EURO: Itali terus berpesta rai kejayaan

ROM: Pasukan Itali diraikan bagai wira dalam sambutan kemuncak dengan menggunakan bas dan melalui kota raya ini selepas kejayaan menewaskan England dalam sepakan penentuan dramatik pada aksi final untuk memenangi kejuaraan Euro 2020 di Wembley.

Presiden dan perdana menteri Itali mengadakan majlis sambutan buat skuad Azzurri sebelum pasukan itu menaiki bas dan melakukan perjalanan penuh gemilang di hadapan rakyat negara itu yang gembira sambil mengibarkan bendera negara.



 

Perdana Menteri Itali, Mario Draghi (tengah) mengucapkan tahniah kepada pemain pertahanan, Leonardo Bonucci (kanan) sambil kapten pasukan, Giorgio Chiellini memegang trofi kejuaraan Euro 2020 di Rom. - Foto EPA.
Perdana Menteri Itali, Mario Draghi (tengah) mengucapkan tahniah kepada pemain pertahanan, Leonardo Bonucci (kanan) sambil kapten pasukan, Giorgio Chiellini memegang trofi kejuaraan Euro 2020 di Rom. – Foto EPA.

Perdana Menteri Itali, Mario Draghi (tengah) turut sama-sama menghadiri majlis sambutan meraikan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan Itali di Palazzo Chigi, Rom. - Foto EPA
Perdana Menteri Itali, Mario Draghi (tengah) turut sama-sama menghadiri majlis sambutan meraikan kejayaan pasukan bola sepak kebangsaan Itali di Palazzo Chigi, Rom. – Foto EPA

Ia kemuncak 24 jam penuh emosi, bermula dengan drama di Wembley pada malam Ahad, selepas Itali bangkit memadam kelebihan jaringan terpantas pada final kejuaraan Eropah yang diperoleh England sebelum meraih kemenangan 3-2 menerusi sepakan penentuan.





Ini adalah kali kedua Itali dinobatkan sebagai juara Eropah dan kemenangan itu menandakan perubahan luar biasa di bawah kendalian Roberto Mancini selepas pasukan itu gagal mara ke Piala Dunia 2018 di Russia.

“Ini adalah kebangkitan semula untuk bola sepak Itali,” kata Leonardo Bonucci dengan penuh emosi.

 

Pertahanan Itali, Leonardo Bonucci menjulang trofi di atas bas tanpa bumbung sambil disorak penyokong skuad Azzuri di Rom. - Foto EPA.
Pertahanan Itali, Leonardo Bonucci menjulang trofi di atas bas tanpa bumbung sambil disorak penyokong skuad Azzuri di Rom. – Foto EPA.

Rakyat Itali berpesta meraikan kejayaan pasukan bola sepak negara mereka memenangi kejuaraan Euro 2020 di Rom. - Foto EPA.
Rakyat Itali berpesta meraikan kejayaan pasukan bola sepak negara mereka memenangi kejuaraan Euro 2020 di Rom. – Foto EPA.

“Kami mempunyai pasukan yang luar biasa, kami saling menyayangi, kami tahu dari mana kami datang,” kata penjaga gol, Gianluigi Donnarumma yang mencipta nama di London dan dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan.





Berbeza dengan England, kegagalan itu menyaksikan skuad Three Lions melebarkan rekod buruk dalam sepakan penentuan dan terus meletakkan mereka dalam penantian meraih kejuaraan utama selepas Piala Dunia 1966.

 

Ribuan rakyat Itali berpesta meraikan kejayaan pasukan bola sepak negara mereka memenangi kejuaraan Euro 2020 bersama pemain skuad Azzuri yang menaiki bas tanpa bumbung sambil menjulang trofi di Rom. - Foto EPA.
Ribuan rakyat Itali berpesta meraikan kejayaan pasukan bola sepak negara mereka memenangi kejuaraan Euro 2020 bersama pemain skuad Azzuri yang menaiki bas tanpa bumbung sambil menjulang trofi di Rom. – Foto EPA.

Suasana itu diburukkan lagi dengan tiga pemain England yang gagal menyempurnakan sepakan penalti – Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka – menjadi sasaran kecaman berunsur perkauman di media sosial dari penyokong sendiri dan peminat dari negara lain.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengutuk kecaman yang buruk itu, sementara pengurus England, Gareth Southgate menganggap ia sebagai satu perkara yang tidak boleh dimaafkan.- AFP