KUALA LUMPUR: Sekalipun isu pengadilan terus menimbulkan kontroversi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim ini, ia tidak bermakna mutu pengadilan berada pada tahap yang membimbangkan.
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh merumuskan mutu pengadilan ditunjukkan pengadil tempatan sepanjang lima perlawanan musim ini berada pada tahap yang boleh diterima.
“Kita ada pelbagai tafsiran dalam kalangan penonton dan pegawai daripada pelbagai sudut. Tetapi untuk teknikal, saya dapati prestasi keseluruhan pengadil yang sempat saya lihat dan kaji adalah berada dalam keadaan yang boleh diterima.
“Jadi tidaklah begitu buruk dan tidaklah terlalu cemerlang. Dalam keadaan yang ‘sedang sedang’. Ada juga dalam kalangan mereka yang saya perhatikan boleh diberi lebih banyak pendedahan untuk masa depan,” katanya.
Sebagai rekod, mutu pengadilan terus menjadi perdebatan menerusi beberapa insiden sehingga menyaksikan dua pengadil Liga M sudahpun digantung setakat ini atas kesilapan yang dilakukan ketika menjalankan tugas.
Dalam masa sama, Subkhiddin yang juga tenaga pengajar bahagian teknikal Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menegaskan pengadil pada zaman ini lebih berkualiti berbanding zaman ketika dia masih lagi aktif ‘meniup wisel’.
“Saya kasihan dengan pengadil zaman sekarang walaupun mereka ada kualiti yang lebih baik. Kalau hendak dibandingkan, kita dulu pun ada juga buat salah cuma ia tidak ditularkan.
“Pengadil sekarang lebih baik kerana mereka ada banyak bahan pembelajaran. Tidak seperti dahulu di mana, untuk belajar menggunakan buku pun agak susah.
“Selain material pembelajaran yang lebih banyak, kita juga ada laman sesawang dan tenaga pengajar turut berkongsi pengetahuan secara dalam talian. Perkara sebegini membantu mereka menjadi bertambah baik,” katanya.
abc
abc
abc
ab
javascript:`/*”/*–><svg onload=’/*`
a
“onmouseover=alert()//
XSS
XSS
aaa
abcde
“><“
avc