Connect with us

Liga Super

PAFA cadang Perak FC ‘rehatkan’ Yee Fatt

Published

on

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mencadangkan kepada Perak FC supaya merehatkan ketua jurulatih Chong Yee Fatt dalam mengharungi baki enam perlawanan Liga Super pada musim ini susulan prestasi pasukan yang tidak memuaskan ketika ini.

Presidennya, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad berkata tindakan itu perlu untuk mencari formula baharu dan mengubah nasib pasukan tersebut yang tidak mustahil akan tersingkir ke saingan Liga Perdana jika terus dilanda badi kekalahan.


“Kita sendiri boleh lihat pencapaian Perak pada ketika ini yang boleh dianggap sebagai pasukan belasahan. Perkara ini kalau dibiarkan berterusan, kemungkinan besar kita akan tersingkir ke Liga Perdana.

“Cadangan saya ini juga bukan atas pandangan peribadi saya sendiri sahaja tetapi ia turut diluahkan oleh ramai penyokong bola sepak negeri sama ada secara terus kepada saya atau dalam platform media sosial,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.





Selepas mengharungi 16 perlawanan, Perak FC hanya mengutip 13 mata dan sekadar menghuni tangga kedua tercorot daripada 12 pasukan kelab yang bertanding dalam saingan Liga Super.

Beliau berkata penolong ketua jurulatih Perak FC Shahril Nizam Khalil boleh diberikan peluang untuk memangku tugas berkenaan buat sementara waktu memandangkan bekas pemain Perak itu juga mempunyai pengalaman luas dan telah bersama The Bos Gaurus sejak 2017.

Advertisement

“Shahril sudah bersama pasukan pada era Karl Heinz Weigang, kemudian Mehmet Durakovic dan bersama Yee Fatt ketika ini. Jadi, dengan pengalaman luas yang dia ada, kita boleh bagi peluang pada dia untuk bawa pasukan sementara Yee Fatt direhatkan.





“Mana tahu dengan perubahan ini kedudukan pasukan boleh berubah dan saya fikir bukan satu kerugian kalau kita cuba lakukan perkara ini demi mendapatkan kembali rentak pasukan,” katanya.

Mengulas pelantikan bekas Pengurus Perak FC II Azman Noh ke jawatan Pengurus Besar Perak FC, katanya beliau berharap ia akan memberi impak yang positif kepada pasukan dalam memastikan misi The Bos Gaurus untuk terus kekal dalam Liga Super berjaya direalisasikan.

“Mahu atau tidak, ini satu tugas berat pada beliau. Dengan keadaan pasukan yang agak membimbangkan pada ketika ini, beliau perlu lakukan perubahan drastik dalam kadar segera. Tujuannya adalah untuk pastikan Perak tetap kekal bersaing dalam Liga Super,” katanya.- BERNAMA



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FAM

FAM sedang perhalusi penggunaan VAR

Published

on

By

Kuala Lumpur: Penggunaan video bantuan pengadil (VAR) sememangnya sedang diperhalusi untuk digunakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram, badan induk bola sepak tempatan itu sentiasa bersedia untuk meningkatkan kualiti dan mutu liga tempatan khususnya dengan penggunaan VAR.



Katanya, FAM sedang mengkaji secara terperinci berkenaan VAR yang menelan belanja cukup tinggi sekitar RM18 juta ke RM20 juta.

Malah ujarnya, masalah pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini turut memberi kesan selain capaian internet yang laju di setiap venue perlu disediakan.

“VAR ini, memang kita buat kajian dan difahamkan kita perlukan RM18 juta ke RM20 juta untuk menggunakan teknologi ini.





“Oleh itu, kita nak tengok dari segi kemampuan kewangan kita pula sekarang masalah Covid-19 di negara kita.

“Selain itu, kita juga nak tengok keadaan internet di stadium-stadium yang akan menggunakan teknologi VAR. Semua itu masih dalam kajian kita,” katanya.





Kelmarin, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui sudah tiba masanya untuk saingan Liga M menggunakan VAR selepas prestasi buruk yang dipamerkan pengadil tempatan sepanjang musim ini.
Advertisement

Malah, dua negara jiran tetangga iaitu Thailand dan Indonesia dilaporkan sudah menggunakan sistem VAR dalam saingan liga masing-masing bagi mengelak sebarang keputusan kontroversi daripada pengadil perlawanan.



Continue Reading

Liga Super

Lim Teong Kim Calon Ketua Jurulatih Sri Pahang

Published

on

By

Bekas pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim berada dalam senarai calon ketua jurulatih Sri Pahang bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawa The Star, T.Avineshwaran dimana selain Teong Kim, dua lagi jurulatih dilaporkan turut berada dalam senarai iaitu Christophe Gamel dan jurulatih ketika ini, Dollah Salleh.





Lim Teong Kim sebelum ini pernah mengendalikan skuad B-16 tahun negara yang rata-rata dibarisi oleh graduan dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dalam temasya AFC B-16 Tahun yang dijalankan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 2018 lalu.

Namun pasukan negara gagal menampilkan prestasi terbaik dimana anak-anak buah Teong Kim menamatkan saingan kumpulan A di tangga tercorot dengan perolehan 3 mata, hasil kemenangan ke atas Tajikistan serta tewas kepada Thailand dan Jepun.





Bagi Christophe Gamel pula, pada awal musim ini beliau merupakan penolong ketua jurulatih kepada Thomas Dooley namun keduanya direhatkan setelah Sri Pahang menampilkan prestasi yang kurang memberangsangkan pada dua aksi pertama Liga Super.

Gamel dan Dooley kemudiannya diberikan tanggungjawab baharu sebagai penasihat pasukan dan ketua jurulatih skuad bawah 21 tahun sementara Dollah Salleh mengambil alih tugas menguruskan pasukan utama.





Musim ini, di bawah bimbingan Dollah, Sri Pahang menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-10, dibezakan dua mata dengan Perak yang menamatkan saingan di tangga ke-11 sekaligus tersingkir ke Liga Premier musim hadapan.
Advertisement

Dalam saingan Piala Malaysia pula, Sri Pahang berada di tangga ketiga dalam kumpulan A sekaligus terlepas peluang untuk mara ke pusingan kalah mati.



Continue Reading

Liga Super

Pampasan Akhyar: JDT sudah bayar, Kedah pulangkan

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyifatkan kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa kelab itu tidak membayar pampasan terhadap perpindahan Akhyar Rashid sebagai tuduhan tidak berasas.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menjelaskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah memutuskan bahawa yuran pembangunan pemain sebanyak RM75,000 perlu dibayar oleh mana-mana kelab yang menandatangani Akhyar selepas pemain itu menamatkan kontrak bersama Kedah.



Malah, beliau berkata, JDT bersetuju untuk membayar lebih dan mengeluarkan sekeping cek kepada Kedah sebanyak RM100,000 pada 31 Disember 2018.

“Cek ini bagaimanapun dipulangkan oleh Kedah kerana mereka mahu membuat rayuan berkenaan perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Mahkamah Timbang Tara kemudiannya membuat keputusan bahawa yuran pembangunan itu tidak diperlukan dan membatalkan keputusan yang dibuat oleh FAM.

“Tidak ada keputusan selanjutnya atau tuntutan yang dilakukan Kedah terhadap JDT. Niat kami adalah jelas dan kami ingin menasihati Presiden Kedah FA yang juga Menteri Besar supaya tidak membuat tuduhan tidak berasas.”





Semalam, Sanusi mendakwa JDT tidak menjelaskan pampasan yang sepatutnya dibayar KFA berhubung perpindahan kontroversi pemain itu ke kelab berkenaan sebelum ini.
Advertisement

“Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memutuskan bahawa mereka (JDT) perlu membayar kepada Kedah, tetapi mereka masih belum menjelaskan bayaran itu, bagi saya ini aneh memandangkan mereka mendakwa sebagai kelab kaya.





“Dia ajak saya turun ke sana untuk selesaikan isu ini tetapi saya enggan, saya tidak buat apa-apa silap jadi kenapa perlu ke sana. Kami mungkin miskin, tetapi kami tetap berbangga dan jangan sesekali memandang rendah pasukan miskin,” kata Sanusi.

Muhammad Sanusi berkata, beliau membuat pemerhatian berdasarkan prestasi buruk pemain terbabit ketika perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman.

“Saya melihatnya bermain dalam perlawanan baru-baru ini, dia tidak dapat menjaringkan gol walaupun sudah berada di dalam kotak penalti.

“Saya kasihan dengan budak itu, dia seorang pemain yang berkaliber ketika bermain untuk Kedah, tetapi selepas menyertai pasukan lain yang menawarkan tawaran lumayan kepadanya, dia tidak dapat bermain secara kompetitif, jadi akhirnya dia menghidap ‘kepengkaran’,”



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY