VIDEO Penjaga gol Slavia Prague cedera muka disepak

LONDON: Bintang Rangers, Kemar Roofe dibuang padang kerana mencederakan Ondrej Kolar apabila sepakannya tepat terkena muka penjaga gol Slavia Prague itu pada aksi kedua 16 terbaik Liga Europa pagi tadi.

Penyerang Light Blues masuk menggantikan Scott Arfield pada minit ke-55 di Ibrox – namun dilayangkan kad merah hanya selepas enam minit.



Rakaman menunjukkan bintang Rangers itu cuba mendapatkan bola dan ia kemalangan yang tidak disengajakan.

Namun Roofe segera dibuang padang kerana membahayakan lawan dan Kolar dibawa keluar padang dengan dahinya dibalut.





Bagaimanapun dia kembali ke bangku simpanan pasukan untuk menyaksikan kembali perlawanan itu – kemenangan 2-0 yang menyingkirkan Rangers.
Bekas pemain Rangers, Charlie Adam yang mengulas mengenai insiden berkenaan berkata: “Itu tidak boleh dielakkan.

“Jika Roofe menggunakan kepala, dia ada lebih peluang untuk penjaga gol menjatuhkannya dan mendapat penalti.”





Hero Rangers, Peter Lovenkrands menambah: “Roofe boleh dengan mudah menyepak bola itu dan kakinya tidak tinggi.

“Bagi saya, dia boleh mengelak kepala penjaga gol itu. Ia sememangnya kad merah.” – Agensi