Connect with us

European Super League

6 gergasi EPL tarik diri daripada ESL

Published

on

LONDON: Manchester United, Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Tottenham menyertai Manchester City menarik diri daripada cadangan Liga Super Eropah (ESL) sebentar tadi, ketika perancangan kontroversi itu musnah selepas menerima tentangan serius.

Chelsea yang menjadi kelab terakhir menandatangani dokumen menyertai Liga Super Eropah (ESL) sebelum ini, mengesahkan lewat malam tadi akan turut keluar daripada saingan kontroversi berkenaan.



“Kelab Bolasepak Chelsea boleh mengesahkan sudah memulakan prosedur untuk menarik diri daripada kumpulan pelan pembangunan Liga Super Eropah,” kata kenyataan kelab itu menerusi laman sesawang mereka.

Kini ESL hanya ada enam pasukan iaitu Real Madrid, Barcelona, Atletico Madrid, AC Milan, Inter Milan dan Juventus bagi projek berkenaan.

Reaksi terhadap perancangan itu semakin meningkat dengan ahli politik dan pihak berkuasa bola sepak mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang berdepan pasukan digelar “sedozen kelab kotor” yang diberitahu mereka bakal berdepan penggantungan daripada kejohanan domestik dan benua.

“Manchester United tidak akan menyertaii Liga Super Eropah,” kata juara England 20 kali itu dalam satu kenyataan.

Advertisement

“Kami mendengar dengan berhati-hati reaksi penyokong kami, kerajaan UK dan pemegang taruh yang lain.




“Kami kekal komited untuk bekerjasama dengan pihak lain dalam komuniti bola sepak bagi mencari penyelesaian jangka panjang daripada cabaran diterima dalam permainan ini.”

Dalam satu kenyataan, Liverpool berkata: “Kelab Bolasepak Liverpool mengesahkan bahawa pembabitan kami dalam cadangan membentuk Liga Super Eropah tidak akan diteruskan.

“Dalam beberapa hari ini, kelab menerima kehadiran pelbagai pihak berkepentingan, secara dalaman dan luaran dan kami mahu mengucapkan terima kasih kerana sumbangan berharga mereka.”





Arsenal turut memohon maaf kepada penyokong mereka kerana tersalah tafsir ketika menandatangani cadangan berkenaan.

“Bukanlah niat kami mencipta kekalutan seperti itu. Bagaimanapun apabila jemputan menyertai Liga Super hadir sambil menyedari tiada jaminan mengenainya, kami tidak mahu ketinggalan bagi memastikan kami dapat melindungi Arsenal dan masa depannya,” kata Gunners dalam satu kenyataan.

Advertisement

“Disebabkan kami mendengar apa yang anda mahukan dan apa dimahukan komuniti bola sepak lebih luas sejak beberapa hari lalu, kami menarik diri daripada Liga Super. Kami membuat kesilapan, dan kami memohon maaf.”- AFP



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

European Super League

Liga Super sudah berkubur

Published

on

By

LONDON: Juventus, Inter Milan dan AC Milan bersama pendahulu La Liga, Atletico Madrid akhirnya ‘mengaku kalah’ apabila menyertai jejak enam gergasi Liga Perdana Inggeris menarik diri daripada Liga Super Eropah (ESL) hari ini.



Penarikan diri Manchester City, Manchester United, Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Tottenham hadir hanya 48 jam selepas liga itu diperkenalkan, Ahad lalu yang mencetus kemarahan serta bantahan dari penyokong serta pelbagai pihak.

Juara Eropah 13 kali, Real Madrid dan seteru utamanya di Sepanyol, Barcelona bagaimanapun belum menyatakan pendirian mereka mengenai projek berkenaan.

Milan, antara ‘watak utama’ di sebalik rancangan penubuhan liga mewah itu tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara sejak tujuh musim lalu.




Juara Eropah tujuh kali itu berkata, perubahan perlu dilakukan dalam landskap bola sepak, namun mereka perlu ‘sensitif dengan suara pecinta bola sepak’.

Advertisement

Juara Itali, Juventus pula berkata, mereka masih ‘yakin dengan projek berkenaan, nilai komersial serta undang-undang’ tetapi menerima hakikat ia tidak boleh diteruskan dalam format asal.

ESL menjamin kemasukan automatik kepada kelab yang dianggap ‘pengasas’ kejohanan, selain melibatkan hadiah kemenangan berbilion ringgit.





Kebanyakan pasukan berdepan masalah kewangan ekoran pandemik Covid-19, dan tawaran hadiah yang lumayan dilihat mampu membantu mereka membayar hutang serta perbelanjaan lain.

Bagaimanapun projek itu menerima bantahan besar-besaran daripada peminat, pemain, jurulatih, ahli politik badan bola sepak Eropah serta Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pemilik Liverpool, John W. Henry turut memohon maaf kepada penyokong dan kelab kerana menjadi sebahagian daripada yang ‘merestui’ rancangan Liga Super selepas kapten mereka, Jordan Henderson menegaskan, pemain tidak mahu rancangan diteruskan. – AGENSI

Advertisement



Continue Reading

European Super League

Setuju sertai Liga Super Eropah, Gergasi EPL diberi amaran

Published

on

By

London: Kelab ‘Big Six’ Liga Perdana Inggeris (EPL) diberi amaran mereka mungkin digantung daripada saingan bola sepak kerana bersetuju untuk menyertai Liga Super Eropah (ELS).

Ketua Liga Perdana meragui tindakan dua kelab Manchester, Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Tottenham yang menyatakan persetujuan dengan perancangan menyertai liga berasingan itu yang disahkan semalam.

Perdana Menteri, Boris Johnson menyelar tindakan itu, yang menimbulkan krisis besar yang dihadapi bola sepak pada abad ini selepas pandemik Covid-19 ketika FA dan Uefa merancang mengambil tindakan undang-undang.

Johnson menegaskan dia akan memastikan liga baharu tidak akan diteruskan ketika isu berkenaan dipaparkan secara meluas menerusi media Eropah.




Anggota jawatankuasa UEFA berkata pasukan separuh akhir Chelsea, Manchester City dan Real Madrid mungkin boleh disingkirkan daripada Liga Juara-Juara musim ini.

Advertisement

Ketua FA Denmark, Jesper Moller berkata kepada stesen penyiaran DR: “Kelab itu harus pergi, dan saya harap ia akan berlaku pada Jumaat. Kemudian kita harus mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk menamatkan (musim ini) kejohanan Liga Juara-Juara.

“Akan ada mesyuarat eksekutif luar biasa pada Jumaat.”

Gergasi Sepanyol, Real, Barcelona dan Atletico Madrid termasuk trio Itali, Juventus, Inter Milan dan AC Milan antara dilaporkan turut melengkapkan penubuhan itu.

Bagaimanapu dua seteru ketat saingan Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund dan Bayern Munich sepakat mengumumkan menolak cadangan penubuhan Liga Super Eropah (ESL).

Sementara itu Presiden Real Madrid, Florentino Perez berkata kelab berkenaan tidak akan disingkirkan daripada Liga Juara-Juara kerana menyertai cadangan penganjuran Liga Super Eropah (ESL).

Advertisement





Kelmarin enam kelab Liga Perdana Ingeris (EPL) – Liverpool, Manchester United, Arsenal, Chelsea, Manchester City dan Tottenham Hotspur – menyertai Real, Barcelona dan Atletico Madrid serta tiga kelab Itali, Juventus, Inter Milan dan AC Milan melancarkan kejohanan yang sudah dirancang itu.

Mereka mengambil keputusan keluar daripada Liga Juara-Juara yang tidak mendapat persetujuan UEFA dan memulakan kejohanan baharu ‘secepat mungkin’ dengan perancangan tiga lagi pasukan akan menyertainya dan lima dijemput secara tahunan.

Perez mendakwa Paris Saint-Germain (PSG) tidak dijemput.

UEFA berkata pasukan yang terbabit dalam kejohanan itu tidak dibenarkan bersaing dalam kejohanan selepas ini ketika kelab Perez iaitu Real selain City mara ke kelompok empat terakhir Liga Juara-Juara musim ini.

“Ada ancaman daripada seseorang yang keliru antara monopoli dengan pemilikan,” kata Perez yang dinamakan Presiden ESL kepada program televisyen El Chiringuito.

Advertisement

“Real tidak akan ditendang daripada Liga Juara-Juara, pasti tidak. Sama seperti City, tiada siapa akan disingkirkan.”




Tambahnya: “Ia tidak akan berlaku. Saya tidak mahu babitkan alasan perundangan tetapi ia tidak akan berlaku. Ia mustahil.” Badan induk bola sepak Eropah itu juga berkata pemain boleh diharamkan mewakili negara mereka.

“Mana-mana pemain boleh bertenang kerana ia tidak akan berlaku,” kata Perez. “UEFA ialah monopoli dan mereka juga perlu telus. UEFA tidak memiliki imej yang baik dalam sejarahnya. Mereka mesti terbuka untuk berdialog dan bukannya mengancam,” katanya.

Sebelum itu Perez mendakwa langkah berkenaan dibuat untuk menyelamatkan sukan berkenaan.

“Bola sepak perlu terus berubah dan menyesuaikan diri mengikut masa. Bola sepak semakin hilang peminat. Sesuatu perlu dilakukan,” kata Perez.- AFP

Advertisement



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY