Connect with us

Lionel Messi

Terkejut Messi minta tukar jersi

Published

on

Madrid: Lionel Messi menyebabkan penjaga gol Elche, Edgar Badia terkejut selepas bintang Barcelona itu meminta bertukar jersi dengannya.

Legenda Argentina berusia 33 tahun itu menjaringkan dua gol pada separuh masa kedua untuk meletakkan Barcelona di kedudukan selesa sebelum meraih kemenangan 3-0 di Nou Camp.



Gol pertamanya masuk ke penjuru gawang lawan selepas menerima hantaran daripada Martin Braithwaite.

Messi kemudian menjaringkan gol kedua dengan bergaya menerusi larian solo.





Jordi Alba menambah gol ketiga untuk memastikan skuad bimbingan Ronald Koeman meraih tiga mata penuh.

Sebaik Messi menghadiahkan jersi keramat bernombor 10 miliknya, Badia terkejut selepas Messi meminta jersinya.




Badia tanpa berfikir panjang kemudian membuka jersinya dan menyerahkan kepada Messi.

Advertisement

Selepas itu mereka berdua kelihatan tersenyum, bersalaman dan menuju ke arah berlainan.



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lionel Messi

Messi berang, enggan salam jurulatih

Published

on

By

Paris: Jurulatih Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino mempertahankan tindakannya mengeluarkan Lionel Messi ketika menewaskan Lyon 2-1 dalam aksi Ligue 1 di tempat sendiri awal pagi tadi.

Bekas bintang Barcelona itu cemerlang pada babak pertama di Parc des Princes tetapi prestasinya mula menurun selepas rehat dan digantikan dengan Achraf Hakimi pada 15 minit terakhir ketika kedudukan 1-1.



Lucas Paqueta meletakkan Lyon di depan pada minit ke-54 sebelum Neymar menyamakan kedudukan menerusi penalti pada babak kedua dan gol kemenangan PSG hasil tandukan pemain gantian, Mauro Icardi pada masa kecederaan.

“Semua orang tahu kami miliki ramai pemain hebat, skuad 35 orang. Ia keputusan saya tetapi kami hanya boleh menurunkan 11 pemain pada satu-satu masa,” kata Pochettino.

Advertisement





“Saya hanya fikir keputusan terbaik dalam setiap perlawanan, untuk setiap pemain sama seperti dilakukan setiap jurulatih.

“Kami di sini untuk membuat keputusan. Ada kalanya pemain suka dengannya dan kadang-kadang tidak.”

Messi yang tampak tidak puas hati enggan bersalaman dengan Pochettino ketika dia menuju ke tempat duduk pemain.

Pochettino menafikan pemenang enam kali Ballon d’Or tidak gembira dan berkata: “Saya tanya keadaannya dan dia berkata ok, tiada masalah.”

Messi yang sepakan percumanya terkena tiang pada babak pertama masih lagi memburu gol sulungnya sejak menyarung jersi PSG.

Advertisement



Continue Reading

Lionel Messi

Messi layak menang Ballon d’Or lagi

Published

on

By

Barcelona: Ronald Koeman menegaskan Lionel Messi adalah calon utama untuk memenangi anugerah Ballon d’Or pada tahun ini selepas mempamer aksi cemerlang bersama kelab dan skuad kebangsaan.

Messi sudah memenangi anugerah berprestij itu sebanyak enam kali berbanding lima dimenangi Cristiano Ronaldo dan kemenangan kali ketujuh akan menyaksikannya terus mengatasi Ronaldo.



Messi sekali lagi menjadi tumpuan untuk memenangi anugerah itu selepas membantu Argentina menjuarai Copa America di Brazil.

Ketika dia hanya mampu menjulang trofi Copa del Rey bersama Barcelona musim lalu, Koeman percaya sumbangan jaringannya bersama kelab dan skuad kebangsaan mencerahkan peluangnya memenangi anugerah itu.





“Dia sangat penting. Dia seorang kapten dan menjadi contoh rakan sepasukan lain,” kata bos Barcelona itu di laman web kelab itu.

“Jaringannya sangat menakjubkan meskipun melalui musim yang sukar.”




Advertisement

“Messi sekali lagi menunjukkan bahawa dia adalah pemain terbaik di dunia. Saya tahu betapa dia sangat inginkan untuk memenangi Copa America dan dia berjaya memenuhinya.

“Bagi saya, Messi adalah adalah calon utama memenangi anugerah Ballon d’Or selepas melalui musim cemerlang.”



Continue Reading

Lionel Messi

Lionel Messi kini ejen bebas

Published

on

By

PEMENANG Ballon d’Or enam kali, Lionel Messi, secara rasmi menjadi ejen bebas dengan kontraknya di Barcelona berakhir tetapi pasukan Catalan itu menegaskan bahawa mereka sedang dalam proses mengesahkan perjanjian baharu.

Kontrak pemain kebangsaan Argentina itu berakhir semalam, di tengah spekulasi mahu meninggalkan Camp Nou yang dia panggil rumah sejak tahun 2000.



Presiden Barcelona FC, Joan Laporta, mengakui keadaan itu tidak ideal tetapi berkata rundingan masih berjalan.

“Kami melakukan sebaik mungkin tetapi anda harus memasukkan tawaran yang bersifat ‘financial fair-play’,” kata Laporta kepada wartawan semalam.




“Kami mahu kekal dan kami sangat bersemangat untuk dia terus bersama pasukan. Saya berharap saya dapat memberitahu anda bahawa Leo akan kekal tetapi saya belum dapat mengatakannya. Kami sedang dalam proses mencari jalan penyelesaian.”

Messi menyatakan hasrat untuk meninggalkan Barcelona musim lalu, dengan rasa tidak puas hati terhadap tindakan kelab di dalam dan di luar lapangan.

Advertisement



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY