Connect with us

Liga Super

Perjalanan masih jauh – Mora

Published

on

PETALING JAYA: Tidak mustahil Johor Darul Ta’zim (JDT) mampu mempertahankan gelaran Liga Super kelapan berturut-turut ketika saingan berbaki tujuh perlawanan.

Bagaimanapun pengendali Harimau Selatan, Benjamin Mora enggan berasa selesa walaupun pasukannya kini me­nerajui liga dengan kelebihan enam mata.



Kemenangan 3-1 ke atas Se­langor kelmarin dan kekalahan 0-2 pencabar utama mereka, Terengganu FC di tangan Melaka United FCmeletakkan JDT selesa di persada liga.

Mora menganggap perjalanan pasukannya masih jauh dan apa saja boleh berlaku dalam baki tujuh perlawanan.

Advertisement

“Terdapat kombinasi keputusan dalam bola sepak, kami menang mereka (Terengganu) kalah. Satu perkara yang bagus apabila mendahului enam mata.

“Saya rasa kami mahu menjadi juara sejak perlawanan pertama lagi tapi perjalanan masih jauh.





“Kita tidak tahu mungkin ada kejutan dan setiap pasukan walaupun yang berada di kedudukan bawah, mereka akan beri tentangan 150 peratus.

“Kami sedar perkara itu, jadi perlu berhati-hati dan fokus satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Tiga mata malam ini (semalam) beri keyakinan kepada pemain tapi kami hormati liga dan lawan yang akan datang, dan perlu bersedia untuk berdepan Perak (Sabtu ini),” katanya.




Sementara itu, pengendali Selangor, Karsten Neitzel me­ngakui kegagalan memanfaatkan beberapa peluang terutama pada babak kedua antara punca kegagalan Red Giants.

Advertisement

“Sekarang tempoh yang sukar tapi kami akan hadapi cabaran itu. Kami perlu lakukan proses pemulihan dengan baik dan saya akan lihat beberapa pemain dari pasukan kedua,” ujarnya.



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FAM

FAM sedang perhalusi penggunaan VAR

Published

on

By

Kuala Lumpur: Penggunaan video bantuan pengadil (VAR) sememangnya sedang diperhalusi untuk digunakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram, badan induk bola sepak tempatan itu sentiasa bersedia untuk meningkatkan kualiti dan mutu liga tempatan khususnya dengan penggunaan VAR.



Katanya, FAM sedang mengkaji secara terperinci berkenaan VAR yang menelan belanja cukup tinggi sekitar RM18 juta ke RM20 juta.

Malah ujarnya, masalah pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini turut memberi kesan selain capaian internet yang laju di setiap venue perlu disediakan.

“VAR ini, memang kita buat kajian dan difahamkan kita perlukan RM18 juta ke RM20 juta untuk menggunakan teknologi ini.





“Oleh itu, kita nak tengok dari segi kemampuan kewangan kita pula sekarang masalah Covid-19 di negara kita.

“Selain itu, kita juga nak tengok keadaan internet di stadium-stadium yang akan menggunakan teknologi VAR. Semua itu masih dalam kajian kita,” katanya.





Kelmarin, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui sudah tiba masanya untuk saingan Liga M menggunakan VAR selepas prestasi buruk yang dipamerkan pengadil tempatan sepanjang musim ini.
Advertisement

Malah, dua negara jiran tetangga iaitu Thailand dan Indonesia dilaporkan sudah menggunakan sistem VAR dalam saingan liga masing-masing bagi mengelak sebarang keputusan kontroversi daripada pengadil perlawanan.



Continue Reading

Liga Super

Lim Teong Kim Calon Ketua Jurulatih Sri Pahang

Published

on

By

Bekas pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim berada dalam senarai calon ketua jurulatih Sri Pahang bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawa The Star, T.Avineshwaran dimana selain Teong Kim, dua lagi jurulatih dilaporkan turut berada dalam senarai iaitu Christophe Gamel dan jurulatih ketika ini, Dollah Salleh.





