Connect with us

Khalid Jamlus

Tak payah ‘petik’ nama aku – Khalid

Published

on

Kuala Lumpur: Prestasi buruk pasukan Perak FC dalam saingan Liga Super musim ini cukup mengecewakan penyokong setia negeri itu yang mahu kedudukan jurulatih pasukan, Chong Yee Fatt dikaji semula.

Lantas, timbul cadangan daripada peminat di media sosial yang memetik nama bekas penyerang prolifik Harimau Malaya dan Perak, Khalid Jamlus diberi peluang menggantikan tempat Yee Fatt.



Bagaimanapun, Khalid yang juga bekas pemenang kasut emas Liga Malaysia musim 2002 itu menegaskan dirinya bukanlah pilihan terbaik untuk memimpin skuad The Bos Gaurus itu ketika ini.

Menerusi luahan di laman sosialnya, Khalid meminta agar dihentikan memetik namanya sebagai jurulatih Perak FC dan mengakui terdapat ramai lagi jurulatih berkaliber yang mampu mengubah nasib pasukan apabila kini menghuni dua tangga tercorot dan kemungkinan boleh jatuh ke Liga Perdana musim depan.





“Tak yah petik nama aku (Khalid Jamlus). Aku tak layak jadi jurulatih Perak. Bersepah kat Perak tengah tunggu je digantikan.

“Betul kalau bagus jadi pemain belum tentu bagus jadi jurulatih. Sebab pengalaman aku kurang (sebagai jurulatih)…hanya dengan (pasukan) Sime Darby dan PDRM je,” tulisnya.

Begitupun katanya, dia tidak menutup terus pintu untuk bergelar jurulatih dengan mana-mana pasukan di masa depan.




Advertisement

“Dan tidak semestinya saya tidak boleh menjadi ketua jurulatih yang baik. Kalau tak bagi peluang kepada saya, macam mana saya nak belajar. Anda semua takut sangat untuk berikan peluang kepada saya kenapa?” kata Khalid.

Sebelum ini, Khalid menggemparkan negara apabila membuat keputusan menjual trofi kasut emasnya susulan kesempitan hidup dialami ekoran tidak bekerja.

Akhirnya trofi berkenaan dibeli oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada hujung tahun lalu pada satu nilai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Khalid kemudiannya mengusahakan perniagaan kedai makan namun terpaksa ditutup pada bulan lalu disebabkan ketiadaan pelanggan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di negeri Selangor sejak dua bulan lalu.



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Khalid Jamlus

Sultan Selangor beli Kasut Emas Khalid Jamlus

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Anugerah Kasut Emas Liga Perdana yang dimenangi bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus pada musim 2002 akhirnya tiba di ‘tempat’ yang sepatutnya.



Bukan di tangan individu perseorangan, sebaliknya anugerah berprestij yang dimenanginya ketika beraksi bersama Perak itu akan menjadi milik Muzium Galeri Bola Sepak Selangor yang terletak di pekarangan Istana Alam Shah, Klang.

Khalid berkata, tidak ada lagi tempat lebih layak untuk menjadi ‘rumah baharu’ anugerah terbabit dan ia boleh disifatkan sebagai pilihan yang terbaik apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membelinya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, bekas pembantu jurulatih PDRM itu mengakui terharu atas keprihatinan yang ditunjukkan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang jelas menghargai sumbangannya yang sebelum ini pernah menabur bakti bersama skuad The Red Giants.

Advertisement

“Ampun Tuanku, walaupun perjuangan saya bersama Selangor tidak begitu lama tetapi Tuanku masih menghargai jasa saya bersama Selangor dan pasukan kebangsaan.





“Saya cukup terharu. Daulat Tuanku,” katanya.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office semalam, baginda membeli kasut berkenaan pada satu nilai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.




Malah, baginda juga berkenan meletakkan trofi Kasut Emas itu di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor dengan majlis penyerahan ringkas sudah berlangsung di Istana Alam Shah, semalam.

Sebelum ini, Khalid melepaskan anugerah yang dimenanginya 18 tahun lalu itu atas faktor kewangan selepas tidak memiliki pekerjaan selama tiga tahun dan mendapat tawaran sebanyak RM99,999 untuk kasut itu daripada seorang individu yang hanya dikenali sebagai Tuah Nice.

Khalid menjelaskan individu terbabit bersetuju dengan harga yang diletakkannya namun hanya akan mengambil anugerah itu selepas pulang ke tanah air memandangkan dia ketika itu sedang berada di Australia.

Advertisement



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY