UEFA umumkan 10 pencabar untuk anugerah Gol Terbaik 2020-21

LONDON: Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengumumkan 10 pencabar untuk anugerah Gol Terbaik 2020-21 termasuklah jaringan daripada Dele Alli, Paul Pogba dan Patrik Schick.

Berikut adalah 10 jaringan terbabit dengan ada daripadanya dihasilkan dalam saingan Liga Juara-Juara dan Kejuaraan Eropah 2020.

1. MEHDI TAREMI (Chelsea mln PORTO, 13 April 2021)

Pemain gantian, Taremi meledak go akrobatik pada minit ke-93 untuk membantu Porto meraih kemenangan 1-0 ke atas Chelsea pada aksi kedua suku akhir Liga Juara-Juara.

Namun jaringan itu tidak membawa apa-apa makna kerana Chelsea mara ke separuh akhir dengan agregat 2-1.




2. PATRIK SCHICK (Scotland mln REPUBLIK CZECH, 14 Jun 2021)

Schick yang sudahpun memberikan gol pendahuluan buat Republik Czech meledak satu lagi gol yang mengagumkan daripada tengah padang pada aksi Kumpulan D Kejuaraan Eropah 2020.

3. KEMAR ROOFE (Standard Liege mln Rangers, 22 Oktober 2020)

Roofe meledak daripada jarak 54.6 meter – jaringan terjauh pernah direkodkan dalam sejarah Liga Europa ketika aksi peringkat kumpulan menentang Standard Liege.

4. FLORIAN WIRTZ (B-21 JERMAN mln B21 Belanda, 3 Jun 2021)

Pada aksi separuh akhir Kejuaraan B-21 Eropah, Wirtz meledak gol dari sudut tepi untuk membawa Jerman ke final – mereka memenangi kejuaraan terbabit.




5. DELE ALLI (TOTTENHAM mln Wolfsberger, 24 Februari 2021)

Alli meledak gol sepakan gunting yang sensasi ketika Spurs membelasah Wolfsberger 4-0 dan membantu pasukannya mara ke pusingan 16 terbaik Liga Europa.

6. LORENZO INSIGNE (Belgium mln ITALI, 2 Julai 2021)

Pemain Itali itu meledak salah satu gol terbaik di Kejuaraan Eropah apabila membawa bola daripada garisan tengah sebelum melencongkan gol memasuki gawang Belgium pada aksi pusingan 16 terbaik.

7. PAUL POGBA (PERANCIS mln Switzerland, 28 Jun 2021)

Pogba meledak gol jarak jauh untuk meletakkan Perancis mendahului 3-1.

8. SARAH ZADRAZIL (Chelsea mln BAYERN MUNICH, 2 Mei 2021)

Zadrazil menjaringkan go dari jarak 25 meter yang melencong dan terkena palang terlebih dahulu sebelum memasuki gawang gol Chelsea.





9. FERRAO (BARCELONA mln Dobovec, 28 April 2021)

Ferrao meledak menerusi voli untuk membantu Barca menewaskan Dobovec 2-0 pada suku akhir Liga Juara Juara Futsal.

10. PAULINHO (BRAGA mln Leicester – 26 November 2020)

Paulinho menyudahkan gol hasil gerakan berpasukan pada aksi peringkat kumpulan Liga Europa yang berakhir dengan keputusan 3-3.