Connect with us

League Cup

Piala Liga: West Ham singkir Man United di Old Trafford

Published

on

MANCHESTER: West Ham membalas dendam atas kekalahan di Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu apabila menyingkirkan Manchester United dari saingan Piala Liga di Old Trafford.

Jaringan minit kesembilan oleh Manuel Lanzini yang juga gol pertamanya dalam tempoh 12 bulan sudah cukup membawa skuad bimbingan David Moyes itu ke pusingan 16 terbaik.



Man United hanya membariskan sebahagian besar pemain skuad simpanan bertemu West Ham.

Kemasukan Bruno Fernandes dan Mason Greenwood pada babak kedua jelas belum cukup untuk membantu The Red Devils.

West Ham bermula dengan baik dan Ryan Fredericks yang melepasi kawalan Jadon Sancho dan Alex Telles melakukan hantaran kepada Lanzini yang mudah menyempurnakannya untuk gol tunggal perlawanan.

Pelawat beroleh tiga peluang terbaik pada lima minit terakhir namun percubaan Andriy Yarmolenko, Mark Noble dan Jarrod Bowen gagal menemui sasaran.




Advertisement

Ini adalah kemenangan pertama buat the Hammers di Old Trafford sejak 2007 yang membolehkan mereka kekal di EPL – serta kemenangan pertama dalam saingan piala sejak Paolo di Canio meledak gol tunggal perlawanan pada Piala FA 2001.

Sementara itu Solskjaer percaya anak buahnya sepatutnya mendapat sepakan penalti selepas Mark Noble dilihat menarik Jesse Lingard di dalam kotak penalti.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut tetapi ia adalah penalti ke atas Lingard.





Kekalahan itu menyaksikan Ole Gunnar Solskjaer terlepas peluang untuk meraih satu piala pada musim ini selepas kali terakhir The Red Devils memenangi trofi pada 2017.- AGENSI



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

League Cup

Manchester City pahat sejarah Piala Liga

Published

on

By

LONDON: Manchester City melakar rekod menjuarai Piala Liga kali keempat berturut-turut selepas tandukan lewat minit Aymeric Laporte membantu mereka menewaskan 1-0 Tottenham sebentar tadi.

Spurs memberi tekanan hebat kepada City sepanjang perlawanan akhir di Stadium Wembley.



Bagaimanapun, City akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-82 selepas Laporte menyudahkan sepakan bebas Kevin de Bruyne untuk menewaskan penjaga gol lawan, Hugo Lloris.

Ketangkasan Lloris, pertahanan ampuh Tottenham dan ketumpulan jentera serangan City memaksa 8,000 penonton yang memasuki stadium terpaksa menunggu lama untuk melihat gol terhasil.





City kini menyamai rekod Liverpool menjuarai kejohanan empat kali berturut-turut, malah turut menyamai rekod Reds merangkul lapan trofi keseluruhan.
Advertisement

Dengan kekalahan ini, Tottenham yang dibimbing jurulatih sementara, Ryan Mason terpaksa menunggu lebih lama untuk menamatkan penantian trofi pertama sejak 2008.







Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY