EURO: Southgate layak dapat anugerah Kesatria

LONDON: Penyokong England menyatakan Gareth Southgate layak menerima anugerah Kesatria yang membawa gelaran ‘Sir’ selepas mengetuai pasukan Three Lions memasuki pentas final pertama mereka selepas 55 tahun.

England menewaskan Denmark 2-1 di Wembley dengan menyaksikan kapten pasukan, Harry Kane meledak gol kemenangan pada masa tambahan.



Kemenangan itu membolehkan England buat kali pertama mara ke pentas final kejohanan utama sejak Piala Dunia 1966.

Pada ketika itu, pasukan dikemudi Sir Alf Ramsey dan susulan kejayaan awal pagi tadi, kebanyakan penyokong memberikan pandangan di laman media sosial supaya Southgate seharusnya berada dalam senarai penerima anugerah.

Seorang antara pengguna Twitter menulis: “Ia akan menjadi Sir Gareth Southgate sekiranya kita memenanginya!.”

Antara ciapan lain: “Satu kemenangan daripada Sir Gareth Soutgate.”





Sebelum perlawanan awal pagi tadi, England tersingkir dalam ketiga-tiga perlawanan separuh akhir yang pernah disertai mereka sebelum ini.

Ketika Euro 1996, Southgate menjadi punca England tersingkir di separuh akhir selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang juara Jerman Barat.




Namun, kemenangan 2-1 menentang Denmark itu menjamin tempat mereka ke final – yang bakal memberi ‘peluang kedua’ buat pengendali England itu.

Seorang penyokong di Twitter menulis: “Saya berada di London di Trafalgar Square ketika Gareth terlepas sepakan penalti itu. Ketika itu saya masih muda, begitu juga dengannya.

“Adalah sesuatu yang baik untuk melihatnya melakukan dengan baik pada malam ini. Tahniah Gareth Southgate atau mungkin Sir Gareth selepas Ahad ini (final).” – Agensi