Gaji Messi paling lumayan

LONDON: Lionel Messi mengetuai senarai pemain menerima gaji paling tinggi di Eropah dengan £2.1 juta (RM11.96 juta) seminggu menurut L’Equipe.


Penerbitan dari Perancis itu berkongsi senarai pemain bola sepak menerima gaji paling lumayan di benua berkenaan.

Dan bintang Barcelona, Messi, 33, mengetuai ‘kejohanan’ itu.




Dan gaji seminggu Messi itu, lebih sekali ganda melebihi pencabar terdekatnya.

Cristiano Ronaldo, 36, dikatakan menerima £900,000 (RM5.12 juta) seminggu di Juventus.

Ia hanya kira-kira separuh daripada apa diterima Messi di Nou Camp.

Lebih menakjubkan, laporan berkenaan berdasarkan gaji sebenar – tidak membabitkan sebarang perjanjian penajaan dengan L’Equipe mendakwa Messi membawa pulang lebih £108.2 juta (RM616.43 juta) setiap tahun.





Gaji tahunan Ronaldo sebanyak £46.7 juta (RM266.05 juta) masih membuatkan pemain itu selesa di tangga kedua.

Bintang Paris Saint-Germain, Neymar ketiga dengan pendapatan £606,000 (RM3.45 juta) seminggu atau £31.5 juta (RM179.46 juta) setahun.

Luis Suarez didakwa menerima £575,000 (RM3.27 juta) seminggu di Atletico Madrid – terikat bersama rakan sepasukan Messi di Barcelona, Antoine Griezmann. – Agensi