Connect with us

Copa America

COPA: Messi, Neymar tak sabar bersemuka

Published

on

RIO DE JANEIRO: Final Copa America 2021 semuanya sudah bersedia menantikan pertembungan antara Argentina berdepan Brazil.

Ia juga pastinya menjadi medan saingan antara bintang Argentina, Lionel Messi dan penyerang Paris Saint-Germain, Neymar yang paling dinantikan sejak sebelum kejohanan bermula.



Bagi Neymar, perlawanan itu paling dimahukan, terutama ketika dia sudah biasa dengan pemain sedia ada dalam skuad kebangsaan Argentina.

Di pasukan berbeza, Messi juga sudah tidak sabar menantikan final Ahad ini.





“Saya tahu Neymar mengatakan seperti itu kerana dia pemain yang bagus, ia final yang kita semua nantikan,” kata Messi. “Ia akan menjadi final kita semua harapkan, ia akan menjadi sangat rapat, sangat sukar.”

Messi dan Neymar masing-masing menyinar pada Copa America setakat ini.





Bintang Argentina itu cemerlang dengan sembilan bantuan untuk gol pasukannya manakala penyerang Brazil itu lima.

Ia pastinya akan menambah sengit pertembungan antara dua pemain terhebat bola sepak dunia itu. – AGENSI

Advertisement

z

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copa America

Argentina juara, Messi dan Neymar pemain terbaik Copa America 2021

Published

on

By

RIO DE JANEIRO: Argentina menjuarai Copa America 2021 selepas menewaskan Brazil 1-0 pada aksi final di Stadium Maracana, di sini, sebentar tadi.

Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Angel di Maria menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-22.


Sementara itu Persekutuan Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL) memilih kapten Argentina, Lionel Messi dan bintang Brazil, Neymar sebagai pemenang bersama anugerah Pemain Terbaik Copa America 2021.

Keputusan itu dibuat sebelum aksi final di Stadium Maracana yang menyaksikan Argentina muncul juara dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Angel Di Maria pada minit ke-22.

Messi turut dinobatkan sebagai pemenang Kasut Emas atau penjaring terbanyak pada edisi kali ini selepas meledak empat gol berbanding dua oleh Neymar.





“Mustahil untuk memilih hanya seorang pemain, kerana kejohanan ini mempunyai dua pemain terbaik.
Advertisement

“Mereka mempamerkan kualiti berbeza di setiap perlawanan yang menjadikan mereka pemain berintegriti, dengan kualiti teknikal dan taktikal, kepintaran ketika tidak memegang bola, dan cara membuat keputusan yang sentiasa memberikan hasil.





“Kedua-duanya mara ke final bersama pasukan masing-masing. Mereka beraksi di peringkat tertinggi, menjadi penyumbang kepada carta jaringan di kejohanan ini,” kata CONMEBOL.



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY