Connect with us

Manchester United

Man United sedia labur RM514 juta beli Kane

Published

on

MANCHESTER: Pemilik Manchester United bersedia membelanjakan 90 juta pound (RM514.76 juta) bagi mendapatkan peledak gol Tottenham Hotspur, Harry Kane.

Usaha itu dilihat sebagai usaha keluarga Glazer untuk meredakan kemarahan peminat yang turut terasa hingga ke Florida, Amerika Syarikat, di mana pemilik United menetap.


Walaupun tiada perancangan untuk menjual kelab, keluarga Glazer dilihat cuba memenangi semula hati peminat United.

Satu daripadanya ialah dengan mendapatkan penyerang kelas dunia seperti yang dimahukan pengendalinya, Ole Gunnar Solskjaer.

Kane berada di tangga teratas senarai United dan penyerang England itu juga berminat berpindah ke Old Trafford.




Advertisement

Pengerusi Spurs, Daniel Levy sebelum ini menegaskan sekiranya Kane dijual, ia bukan kepada pesaing Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun masalah kewangan dan tuntutan dana untuk perbelanjaan menjelang jendela perpindahan musim panas ini, mungkin akan menyebabkan Levy berubah fikiran.

Kane, yang meledak 31 gol dan 16 umpanan musim ini, terdesak mahukan kilauan trofi tetapi Spurs seakan kelab yang sukar untuk merealisasikan impiannya itu.





“Apabila melihat kembali karier saya apabila ia berakhir nanti, ini antara perkara yang akan saya ingati, tetapi matlamat sekarang sebagai pemain ialah memenangi trofi.

“Walaupun ini adalah cukup hebat, saya mahu memenangi hadiah lebih besar sebagai satu pasukan,” kata Kane ketika memenangi anugerah pemain terbaik Liga Perdana Inggeris di Anugerah Bolasepak London.- AGENSI



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Manchester United

Carrick nafi guna taktikal Rangnick

Published

on

By

LONDON: Michael Carrick menegaskan Ralf Rangnick tidak memainkan peranan dalam taktikal Manchester United ketika seri 1-1 menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea di Stamford Bridge, di sini, semalam.

Rangnick ketika ini masih bersama kelab Russia, Lokomotiv Moscow sebagai pengarah sukan dan pembangunan, serta dijangka menyertai United sebagai pengendali sementara minggu ini.





Pengendali dari Jerman itu berunding dengan United sejak Ole Gunnar Solskjaer dipecat dan Carrick yang mengambil alih pasukan menjelmakan kemenangan Liga Juara-Juara ke atas Villarreal serta seri menentang Chelsea.

Bekas pertahanan United, Gary Neville berkata keputusan Carrick meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan dan menerapkan formasi bertahan 4-3-3 di Stamford Bridge memberi isyarat yang Rangnick terbabit dalam taktikal berkenaan.





“Saya rasa bakal pengendali sementara yang memilih pemain kerana ia menunjukkan perubahan ketara berbanding pertengahan minggu,” kata Neville.

Carrick bagaimanapun menyangkal dakwaan berkenaan dengan berkata: “Tidak, ia bukan begitu. Saya fokus dengan perlawanan ini dan ia mencukupi untuk mempersiapkan pemain-pemain.”

Advertisement



Continue Reading

EPL

Ralf Rangnick pengendali sementara Man United

Published

on

By

LONDON: Ralf Rangnick disahkan sebagai pengendali sementara Manchester United menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu mengesahkan Rangnick, 63, yang kini mengetuai bahagian sukan dan pembangunan kelab Russia Lokomotiv Moscow, sebagai pengganti jangka pendek Solskjaer.

Michael Carrik mengambil alih pasukan ketika kemenangan Liga Juara-Juara Eropah di Villarreal, yang membawa United ke peringkat kalah mati, tetapi kelab mahu membawa pengendali lebih berpengalaman untuk menghabiskan baki saingan musim ini.





United dijangka melantik pengendali tetap pada penghujung kempen dengan bos Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino dikaitkan dengan jawatan itu.

Rangnick, yang pernah membimbing RB Leipzig, mencapai persetujuan dengan United untuk mengambil alih tugas itu berkata, perjanjian itu tertakluk kepada persetujuan Lokomotiv untuk melepaskannya daripada kontrak.

Bagaimanapun dia mungkin tidak sempat untuk mengendalikan perlawanan menentang Chelsea hujung minggu ini kerana isu permit.




Advertisement

“Semua tenaga dan fikiran tertumpu pada Ahad ini. Saya kawal apa yang dalam kawalan saya. Semua perkara tidak perlu saya risaukan kerana saya perlu menang perlawanan bola dan itu yang saya mahu lakukan,” kata Carrick.

Solskjaer dipecat Ahad lalu susulan kekalahan 4-1 di tangan Watford.

Mereka kini di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris selepas tewas empat daripada lima perlawanan terakhir, 12 mata di belakang pendahulu Chelsea dan enam di belakang West Ham yang menduduki tangga keempat. – AFP



Advertisement
Continue Reading

Champions League

Carrick tahu kemampuan Ronaldo

Published

on

By

VILAREAL, Sepanyol: Pengendali sementara Manchester United, Michael Carrick berkata dia tidak terkejut Cristiano Ronaldo sekali lagi meledak gol ketika menang 2-0 mengatasi Villarreal pada saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Carrick juga berkata dia bercakap dengan Ole Gunnar Solskjaer sebelum menerima tugasan sementara itu selepas Solskjaer dipecat Ahad lalu.


Gol Ronaldo memberikan kelebihan buat pasukannya pada minit ke-78 di Ceramica sebelum Jadon Sancho menambah gol kedua bagi mengesahkan tempat buat United ke kelompok 16 terakhir.

“Itulah yang sentiasa dilakukannya,” kata Carrick mengenao Ronaldo. “Dalam perlawanan besar, bagi saat yang penting, apabila anda perlukan gol atau sesuatu, dia pasti ada di sana untuk memberikannya.





“Dia ada semuanya, mentaliti yang sudah dihitung bagi kekal tenang. Dia tidak membuang peluang. Saya gembira memilikinya dan tidak terkejut langsung dia menjaringkan gol buat kami.”

Carrick dijangka akan terus menggalas tanggungjawab itu bagi saingan Ahad ini dalam Liga Perdana menentang pendahulu, Chelsea.




Advertisement

“Ia beberapa hari yang penuh emosi. Orang pertama saya bercakap selepas Ed (Woodward) menawarkan saya tugas ini ialah Ole, untuk meminta pandangannya. Itu perkara sebenar perlu dibuat.

“Saya bertanggungjawab untuk berada di sini menguruskan pasukan dan saya berbangga melakukannya.” – AFP



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY