[VIDEO] Ronaldo mula berlatih bersama Man United

MANCHESTER: Cristiano Ronaldo kembali ke kem latihan Manchester United di Carrington semalam.

Selepas digantung perlawanan untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Azerbaijan, Ronaldo dilepaskan awal oleh skuad Portugal.



Ia membolehkan Ronaldo kembali menyesuaikan diri dengan padang latihan United dan bertemu bekas rakan sepasukannya, Ole Gunnar Solskjaer yang kini menjadi pengendali pasukan.

Ronaldo mungkin terpaksa menunggu sehingga Selasa ini – bertemu Young Boys dalam aksi Liga Juara-Juara – untuk penampilan penuh pertamanya.





Ronaldo memulakan latihan di Carrington semalam tetapi tidak dapat menyertai rakan sepasukan lain sehingga Jumaat apabila mereka pulang daripada mewakili negara masing-masing.

Aksi Liga Perdana Inggeris bertemu Newcastle Sabtu ini mungkin akan menyaksikan Ronaldo masuk sebagai pemain gantian, dan peminat United tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tiket.





Faktor kecergasan tidak menjadi masalah buat pemain 36 tahun Portugal itu yang baru memecahkan rekod jaringan antarabangsa ketika menentang Republik Ireland minggu lalu. – AGENSI