Connect with us

AFC Champions League

[VIDEO] Strategi berbeza Ratchaburi buat JDT buntu – Mora

Published

on

JOHOR BAHRU: Walaupun misi menamatkan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan kemenangan tidak tercapai, pengendali Johor Darul Ta’zim, Benjamin Mora tetap memuji semangat juang tinggi pemain yang terpaksa mengharungi jadual padat.

Beliau berkata, keputusan seri 0-0 dengan Ratchaburi FC pada aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok Thailand, malam tadi adalah adil tatkala kedua-dua pasukan mempamer aksi seimbang dan buntu mencipta jaringan sepanjang 90 minit perlawanan.



Katanya, JDT sememangnya mahukan kemenangan tapi apakan daya selepas segala usaha dilakukan namun terpaksa menerima hakikat hanya mampu raih satu mata.

“Apapun kami sudah beri persembahan terbaik dalam perlawanan itu terutama dari aspek pembangunan apabila memberi pendedahan buat pemain muda seperti Ariff Aiman (Hanafi) dan Ramadhan Saifullah (Usman) beraksi menentang kelab terbaik Asia.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh terlalu selesa kerana perlu memperbaiki keadaan kami sendiri dan memperbaiki corak permainan individu yang tampak belum mantap sepenuhnya, malah ia bukan alasan sebaliknya ia sentiasa menjadi proses peningkatan.




Advertisement

“Tidak dinafikan corak permainan Ratchaburi FC kali ini berbeza selepas turun dengan membentuk lima pemain beraksi di posisi tengah pada tiga aksi lalu. Kami tahu mereka akan bermain cara begitu dan kami tampil dengan menguasai permainan tapi sukar untuk masuk ke kotak penalti kerana lawan bermain secara kompak,” katanya.

Jelas Mora lagi, corak yang dipraktikkan skuad kendalian Sek-san Siripong menyukarkan barisan pemain JDT mencari ruang untuk melakukan percubaan yang boleh menjelmakan jaringan, sebaliknya terpaksa bersilih ganti umpanan bola untuk memecahkan benteng lawan.





Ditanya mengenai perancangan seterusnya, pengendali kelahiran Mexico itu berkata, pemain akan menjalani proses pemulihan secukupnya sebaik pulang ke Johor Bahru dan akan kembali menjalani latihan bagi menyambung saingan Liga Super yang akan bermula 24 Julai ini.

“Liga Super akan kembali disambung dan persiapan akan diteruskan kerana ada misi yang kami mahu lakukan iaitu memburu kejuaraan liga buat kali kelapan berturut-turut namun sebelum memulakan latihan kami perlu dikuarantin sebaik tiba di Johor.

“Apapun, kami tetap bangga untuk beraksi di pentas ACL musim ini tatkala meraih pengalaman terbaik sepanjang saingan itu, malah langkah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) melaksanakan `kuarantin buble’ diatur begitu sistematik,” kata Mora.

Advertisement



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

AFC Champions League

JDT terima habuan RM251,445

Published

on

By

Kuala Lumpur: Walaupun gagal melangkah jauh dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini, skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) tetap mampu tersenyum lebar apabila dijangka menerima laba hampir AS$60,000 atau RM251,445.



Jumlah berkenaan adalah hasil satu kemenangan dan seri yang dilakar skuad Harimau Selatan dalam Kumpulan G selepas mencatatkan keputusan itu ke atas kelab dari Thailand, Ratchaburi FC.

Manakala, empat lagi aksi berdepan pasukan dari Jepun, Nagoya Grampus dan Pohang Steelers dari Korea Selatan berakhir dengan kekalahan untuk menamatkan kempen di tangga ketiga kumpulan.

Penyertaan di ACL sememangnya lumayan dan oleh sebab itu banyak kelab terutamanya di Jepun, Korea Selatan dan Thailand berlumba-lumba untuk meraih tiket ke saingan itu setiap musim.




Advertisement

Untuk rekod, kemenangan setiap perlawanan dalam kumpulan menyaksikan hadiah wang tunai sebanyak AS$50,000 (RM209,534) dan seri sejumlah AS$10,000 (RM41,906).

Hadiah kemenangan itu akan terus meningkat di pusingan berikutnya hingga ke final yang mampu mengaut keuntungan jutaan ringgit.

Ini bermakna biarpun kempen JDT tidak secemerlang di saingan liga domestik namun kejayaan membawa pulang wang tunai itu sedikit melegakan skuad Harimau Selatan itu.




Selain itu, kejayaan mengumpul empat mata dalam enam aksi peringkat kumpulan turut menyaksikan JDT menyumbang mata dalam ranking MA Malaysia untuk berada pada tangga ke-18 Asia.

Ia sekali gus mengekalkan satu slot buat wakil negara di pentas ACL pada 2023 serta dua tiket ke Piala AFC.

Advertisement



Continue Reading

AFC Champions League

[VIDEO] Mora bangga semangat melawan JDT

Published

on

By

JOHOR BAHRU: Kesungguhan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang memiliki semangat melawan selepas tewas tipis 1-2 kepada Nagoya Grampus pada aksi Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia (ACL), di Stadiun Rajamangala, Bangkok, Thailand, malam tadi mendapat pujian pengendali, Benjamin Mora.

Malah beliau kagum dengan semangat juang tinggi pemain selepas mampu mengimbangi kekuatan kelab dari Jepun itu yang kini berada di tangga keempat Liga Satu Jepun (J1 League) yang berdepan kesukaran menembusi benteng JDT dengan hanya mampu mencipta dua gol pada babak pertama sahaja.


“Semangat juang pemain begitu tinggi dalam perlawanan itu dan ia membanggakan saya walaupun kami ketinggalan 0-2 namun pemain tidak panik sebalik berusaha bangkit dengan mengawal perlawanan dan cuba memburu gol.

“Kami lakukan rombakan kecil terhadap pemain utama supaya mereka pulih daripada kepenatan untuk aksi terakhir berdepan Ratchaburi FC dan apa yang saya bangga, pemain yang diturunkan menunjukkan persembahan terbaik pada aksi menentang kelab dari Jepun itu.





“Mereka beri yang terbaik apabila kerap berlari sambil mengawal perlawanan dan kerap beri tekanan terhadap lawan yang tampak tidak senang duduk untuk mengekang asakan pemain JDT malah kami agak kecewa selepas dua percubaan yang mampu menghadirkan gol sekadar singgah di palang gol,” katanya.

Mora menganggap keupayaan pemain JDT mengawal permainan dalam tempoh 45 minit dan 50 minit perlawanan tatkala menentang kelab yang bereputasi tinggi adalah pencapaian terbaik buat skuad Harimau Selatan selepas tampil dengan taktikal dirancang.

Advertisement

Beliau menambah, persembahan dipamerkan itu nyata menguatkan lagi mental pemain untuk berdepan Ratchaburi FC pada aksi terakhir Rabu ini dan sememangnya sasaran utama pasti mahu tiga mata dalam perlawanan itu.





“Walaupun sudah tertutup peluang ke pusingan 16 terbaik, saya memberitahu pemain keputusan perlawanan bukan keutamaan mengenai apa yang perlu kita lakukan di padang, sebaliknya pemain harus bangkit dan buktikan keupayaa malah perlu bersaing dengan diri sendiri.

“Saya juga tekankan pemain harus bersikap konsisten dan mantap apabila beraksi di padang untuk terus berjuang dan hasilnya mereka mampu menyaingi kehebatan kelab dari Jepun dan ia beri kesan positif terhadap pemain,” kata Mora.



Advertisement
Continue Reading

AFC Champions League

Pohang Steelers patut menang besar berdepan JDT – Kim Gi-dong

Published

on

By

Menurut pengendali Pohang Steelers, Kim Gi-dong, sebenarnya para pemainnya sedikit kepenatan ketika menang ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT), pada Khamis lalu.

Jika tidak, mereka mungkin bakal menang besar buat kali kedua, sebagaimana mereka menang 4-1 dalam pertembungan pertama pada Isnin lalu. Pohang Steelers menang 2-0 dalam aksi terkini dan Kim Gi-dong merasakan ia mengenai isu persediaan mereka.



“Perlawanan sebelum ini berlangsung lebih lewat, jadi para pemain berasa kepenatan kerana tidak dapat pulih sepenuhnya untuk turun beraksi kali ini [berdepan JDT],” jelas pengendali Pohang Steelers itu dalam sidang media sejurus perlawanan berakhir.

Tambahnya, “Begitupun, para pemain secara mentalnya telah melakukan yang terbaik untuk perlawanan ini dan saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pemain atas kejayaan ini. Saya suka dengan apa yang mereka tunjukkan dari segi mental.”

Juara tiga kali AFC Champions League itu berjaya meledak dua gol dalam tempoh empat minit, menerusi Lee Seung-mo pada minit ke-33 dan Kang Sang-woo pada minit ke-37. Mereka juga memiliki beberapa peluang untuk meledak lebih gol selepas itu.

“Perkara yang perlu kami perbaiki adalah keupayaan menterjemahkan peluang yang ada. Kami memiliki banyak peluang tetapi hanya berjaya menjaringkan dua gol sahaja dan kami harus meningkatkannya selepas ini,” tegas Kim Gi-dong lanjut.

Advertisement





Mengikut statistik selepas perlawanan, Pohang Steelers memiliki 12 percubaan, empat daripadanya adalah percubaan tepat. Striker utama, Borys Tashchy yang diharapkan untuk meledak jaringan mempersiakan tiga peluang yang dimilikinya.

Setakat ini, Borys Tashchy yang merupakan muka baharu skuad tersebut telah meledak tiga gol, ketika berdepan Ratchaburi Mitr Phol FC dan JDT. Jika tiga peluangnya itu diterjemahkan, sudah tentu mereka akan tersenyum puas.

Walaupun pengendalinya menyatakan mereka kepenatan, statistik mereka masih jauh mengatasi JDT. Mereka mengawal perlawanan dan merekodkan jumlah hantaran tertinggi dengan 484 hantaran berbanding JDT yang membuat 437 hantaran.

Mereka juga mencipta lebih banyak hantaran lintang dan hantaran jauh, malah lebih tepat berbanding Harimau Selatan. Jelas, mereka menguasai perlawanan itu.





Satu-satunya pemain yang cemerlang buat JDT adalah bek kanan, Matt Davies yang merekodkan rating 7.2. Ini kerana, beliau merupakan pemain terbanyak dalam perlawanan untuk melakukan bentesan dan berjaya membuat hadangan.

Pemain terburuk JDT pada perlawanan titu adalah pemain tengah, Natxo Insa apabila telah terlepas kawalan bola sebanyak 14 kali, kedua tertinggi selepas Sin Jin-ho.

Advertisement

Banyak lagi kerja rumah buat Benjamin Mora untuk saingan Champions League dan walaupun masih memiliki peluang untuk layak ke pusingan seterusnya, dua kemenangan yang diburu adalah sesuatu yang amat mustahil buat mereka.



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY