Tero FC pada September lalu mungkin sebagai satu persinggahan sementara dan suatu ‘tempoh bertenang’ sebelum menyertai pasukan seterusnya.

Advertisement

Sejurus itu, tular di media sosial salinan tawaran kontrak FAS kepada Sumareh serta tangkap layar perbualan mengenai perpindahan antara beliau dan pegawai FAS sekali gus menamatkan khabar angin bertiup kencang mengaitkan JDT dalam kemelut itu, sebelum ini.

Jelas Khalid, FAS ketika itu seperti dijadikan kambing hitam sedangkan persatuan itu bertindak secara profesional apabila berbincang bersama pemain terlebih dahulu sebelum melakukan usaha mencapai persetujuan di peringkat antara kelab.

“Jelas tindakan dan permainan politik dia itu memang hanya beri kesan negatif kepada Selangor dan mencemar nama baik Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Presiden FAS.

“Jadi beliau kena minta maaf atas perbuatan dia itu yang sehingga kini kita rasa tindakan itu tidak patut dihormati,” katanya.





Semalam, Sumareh, yang juga pemain naturalisasi pertama negara, sah diperkenalkan sebagai pemain baharu JDT musim 2021 selepas lebih sebulan dilaporkan meninggalkan Police Tero FC pada Disember lalu.

Sementara itu, legenda bola sepak Pahang, Datuk Jamal Nasir Ismail enggan mengulas mengenai kemelut Pahang dan Sumareh yang kini dirujuk ke Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), namun beliau menggesa semua pihak mengambil iktibar daripada kontroversi itu.

Advertisement

Bekas pertahanan kental skuad kebangsaan itu, bagaimanapun, menggesa pasukan tempatan supaya lebih profesional dan serius berhubung soal gaji, kontrak dan kebajikan untuk memastikan pemain berasa selamat sekali gus beraksi dengan baik.

Selain menamatkan kontrak bersama Pahang tahun lalu, Sumareh turut membuat aduan rasmi kepada FIFA selepas mendakwa terdapat keculasan berhubung pembayaran gaji ketika bersama Pahang.

FIFA baru-baru ini dilaporkan mengarahkan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) membayar tuntutan berjumlah AS$1.2 juta (kira-kira RM4.9 juta) kepada Sumareh. – BERNAMA



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sumareh

Gaji Sumareh cecah RM163,000?

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mengarahkan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) membayar sehingga RM4.9 juta kepada bekas pemainnya, Mohamadou Sumareh jelas menimbulkan satu persoalan yang begitu besar.




Ini kerana jumlah bayaran yang diumumkan badan induk antarabangsa itu termasuklah jumlah kenaikan tahunan terkumpul yang tidak dibayar dengan pelanggaran kontrak untuk 2020 dan 2021 sekali gus menjadi jumlah terbesar yang dimenangi pemain di Liga M.

Jadi, berapakah sebenarnya gaji yang dibayar PBNP kepada Sumareh sehingga mereka terpaksa ‘lebur’ hampir RM5 juta selepas bekas pemain itu mengheret kes terbabit ke pengetahuan FIFA?

Namun, jumlah itu sebenarnya tidak mengejutkan kerana sumber mendedahkan, gaji bekas pemain Police Tero itu adalah terlalu ‘mahal’ selain dia sepatutnya menerima kenaikan gaji sebanyak RM20,350 setiap tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2022.





Menurutnya, pemain itu sepatutnya menerima sekitar RM163,000 pada tahun keempatnya bersama Pahang namun pemain itu mendakwa gajinya tidak berubah sejak menyertai skuad Tok Gajah pada 2017.

Mengulas mengenai situasi itu, peguam undang-undang sukan, Zhafri Aminurashid menjelaskan jumlah pampasan setinggi RM4.9 juta itu perlu dibayar PBNP memandangkan pemain itu mempunyai tempoh kontrak yang masih panjang bersama pasukan terbabit.

Advertisement

Susulan itu, Zhafri menyatakan itu menjadi punca jumlah pampasan terbabit menjadi tinggi seperti yang diarahkan oleh FIFA.

“Jumlah itu pastinya bukannya jumlah hutang gaji semata-mata disebabkan pemain sudah menamatkan kontraknya bersama PBNP yang menyebabkan PBNP terpaksa membayar pampasan selaras dengan baki kontrak pemain itu bersama mereka.




“Secara majoritinya, apa yang PBNP perlu bayar adalah pampasan selepas Sumareh menamatkan kontraknya sebelah pihak dengan alasan yang munasabah.

“Secara ringkasnya, pemain akan mendapat pampasan yang bersamaan dengan baki tempoh kontrak, pampasan menamatkan kontrak sebelah pihak dan pampasan berkaitan tingkah laku PBNP,” katanya.

Advertisement

Jumlah terbabit jelas memberi ‘bala’ kepada PBNP sebelum mengharungi musim baharu tetapi bekas pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada badan bola sepak dunia itu termasuk mendapatkan alasan penghakiman. – Berita Harian



Continue Reading

Sumareh

Sumareh bakal sertai JDT?

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Ketika heboh berita mengenai Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) membayar AS$1.2 juta (kira-kira RM4.9 juta) kepada Mohamadou Sumareh, timbul juga cerita lain mengenai pemain itu.


Ia selepas bekas pemain Pahang itu didakwa bakal menyertai pesaing skuad Tok Gajah yang juga juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkhabaran itu kini bertiup kencang di media sosial dengan ada yang mendakwa pemain berusia 26 tahun itu semakin hampir menyarung jersi skuad Harimau Selatan itu.




Bagaimanapun belum ada kenyataan rasmi daripada Sumareh atau pun JDT sendiri mengenainya.

Malah, ketika dihubungi BH Sukan untuk mendapatkan komennya mengenai arahan FIFA kepada PBNP juga, pemain naturalisasi pertama negara itu tidak memberikan sebarang respon.

Advertisement

Sebelum ini Sumareh berkelana ke Liga Thailand bersama kelab Police Tero FC selama beberapa bulan selepas meninggalkan Pahang dengan mengaktifkan klausa 8.7 dalam kontraknya.





Dia kemudian mengesahkan kembali ke Malaysia sambil menyifatkan pengalaman bersama Police Tero di Liga Thailand memberi banyak faedah buat kariernya.

Bukan berita mengejutkan jika benar Sumareh menyertai JDT kerana sebelum ini sudah banyak spekulasi mengaitkannya dengan skuad Harimau Selatan terutama selepas nekad meninggalkan Pahang. – Berita Harian



Continue Reading

Sumareh

Sumareh jadi rebutan

Published

on

By

Kuala Lumpur: Ke manakah destinasi seterusnya buat tonggak naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh selepas ini?

Persoalan itu terus menjadi tanda tanya selepas pemain sayap kelahiran Gambia itu kelmarin dilaporkan bakal meninggalkan kelab Thailand, Police Tero yang tidak akan menyambung kontraknya lagi.


Ia sekali gus menyaksikan Sumareh hanya mampu bertahan selama tiga bulan di Liga Thailand selepas berhijrah dari Pahang pada September lalu.

Bagaimanapun, difahamkan kemungkinan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menjadi majikan baharunya musim depan seperti mana luahan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu program bersama televisyen swasta dua minggu lalu.

Dalam program itu, Tunku Ismail yang juga pemilik JDT mengakui akan berjumpa dan meminta restu dengan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) sekiranya mahu mendapatkan khidmat pemain itu.





“Jika Sumareh nak balik saya kena berbual dengan Pahang dulu. Saya pun tadi sudah tanya Tengku Muda Pahang (Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah).”Kalau dia bersetuju saya akan teruskan. Jika dia tak setuju saya tak buat apa-apa. Saya minta hormat, minta restu dari dia kalau boleh atau tidak,” kata Tunku Ismail.
Advertisement

Beliau berkata, jika berjaya membawa masuk Sumareh, ia akan menyaksikan persaingan sengit di bahagian sayap skuad juara tujuh kali berturut-turut Liga Super itu.





“Jadi (bahagian) sayap kanan kemungkinan besar boleh jadi Safawi Rasid, Sumareh, Arif Aiman dan bahagian kiri adalah Akhyar Rashid, Gonzalo Cabrera dan Ramadhan Saifullah.”

Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai masa depan pemain naturalisasi pertama negara itu, malah ketika Arena Metro cuba mendapatkannya Sumareh gagal dihubungi. – Harian Metro



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY