Connect with us

Liga Malaysia

Kekal bermula 5 Mac demi Harimau Malaya

Published

on

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menegaskan penangguhan tidak dapat dilakukan sekali gus menyaksikan keputusan untuk meneruskan saingan Liga Malaysia (Liga M) pada 5 Mac ini perlu dilakukan demi kepentingan kelangsungan aksi domestik.



Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ab Ghani Hassan menjelaskan keputusan itu dicapai selepas mendapat pandangan dan persetujuan daripada rakan kongsi liga menerusi mesyuarat dalam talian bersama CEO pasukan, semalam.

Katanya, MFL selaku pengendali Liga M amat memahami kekangan setiap pasukan yang berdepan kesukaran untuk mengharungi persiapan musim baharu namun keputusan sepak mula pada 5 Mac adalah langkah terbaik khususnya kepada skuad kebangsaan dan survival industri bola sepak domestik.

“Ini adalah keputusan yang relevan dan ia mendapat sokongan daripada setiap wakil kelab ketika mesyuarat dalam talian bersama CEO pasukan semalam. Pasukan kebangsaan meminta untuk membuat persiapan akhir dan mengadakan kem latihan pusat pada bulan depan.





“Ini sangat penting memandangkan skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu sudah setahun tidak berlatih bersama.

“Perjuangan pasukan kebangsaan adalah agenda nasional di mana wakil kelab rasa bertanggungjawab dalam memastikan Harimau Malaya berada dalam landasan terbaik untuk mendapat slot automatik ke pentas Piala Asia 2023,” katanya.

Pada masa sama, Ghani menjelaskan MFL komited untuk menamatkan kempen liga dengan perlawanan penuh membabitkan 22 perlawanan dan sudah pasti ada risiko sekiranya kalendar Liga M tidak dapat bermula seperi dirancang.





“Kami tidak mahu mengambil risiko yang akan memberi kesan kepada penajaan selain langkah mengurangkan perlawanan atau membatalkan kejohanan lain seperti Piala Malaysia atau Piala Cabaran terpaksa diambil jika kalendar Liga M bermula lebih lambat.
Advertisement

“Selain faktor cuti perayaan umum, tarikh kejohanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) serta aksi AFC membabitkan Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Terengganu FC (TFC) turut diambil kira.

“Jadi sukar untuk MFL menunda lagi tarikh sepak mula Liga M 2021 kerana ia jelas akan menjejaskan perjalanan kalendar pertandingan musim ini. Kami akan berusaha untuk memastikan perjalanan kalendar Liga M berjalan lancar terutama dalam pandemik COVID-19,” katanya.



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FAM

FAM sedang perhalusi penggunaan VAR

Published

on

By

Kuala Lumpur: Penggunaan video bantuan pengadil (VAR) sememangnya sedang diperhalusi untuk digunakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram, badan induk bola sepak tempatan itu sentiasa bersedia untuk meningkatkan kualiti dan mutu liga tempatan khususnya dengan penggunaan VAR.



Katanya, FAM sedang mengkaji secara terperinci berkenaan VAR yang menelan belanja cukup tinggi sekitar RM18 juta ke RM20 juta.

Malah ujarnya, masalah pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini turut memberi kesan selain capaian internet yang laju di setiap venue perlu disediakan.

“VAR ini, memang kita buat kajian dan difahamkan kita perlukan RM18 juta ke RM20 juta untuk menggunakan teknologi ini.





“Oleh itu, kita nak tengok dari segi kemampuan kewangan kita pula sekarang masalah Covid-19 di negara kita.

“Selain itu, kita juga nak tengok keadaan internet di stadium-stadium yang akan menggunakan teknologi VAR. Semua itu masih dalam kajian kita,” katanya.





Kelmarin, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui sudah tiba masanya untuk saingan Liga M menggunakan VAR selepas prestasi buruk yang dipamerkan pengadil tempatan sepanjang musim ini.
Advertisement

Malah, dua negara jiran tetangga iaitu Thailand dan Indonesia dilaporkan sudah menggunakan sistem VAR dalam saingan liga masing-masing bagi mengelak sebarang keputusan kontroversi daripada pengadil perlawanan.



Continue Reading

Liga Malaysia

Penswastaan bola sepak Malaysia berpotensi gagal – Zamsaham

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman mendakwa sistem penswastaan bola sepak di Malaysia berpotensi gagal.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata demikian menerusi satu ciapan ringkas yang dibuat di laman Facebooknya, hari ini.



“Saya rasa penswastaan bola sepak di Malaysia ini tidak teratur kerana banyak sebab. Saya dah laluinya, saya nampak akan potensi kegagalan penswastaan sistem bola sepak Malaysia. #Perjanjian.

“Apakah dan adakah tugas FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dalam fasilitate penswastaan? Saya bukan nak duit FAM, saya lalui sendiri proses penswastaan dan saya tahu level mana mereka membantu,” tulisnya.





Menerusi satu lagi ciapan di Facebook sama, Norizam menjelaskan pihaknya sudah menyelesaikan sepenuhnya hutang pemain yang ada dalam perjanjian penswastaan.




“Alhamdulillah, semua hutang pemain yang ada dalam perjanjian penswastaan kelab oleh KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan) saya sudah bayar, 100 peratus selesai.

“Jika ada yang lain itu maksudnya KAFA yang gagal. KAFA kata minta dengan mereka. Bukan dengan saya,” jelasnya.



Advertisement
Continue Reading

Liga Malaysia

Perak tamatkan kontrak empat pemain import

Published

on

By

IPOH: Perak FC menamatkan kontrak empat pemain import, termasuk tiga pemain yang sempat beraksi untuk kelab itu hanya selama empat bulan.

Pengurus Besar Perak FC, Azman Noh berkata, pemain dari Lubnan iaitu Samir Ayass sudah meninggalkan kelab pada akhir bulan lalu manakala tiga lagi pemain iaitu Zoubairou Garba (Indonesia-Cameroon), Ghislain Guessan (Ivory Coast), dan Nana Poku (Ghana) bakal meninggalkan pasukan pada minggu ini.




Katanya, penamatan kontrak keempat-empat pemain ini dimuktamadkan selepas pihak pengurusan berbincang dengan barisan kejurulatihan dan mengambil kira pelbagai aspek sebelum keputusan itu diambil.

“Kontrak ditamatkan hasil persetujuan bersama dengan kedua belah pihak iaitu antara pemain berkenaan dan (pengurusan) kelab.





“Perak FC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemain terbabit yang sudah bersama pasukan biarpun kelab terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik sebelum ini.
Advertisement

“Selamat maju jaya kepada mereka bersama kelab baharu (kelak),” katanya menerusi kenyataan media yang dikongsikan di Facebook kelab, malam ini.




Beliau berkata, susulan itu Perak bakal meneruskan saingan Piala Malaysia dengan baki pemain import sedia ada.

Ia termasuk Jad Noureddine (Lubnan), Charlie Machell (England), dan Sergio Aguero (Argentina) serta dibantu pemain muda dari skuad Perak FC II.



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY