Arteta ‘bergenang air mata’ melihat Arsenal menang

LONDON: Pengendali Arsenal, Mikel Arteta mengakui sedikit beremosi apabila menyaksikan pasukannya meraih tiga mata pertama Liga Perdana Inggeris musim ini selepas menewaskan Norwich City 1-0 malam kelmarin.

Terdahulu, Arteta menerima tekanan hebat menjelang pertembungan dengan Norwich di laman sendiri susulan skuad Gunners mencatat tiga kekalahan berturut-turut tanpa sebarang gol.



Penyerang sensasi Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang muncul wira pasukan itu setelah menjaringkan gol pada minit ke-66, sekali gus melonjakkan pasukan tuan rumah ke tangga ke-16.

“Terus terang saya cakap, ini mungkin 10 hingga 14 hari terbaik yang pernah saya alami sejak saya bermain bola sepak,”




“Anda perlu memenangi perlawanan ini dan paling mustahak kejayaan ini telah memberikan kegembiraan kepada semua orang. Saya agak beremosi melihatnya.

“Saya fikir agak sukar untuk menikmati bola sepak ketika ini kerana semua orang menjangkakan sesuatu yang berlaonan. Mereka ini lihat pencapaian Arsenal.





“Ada yang melemparkan cacian, namun itu semua membuatkan kami semakin kuat. Terima kasih semua.

“Kami perlu memperbaiki banyak perkara tetapi hari ini, kami melakukan tujuh pertukaran dan ia sudah menunjukkan perbezaan,” kata Arteta.- AGENSI