[VIDEO] Bayern Munich kelab terbaik dunia

AL-RAYYAN, Qatar: Bayern Munich melengkapkan musim gemilang apabila dinobat sebagai juara Piala Dunia Kelab menundukkan kelab Mexico, Tigres 1-0 dalam final hari ini.



Jaringan Benjamin Pavard pada babak kedua memastikan gergasi bola sepak Jerman itu meraih trofi keenam dalam tempoh 12 bulan.

Ini adalah kali kelapan berturut-turut juara Eropah merangkul Piala Dunia Kelab, selepas Bayern mengikut jejak langkah juara tahun lalu, Liverpool.

Bayern pasukan kedua memenangi semua keenam-enam trofi dalam tempoh setahun selepas Barcelona melakukannya pada 2009.





“Kejayaan merangkul enam trofi berturut-turut sangat istimewa.

“Ini pencapaian paling tinggi dalam bola sepak, bagaimana cara kami bermain akan diingati untuk masa yang lama,” kata penyerang Bayern, Robert Lewandowski.

Sejak Hansi Flick mengambil alih Bayern pada November 2019, juara Eropah itu hanya kalah lima perlawanan.





“Saya harap tidak akan ada kekalahan lagi pada masa akan datang dan banyak kejayaan bakal diraih berbanding kalah,” kata Flick.

Bagi Tigres, kekalaham sesuatu yang amat pahit untuk ditelan kerana mereka wakil Mexico pertama berjaya layak ke final sebagai juara zon CONCACAF