JDT dan Kedah kekalkan kedudukan musim lepas

Sejarah baharu Liga Super tercipta setelah Johor Darul Ta’zim (JDT) secara rasminya bergelar juara buat musim kelapan berturut-turut selepas tamat aksi menentang KL City FC di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.



Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar rekod tersendiri selepas mencatat kemenangan ke-11 berturut-turut apabila menewaskan KL City FC 2-1 pada aksi terakhir liga di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Kemenangan itu juga memeriahkan lagi sambutan kejuaraan liga yang diadakan di perkarangan stadium berkenaan yang menyaksikan semua pemain dan kejurulatihan JDT diarak bersama piala liga menggunakan bas khas mengelilingi perkarangan stadium.





Sementara itu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengekalkan kedudukan naib juara Liga Super untuk dua tahun berturut-turut selepas membenam Melaka United 4-1 di Stadium Darul Aman di sini, sebentar tadi.

Dengan kemenangan ini Kedah layak ke saingan Piala AFC untuk musim depan selaku naib juara selepas berjaya mengumpul 43 mata.





Selain Kipre, Ifwat Akmal nyata menjadi antara watak paling penting dalam kejayaan KDA FC malam ini apabila cemerlang menafikan tiga rembatan deras dilakukan pemain pelawat terdiri daripada Mohamad Fakhrullah Rosli, Sony serta Adriano

Kemenangan ini juga menyaksikan kapten pasukan, Kedah Baddrol Bakhtiar muncul penjaring terbanyak untuk kategori penjaring tempatan selepas melengkapkan gol ke tujuhnya pada perlawanan ini.