Jersi baharu Man United dilabel ‘jersi liga amatur’

MANCHESTER: Jersi di laman sendiri Manchester United yang baharu dilabel sebagai ‘jersi liga amatur’ oleh segelintir penyokong.

United melancarkan jersi musim 2020-21 hari ini namun mendapat maklum balas tidak memberangsangkan daripada penyokong.



United berkata ‘Jenama TeamViewers mencantikkan lagi jersi, di bawah logo adidas dan jata ikonik Manchester United untuk menjadikan jersi ini lebih klasik.’

Reka bentuk ini diinspirasikan daripada kit 1960 dengan syarikat perisian, TeamViewer sebagai penaja baharu menggantikan Chevrolet.




Mereka sebelum ini mengumumkan kerjasama selama lima tahun bernilai 235 juta pound (RM1.3 billion) dengan syarikat teknologi global itu.

Namun, ada penyokong tidak menggemari jersi itu dengan Buzz menciap ‘seperti jersi liga amatur. Mungkin bapa salah seorang pemain memiliki syarikat yang menaja jersi itu.’




Goat menulis ‘apa kena dengan Barca dan United yang menghasilkan jersi yang teruk.’

Jackson pula berkata ‘jersi paling buruk.’-Agensi