Argentina juara, Messi dan Neymar pemain terbaik Copa America 2021

RIO DE JANEIRO: Argentina menjuarai Copa America 2021 selepas menewaskan Brazil 1-0 pada aksi final di Stadium Maracana, di sini, sebentar tadi.

Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Angel di Maria menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-22.


Sementara itu Persekutuan Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL) memilih kapten Argentina, Lionel Messi dan bintang Brazil, Neymar sebagai pemenang bersama anugerah Pemain Terbaik Copa America 2021.

Keputusan itu dibuat sebelum aksi final di Stadium Maracana yang menyaksikan Argentina muncul juara dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Angel Di Maria pada minit ke-22.

Messi turut dinobatkan sebagai pemenang Kasut Emas atau penjaring terbanyak pada edisi kali ini selepas meledak empat gol berbanding dua oleh Neymar.





“Mustahil untuk memilih hanya seorang pemain, kerana kejohanan ini mempunyai dua pemain terbaik.

“Mereka mempamerkan kualiti berbeza di setiap perlawanan yang menjadikan mereka pemain berintegriti, dengan kualiti teknikal dan taktikal, kepintaran ketika tidak memegang bola, dan cara membuat keputusan yang sentiasa memberikan hasil.





“Kedua-duanya mara ke final bersama pasukan masing-masing. Mereka beraksi di peringkat tertinggi, menjadi penyumbang kepada carta jaringan di kejohanan ini,” kata CONMEBOL.