Brendan Gan hidap kanser testis

KUALA LUMPUR: Selangor FC (SFC) mengesahkan ketua pasukan mereka, Brendan Gan menghidap kanser testis.

Dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi kelab, SFC menjelaskan pemain tengah berusia 33 tahun itu sudah berjaya menjalani pembedahan dan kini dalam pemantauan pakar perubatan.



“Walaupun diuji, Brendan tetap optimis dan kuat. Semoga kita semua dapat terus mendoakan kesihatan dan memberikan privasi kepada beliau sepanjang tempoh pemulihannya.

“Brendan tekad untuk kembali pulih secepat mungkin dan tidak sabar untuk kembali semula bersama pasukan.





“Seluruh warga SFC mendoakan agar Brendan cepat sembuh dan memohon semua penyokong untuk mendoakan yang terbaik buat beliau,” kata kenyataan SFC.



Brendan mula menyertai Selangor pada musim lalu selepas mewakili beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) sebelum in termasuk Perak dan Kelantan.