Lim Teong Kim sebelum ini pernah mengendalikan skuad B-16 tahun negara yang rata-rata dibarisi oleh graduan dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dalam temasya AFC B-16 Tahun yang dijalankan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 2018 lalu.

Namun pasukan negara gagal menampilkan prestasi terbaik dimana anak-anak buah Teong Kim menamatkan saingan kumpulan A di tangga tercorot dengan perolehan 3 mata, hasil kemenangan ke atas Tajikistan serta tewas kepada Thailand dan Jepun.





Bagi Christophe Gamel pula, pada awal musim ini beliau merupakan penolong ketua jurulatih kepada Thomas Dooley namun keduanya direhatkan setelah Sri Pahang menampilkan prestasi yang kurang memberangsangkan pada dua aksi pertama Liga Super.

Gamel dan Dooley kemudiannya diberikan tanggungjawab baharu sebagai penasihat pasukan dan ketua jurulatih skuad bawah 21 tahun sementara Dollah Salleh mengambil alih tugas menguruskan pasukan utama.





Musim ini, di bawah bimbingan Dollah, Sri Pahang menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-10, dibezakan dua mata dengan Perak yang menamatkan saingan di tangga ke-11 sekaligus tersingkir ke Liga Premier musim hadapan.
Advertisement

Dalam saingan Piala Malaysia pula, Sri Pahang berada di tangga ketiga dalam kumpulan A sekaligus terlepas peluang untuk mara ke pusingan kalah mati.



Continue Reading

Liga Super

Pampasan Akhyar: JDT sudah bayar, Kedah pulangkan

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyifatkan kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa kelab itu tidak membayar pampasan terhadap perpindahan Akhyar Rashid sebagai tuduhan tidak berasas.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menjelaskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah memutuskan bahawa yuran pembangunan pemain sebanyak RM75,000 perlu dibayar oleh mana-mana kelab yang menandatangani Akhyar selepas pemain itu menamatkan kontrak bersama Kedah.



Malah, beliau berkata, JDT bersetuju untuk membayar lebih dan mengeluarkan sekeping cek kepada Kedah sebanyak RM100,000 pada 31 Disember 2018.

“Cek ini bagaimanapun dipulangkan oleh Kedah kerana mereka mahu membuat rayuan berkenaan perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Mahkamah Timbang Tara kemudiannya membuat keputusan bahawa yuran pembangunan itu tidak diperlukan dan membatalkan keputusan yang dibuat oleh FAM.

“Tidak ada keputusan selanjutnya atau tuntutan yang dilakukan Kedah terhadap JDT. Niat kami adalah jelas dan kami ingin menasihati Presiden Kedah FA yang juga Menteri Besar supaya tidak membuat tuduhan tidak berasas.”





Semalam, Sanusi mendakwa JDT tidak menjelaskan pampasan yang sepatutnya dibayar KFA berhubung perpindahan kontroversi pemain itu ke kelab berkenaan sebelum ini.
Advertisement

“Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memutuskan bahawa mereka (JDT) perlu membayar kepada Kedah, tetapi mereka masih belum menjelaskan bayaran itu, bagi saya ini aneh memandangkan mereka mendakwa sebagai kelab kaya.





“Dia ajak saya turun ke sana untuk selesaikan isu ini tetapi saya enggan, saya tidak buat apa-apa silap jadi kenapa perlu ke sana. Kami mungkin miskin, tetapi kami tetap berbangga dan jangan sesekali memandang rendah pasukan miskin,” kata Sanusi.

Muhammad Sanusi berkata, beliau membuat pemerhatian berdasarkan prestasi buruk pemain terbabit ketika perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman.

“Saya melihatnya bermain dalam perlawanan baru-baru ini, dia tidak dapat menjaringkan gol walaupun sudah berada di dalam kotak penalti.

“Saya kasihan dengan budak itu, dia seorang pemain yang berkaliber ketika bermain untuk Kedah, tetapi selepas menyertai pasukan lain yang menawarkan tawaran lumayan kepadanya, dia tidak dapat bermain secara kompetitif, jadi akhirnya dia menghidap ‘kepengkaran’,”



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY