Rekod kekalahan England menerusi sepakan penentuan

LONDON: England mengalami satu lagi kekalahan yang memeritkan menerusi sepakan penentuan selepas tunduk 2-3 kepada Itali pada aksi final Euro 2020 di Wembley di sini, selepas saingan terikat 1-1 dalam masa tambahan.

Berikut senarai rekod kekalahan England dalam perlawanan membabitkan sepakan penentuan dalam kejohanan utama sebelum ini:


1. Separuh akhir Piala Dunia 1990 – Mereka tewas 3-4 kepada Jerman selepas terikat 1-1. Stuart Pearce dan Chris Waddle gagal menyudahkan sepakan dalam penentuan pertama England ini.

2. Separuh akhir Euro 96 – Mereka tewas 5-6 menentang Jerman selepas terikat 1-1. Sepakan Gareth Southgate diselamatkan Andreas Kopke di hadapan penonton di Wembley, sekali gus memberikan pengendali England sekarang itu pengalaman memeritkan yang tidak diingini.





3. Pusingan 16 terakhir Piala Dunia 1998 – Mereka tewas 3-4 menentang Argentina selepas terikat 2-2. Paul Ince dan David Batty gagal menyempurnakan sepakan manakala David Beckham menerima layangan kad merah pada perlawanan itu.

4. Suku akhir Euro 2004 – Mereka tewas 5-6 menentang Portugal selepas terikat 2-2. David Beckham dan Darius Vassell gagal sempurnakan penalti ketika Three Lions disingkirkan tuan rumah di Lisbon.

5. Suku akhir Piala Dunia 2006 – Mereka tewas 3-1 kepada Portugal selepas terikat 0-0. Frank Lampard, Steven Gerrard dan Jamie Carragher terlepas penalti dengan ‘generasi emas’ England sekali lagi muncul seketika dalam era Sven Goran Eriksson.





6. Suku akhir Euro 2012 – Mereka tewas 4-2 kepada Itali selepas terikat 0-0. Ashley Young dan Ashley Cole gagal menyempurnakan sepakan dan Andrea Pirlo menunjukkan kepada mereka bagaimana melakukan sepakan penalti ‘panenka’. – AFP