Berhenti aksi untuk berbuka puasa

LONDON: Wesley Fofana berterima kasih kepada Liga Perdana kerana membenarkannya berbuka puasa ketika kemenangan Leicester mengatasi Crystal Palace.

Penjaga gol Palace, Vincent Guiata memberhentikan permainan pada minit ke-34 ketika kemenangan 2-1 Leicester bagi membolehkan pertahanan itu minum.



Fofana, 20, minum di garisan gol sebelum menunjukkan tanda bagus kepada mereka yang menantinya di padang.

Pertahanan tengah itu adalah seorang Muslim dan berpuasa adalah sebahagian daripada Ramadan.




Berpuasa adalah satu daripada lima rukun Islam dan Fofana disenaraikan berdepan Eagles tanpa makan dan minum ketika siang hari.

Menerusi Twitter dia menulis: “Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Liga Perdana selain @CPFC, @vguaita13 dan semua pemain Foxes kerana membenarkan saya berbuka puasa malam ini di tengah-tengah permainan.

“Itulah yang menjadikan bola sepak menakjubkan.”





Di United Kingdom, Ramadan bermula 12 April hingga 12 Mei.

Fofana kini bermain dalam tiga perlawanan ketika berpuasa – dengan Foxes menang semua tiga perlawanan.

Penyokong memuji pemain Perancis itu kerana kepercayaan teguh dimilikinya sambil kekal profesional di tengah padang.

Seorang peminat berkata: “Hormat kepada pemain yang tetap beraksi ketika berpuasa. Bukanlah sesuatu yang mudah.” – AFP