EURO: Saya dah tak sabar bertemu England – Schmeichel

BAKU: Kasper Schmeichel tidak sabar menanti separuh akhir Euro 2020 di Wembley selepas Denmark menempah tiket selepas kemenangan mengatasi Republik Czech.

Penjaga gol Leicester itu menerusi Twitter memuji penyokong Denmark kerana sokongan padu mereka.



Dia berkata: “Terima kasih kepada seluruh rakyat Denmark yang bersama-sama kami. Anda membantu menjadikan pengalaman ini lebih ‘liar’. Separuh akhir di Wembley, ia akan menjadi lebih menarik.”

Schmeichel berharap dapat mengulangi kehebatan bapanya, Peter yang menang bersama negaranya pada 1992 ketika mengatasi Jerman 2-0.





Namun, Kasper mendedahkan kepada Sky Sports dia masih belum bercakap dengan bapanya mengenai apa yang berlaku atau meminta nasihat ketika kemaraan mereka dan mencipta namanya sendiri dalam buku sejarah.

“Tidak, saya tidak benar-benar bercakap dengannya berkenaan pengalaman pada 1992,” kata bintang City berusia 34 tahun itu.





“Saya rasa mana-mana budak yang membesar di Denmark tahu semuanya mengenai ’92 dan legenda yang sudah sebati dengan pasukan ini.

“Ia sesuatu yang kami lalui ketika membesar dan saya tidak rasa ia berbeza buat saya, berbanding orang lain.” – AGENSI