Connect with us

MFL

11 kelab sudah mohon lesen AFC 2022

Published

on

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan 11 kelab dari Liga Malaysia (Liga M) sudah mengemukakan pengesahan permohonan Lesen Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi musim 2022.

Kelab berkenaan termasuk 10 wakil Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Melaka United FC, PJ City FC, Perak FC, Kedah Darul Aman FC, Selangor FC, Terengganu FC, UiTM FC, Penang FC dan Kuala Lumpur United FC serta satu pasukan Liga Perdana, Sarawak United FC.


Pasukan Sri Pahang FC dan Sabah FC tidak memohon lesen AFC untuk musim depan.

MFL dalam satu kenyataan hari ini berkata dalam masa sama semua 18 pasukan Liga M sudah membuat pengesahan permohonan untuk Lesen Kebangsaan membabitkan penyertaan untuk Liga Super dan Liga Perdana bagi musim depan.

Tarikh pengesahan permohonan bagi Lesen AFC dan Lesen Kebangsaan ditutup pada 9 Februari lalu.





Sistem Pentadbiran Pelesenan Kelab AFC (CLAS) dibuka bermula, hari ini dengan setiap kelab diminta mengemukakan dokumen bermula Kriteria Personel dan Pentadbiran (31 Mac 2021), Kriteria Undang-Undang (15 April 2021), Kriteria Sukan (31 Mei 2021), Kriteria Infrastruktur (15 Jun 2021), Kriteria Perniagaan (30 Jun 2021) dan Kriteria Kewangan pada 30 Julai 2021.
Advertisement

“Unit Pelesenan Kelab MFL memberikan informasi ini kepada awam untuk memastikan sebahagian pihak memahami berhubung perkembangan terkini berkaitan permohonan lesen bagi musim 2022 dalam pertandingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC serta Lesen Kebangsaan yang membabitkan Liga Super dan Liga Perdana,” katanya kenyataan, itu.





Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata pihaknya mengingatkan kepada kelab supaya dapat menyerahkan dokumen yang diminta mengikut susunan kriteria dan tarikh akhir yang ditetapkan.

“Jika ada sebarang kekeliruan atau pertanyaan, pegawai pelesenan kelab boleh menghubungi secara terus dengan Unit Pelesenan Kelab MFL,” katanya.



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Liga Malaysia

Berjaya, Maybank taja Liga M?

Published

on

By

PETALING JAYA: Kurang 10 hari sebelum Liga Malaysia (Liga M) 2021 membuka tirai dan ketika dunia ‘dibadai’ Covid-19, bola sepak tempatan menerima perkhabaran menggembirakan apabila dua syarikat gergasi tempatan dikaitkan sebagai penaja baharu Liga M.

Desas-desus bertiup kencang, mengatakan Berjaya Corporation Berhad dan Maybank
akan menjadi ‘keluarga baharu’ Liga M.


Begitupun sehingga kini, tiada sebarang pengesahan dikeluarkan sama ada oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mahupun ke dua-dua syarikat tersebut.

Maybank amat dekat dengan sukan tanah air apabila sering terlibat dalam badminton dan golf, malah penarikan diri CIMB sebagai penaja Liga M musim ini antara yang menarik minat mereka untuk terlibat dalam bola sepak.

Pengasas Berjaya Corporation, Tan Sri Vincent Tan pula adalah peminat No. 1 bola sepak.




Advertisement

Beliau memiliki kelab yang bersaing dalam Liga England, Cardiff City, selain KV Kortrijk di Belgium, yang kini menempatkan bintang remaja sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin.

Jika berita itu benar, ia mampu memberi sinar kepada sukan nombor satu negara yang ketika ini terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.

Utusan Malaysia difahamkan MFL sudah mencapai kata sepakat dengan penaja baharu dan sepatutnya mengumumkan
berita gembira itu sebelum saingan musim ini bermula.

Bagaimanapun penundaan sepak mula Liga M dari Februari ke 5 Mac depan memberi kesan kepada perjanjian.





Namun begitu, rundingan semula telah diadakan di antara MFL dengan kedua-dua penaja berkenaan.

Komitmen tinggi dan kesungguhan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin yang juga Presiden MFL antara faktor syarikat gergasi tersebut berminat menaja liga tempatan.

Advertisement

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan sebelum ini menegaskan, pihaknya hanya akan buat kenyataan rasmi apabila sudah menandatangani perjanjian. – Utusan



Continue Reading

MFL

Pengalaman matangkan MFL harungi musim 2021

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Pengalaman musim lalu menjadi panduan buat Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk bersedia dengan segala kemungkinan apabila menjalankan Liga Malaysia (Liga M) 2021, termasuk jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan selepas 26 Januari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, MFL sudah ada langkah-langkah tertentu jika keadaan berterusan bagi memastikan semua pertandingan di Liga M 2021 dapat diteruskan seperti dirancang.


Memandangkan tempoh pelaksanaan PKP buat masa ini hanya selama dua minggu iaitu dari 13 ke 26 Januari ini, beliau menegaskan perancangan asal Liga M masih kekal iaitu memulakan saingan pada 26 Februari.

“MFL menerima langkah kerajaan dalam melaksanakan PKP bagi negeri-negeri tertentu kerana indeks kes COVID-19 yang semakin tinggi dan kami faham akan keperluan berkenaan.

“Sememangnya besar harapan kami agar PKP ini tidak berpanjangan kerana kalendar Liga Malaysia telah dikeluarkan termasuk piala-piala tertentu bagi memastikan musim 2021 lebih lancar dan teratur.

Advertisement

“Bagaimanapun, MFL sudah ada pengalaman pada musim 2020 dan kita ada langkah-langkah tertentu jika situasi ini berpanjangan atau ada masalah sebagainya.

“Cuma buat masa ini perancangan MFL masih kekal dengan kalendar sedia ada kerana situasi sekarang masih di peringkat awal memandangkan kita masih di bulan Januari berbanding sebelum ini PKP yang dilaksanakan pada Mac.

“Jika PKP ditarik balik pada 26 Januari, maka semua pasukan mempunyai masa yang cukup mengadakan persiapan pra-musim bagi hadapi liga yang akan bermula dengan Piala Sumbangsih pada 26 Februari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.





Pada Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam Rabu ini hingga 26 Januari depan.

Enam negeri tersebut adalah Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi tempoh sama dikenakan terhadap enam negeri lain iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Advertisement

Dua negeri lagi iaitu Perlis dan Sarawak menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), juga untuk tempoh sama.

Pelaksanaan PKP itu bermakna sebarang aktiviti seperti sukan berkumpulan yang membabitkan latihan dan perlawanan bola sepak, tidak dibenarkan sama sekali buat masa ini.





Sementara itu, Ghani meminta kerjasama semua pasukan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang musim ini agar memastikan Liga M berlangsung tanpa sebarang masalah jika sudah mendapat lampu hijau dari kerajaan.

“Pasukan-pasukan termasuk pegawai dan pemain diharapkan sentiasa menjaga SOP dan keselamatan masing-masing kerana kita semua punyai tugas tersendiri.

“Kita harapkan liga pada 2021 dapat berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah yang membabitkan Covid-19 melibatkan pasukan seperti mana kita lakukan pada musim 2020,” jelasnya.

Advertisement



Continue Reading

FAM

MFL tak kira tajaan besar atau kecil

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sedia menerima mana-mana pihak termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta yang berminat menaja Liga Malaysia (Liga M).

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan menjelaskan badan pengelola Liga M itu juga sedia berunding tanpa mengira sama ada jumlah tajaan itu besar atau kecil.


“Selama ini pun kita terbuka dengan semua pihak, mungkin beberapa pihak sebelum ini salah faham bahawa MFL hanya ambil jumlah tajaan yang besar sahaja.

“Tidak… kita akan menerima siapa sahaja yang nak menaja dan memulangkan kembali ROI (pulangan pelaburan) kepada mereka walaupun jumlah yang tak berapa besar.

“Ia kerana ada banyak slot produk mereka yang kita boleh masukkan dalam stadium, di billboard (papan iklan besar), papan iklan elektronik dan sebagainya,” katanya kepada BH Sukan.





Sebelum ini, MFL mengesahkan kehilangan dua penaja iaitu CIMB Bank dan Air Asia yang menarik diri daripada menaja Liga M musim depan.
Advertisement

Selain itu, penaja utama Telekom Malaysia (TM) pula dilaporkan akan mengurangkan jumlah tajaan mereka dari RM30 juta kepada RM15 semusim.

Situasi itu didakwa terjadi kesan daripada pandemik COVID-19 yang melanda negara dan dunia.





Malah, terdapat juga spekulasi yang mengaitkan Berjaya Corporation Bhd dan Maybank bakal menaja Liga M.

Ab Ghani bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi itu dan hanya menjelaskan pihaknya sedang berunding dan mencari penaja.

“Saya hanya akan buat kenyataan apabila tandatangan perjanjian dengan penaja baharu. Sekarang ini kita sedang berunding dan sedang mencari,” katanya.

Advertisement



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY