JDT denda RM40,000 jika pemain salah guna media sosial

Tahap disiplin di Johor Darul Ta’zim (JDT) sememangnya begitu tinggi, jadi tidak hairanlah faktor itu menjadi teras skuad Harimau Selatan terus mencipta kejayaan demi kejayaan.

Mana tidaknya, pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan mereka memiliki polisi dan undang-undang tersendiri bagi memastikan disiplin dan etika kerja pemain mereka sentiasa terjaga.


Dalam memastikan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus konsisten mencipta kejayaan sehingga mampu menjuarai Liga Super lapan musim berturut-turut, aspek disiplin paling diutamakan pemiliknya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail menegaskan JDT mempunyai undang-undang dan polisi tersendiri bagi memastikan tahap disiplin dan etika pemain mereka sentiasa berada pada tahap tinggi.





Antaranya, pemain dan jurulatih akan didenda yang bukan sedikit jika didapati melanggar polisi kelab termasuklah lewat menghadiri sesi latihan ataupun menyalahgunakan media sosial.

“Kalau pemain salah guna media sosial, denda RM40,000 dan itu ada dalam kontrak pemain. Sebab kita ada etika kerja. Kalau lewat ke sesi latihan, denda RM15,000, tiada main-main dalam JDT. Akhyar Rashid pernah lewat sekali pun kena denda juga.

“Isteri salahguna dan tidak kawal media sosial yang boleh mencemarkan nama kelab, pemain akan kena denda. Kalau jurulatih lewat pun, pengurus akan denda kerana jurulatih kena ada dua jam sebelum latihan.




“Kalau gaji tak cukup, (pemain) berhutang,” Kalau jurulatih lewat pun, pengurus akan denda kerana jurulatih kena ada dua jam sebelum latihan” kata Tunku Ismail.

Sebagai rekod, pembayaran denda kepada pemain bukanlah perkara yang asing memandangkan kelab terkemuka dunia turut mengambil pendekatan yang sama.

Sebagai contoh, Chelsea di bawah kendalian Frank Lampard sebelum ini pernah mengenakan denda sebanyak RM116,000 kepada pemain mereka yang lewat untuk menghadiri sesi latihan.